Isi Kandungan
TogglePerasaan dihina dan dicaci memang menyakitkan apatah lagi ia datang daripada seseorang yang kita kenali. Seperti gadis yang dikenali sebagai Rozmiza Rozman, dia telah berkongsikan kisahnya di twitter mengenai kisah lalunya apabila dipandang rendah oleh bekas kekasih dan keluarga bekas kekasihnya kerana dikatakan tidak setaraf seperti mereka.
Walaupun berasa sangat sedih, namun gadis itu tidak terus melayan perasaan dan bangkit daripada kekecewaannya sekaligus melakar kejayaan tersendiri dalam hidupnya apabila mampu kereta mewah hasil titik peluhnya sendiri. Hebat sis!
Tak sangka ditipu oleh bekas kekasih…
Rasa kecewa yang teramat sangat apabila ibu bekas kekasihnya hanya mahukan kakitangan kerajaan sebagai menantu.
Walaupun pedih, namun dia tetap terus bangkit dan berusaha membina kerjayanya dalam tempoh 5 tahun.
Jangan pernah simpan dendam, move on dan buktikan kita juga boleh berjaya!
kredit: twitter @RozmizaRozman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Kongsi Cara Buang Air Banjir Bertakung Di Rumah Dengan Mudah
Bencana banjir yang melanda beberapa tempat di negara kita baru-baru ini memang meruntun hati pelbagai pihak. Ramai yang hilang tempat berteduh selepas rumah mereka musnah kerana bencana alam tersebut.
Selain itu, ramai juga mangsa banjir yang masih tidak dapat pulang ke rumah mereka kerana faktor air yang masih belum surut.
Di Facebook, Mohd Razak Razali berkongsi suatu kaedah untuk memudahkan mangsa-mangsa banjir mengeluarkan air yang bertakung dalam rumah.
Ini bahan-bahan yang diperlukan:
- 2 Kerusi
- Baldi yang ditebuk lubang pada bahagian bawahnya mengikut saiz getah paip atau poli pipe
- Plastik sampah saiz besar yang ditebuk lubang pada bahagian bawahnya mengikut saiz paip
Ini cara-caranya….
Moga perkongsian ini membantu anda yang memerlukannya!
sumber: Facebook Mohd Razak Razali
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walaupun Tertidur Dalam Kelas, Daiyan Trisha Tetap Raih Anugerah Dekan Tiap Semester
Isi Kandungan
ToggleSiapa tidak kenal dengan penyanyi dan pelakon yang cantik manis iaitu Daiyan Trisha. Baru-baru ini, Daiyan telah menghadiri acara konvokesyennya dan lebih menarik, dia berjaya mendapat anugerah dekan bagi pencapaian cemerlangnya dalam bidang akademik. Hebat sungguh Daiyan!
Gadis yang baru muncul dengan lagu Langit ini juga sempat menuis coretan kisahnya mengenai bagaimana dia mampu meraih anugerah dekan untuk setiap semester dan pada masa yang sama sibuk dengan jadualnya sebagai anak seni. Ternyata ianya tidaklah semudah yang disangka.
View this post on InstagramA post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha) on
Walaupun sibuk dengan karier sebagai anak seni, Daiyan tetap fokus pada tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar !
Graduan BBA secara rasmi! Sebenarnya saya telah habis belajar setahun yang lalu tapi tidak mengapa saya mahu kongsikan kisah perjalanan saya bersama anda. Jika anda mengikuti perkembangan saya sejak dahulu, pasti anda tahu serba sedikit mengenai cerita yang telah saya kongsikan.
Terpaksa skip kelas sebulan (dengan keizinan pensyarah) kerana terlibat dengan penggambaran filem Busker. Pada waktu itu, saya menyiapkan segala assignment pada waktu malam selepas tamatnya shooting. Pada waktu yang sama, menjalani latihan industri di Levi’s dan menjadi duta bagi jenama tersebut.
Saya mengambil 6-7 subjek dalam satu semester kerana mahu habiskan pengajian dengan cepat. Sememangnya waktu malam saya digunakan untuk belajar selepas habisnya shooting pada hari sebelumnya. Selain itu saya juga menguruskan bisnes kosmetik saya.
View this post on InstagramA post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha) on
Daiyan mengakui adakalanya dia juga berasa down. Namun, dia segera bangkit dan tetap tidak patah semangat!
Tertidur dalam kelas kerana jet-lag selepas pulang daripada tuntutan kerja dan sebagainya. Banyak kali juga saya rasa lemah semangat. Ini sememangnya gila! Walau bagaimanapun, saya tetap bersemangat untuk mengutip seberapa banyak A’s dan mahu cemerlang dalam setiap subjek yang saya ambil.
Datang lambat ke kelas pun dengan muka tak malunya duduk di barisan hadapan supaya saya dapat fokus. Alhamdulillah saya berjaya mendapat anugerah dekan untuk setiap semester.
View this post on InstagramMotivation. Purpose. The roots to all of my reasons.
A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha) on
Jika kita betul-betul berusaha, tiada siapa yang mampu menghalangnya.
Ada beberapa fakta menarik: Sepanjang 4 tahun pertama karier saya, saya sebenarnya merupakan pelajar sepenuh masa diploma dan juga ijazah sarjana muda. Saya rasa jika anda betul-betul komited bagi mencapai matlamat anda, tiada apa yang boleh menghalang anda daripada melakukannya. Dan jika anda bertanya mengapa saya melakukannya, saya juga keliru untuk menjawab sebenarnya. Tetapi, jika kita boleh berpatah balik ke masa lalu, saya tetap akan melakukan perkara yang sama.
Buat mana-mana gadis yang rasa hendak mengalah kerana stress dengan pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan sebagai seorang pelajar, usah bersedih lagi. Jadikan kisah Daiyan ini sebagai perangsang untuk maju ke hadapan. U can do it girl!
sumber: instagram @daiyantrisha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siti Nordiana Pernah Berniaga Di Pasar Malam & Pakai Baju Seksi, Sebelum Berjaya Kali Kedua
Bukan mudah untuk seseorang itu berjaya dalam hidup. Pelbagai dugaan diberikan Tuhan, malah ada terpaksa bangkit dua kali sebelum meraih kejayaan paling manis. Begitu juga pengalaman penyanyi Siti Nordiana yang turut berdepan 1001 pengalaman sebelum diberi peluang kedua sebagai seorang penyanyi. Siapa sangka dia yang mesra dipanggil Nana pernah berputus asa dengan kerjaya seninya dan mengambil keputusan berniaga di pasar malam. Bukan itu sahaja, menurut pelantun lagi Terus Mencintai ini dia juga pernah bergaya seksi semata-mata untuk pelancaran lagu, namun semuanya serba tidak menjadi.
Menurur Nana kepada Sinar Hiburan Online memang dia hampir beputus asa ketika itu kerana segala yang dibuat serba tidak menjadi.
“Waktu itu saya rasakan sudah tidak ada ruang buat saya dalam industri ini. Saya tekad berniaga pasar malam dan di bawah-bawah flat untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya ketika ditemui dalam satu sidang media di Putrajaya.
Menurut Nana lagi, dia turut berkongsi kisah sisi kehidupannya sebelum ini menerusi buku berjudul Life Goes On.
“Saya harap apa yang saya ceritakan dapat memberi inspirasi kepada wanita yang senasib dengan saya. Apa yang mereka perlu lakukan apabila berasa putus asa dengan kehidupan,” ujarnya yang turut mendapat reaksi positif daripada pembaca yang sudah membaca buku berkenaan.
Malah, katanya, ramai yang memberi mesej peribadi berkongsi kisah yang sama.
“Ada yang sudah beli dan mesej saya berkongsi kisah mereka pula. Ada yang minta pandangan dan mendapat manfaat daripada kisah saya itu,” ujarnya yang turut berkongsi foto-foto peribadinya yang tidak pernah dimuat naik di laman buku berkenaan.
Menurutnya banyak foto lama sewaktu zaman kesusahannya dulu ketika menyanyi di funfair dan bersama arwah suami, Mohd Faizal Yusuf ada dalam buku itu.
Buku Life Goes On terbitan Must Read itu bakal dilancarkan di MPH hujung minggu ini.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NANA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI