Tidak dinafikan selera makan kita memang ada kalanya sukar dibendung lebih-lebih lagi sewaktu membeli juadah di pasar malam. Namun jangan persiakan saiz badan sedia ada dengan pertambahan berat mendadak.
Walau bagaimanapun jika mengalami berat badan, semuanya boleh dilakukan jika anda berazam untuk diet.
Perkongsian dari gadis ini Asyiqin Khairi yang berjaya hilangkan 27 kg dalam masa setahun tanpa sebarang pengambilan suplemen, diet ekstrim atau rawatan sedut lemak.
Menurut Asyiqin dulu ketika tubuhnya sedikit berisi, dia turut menjadi mangsa kutukan dan hinaan teman-teman.
Perkongsiannya ini di laman sosial facebook adalah kira-kira setahun yang lalu, tetapi boleh dijadikan panduan buat mereka yang mengalami berat badan berlebihan untuk kurus.
Malah berat badannya kini tetap maintain begitu hinggalah di majlis perkahwinan April lalu juga. Penampilannya ketika majlis kahwin juga sangat cantik dan sedap di pandang mata.
Gambar kiri : 14 jan 2018
gambar kanan : 14 Jan 2016
I’m wearing the same jacket! hehe
Ramai tanya, macam mana la ekin semangat nak kurus ni?
Ads
Dari kecik sampai la ke besar memang orang kenal ekin yang “ berbadan comel”.
Dari kecik zaman sekolah rendah sampai lah ke zaman U selalu kena kutuk and hina. Perkataan “gemok , buncit , mak orang , anak gajah” apa apa lah yang berkaitan dgn gemuk memang ekin selalu dapat . Oh ya i do still remember , zaman sekolah rendah siap ada panggilan lagi tau bebudak laki reka.
Terasa? hehe selalu menangis dalam bilik air kt sekolah kena kutuk. Tak cukup kawan kawan, cikgu pun sama naik. Nak buat macam mana? Dah society mcm tu, asal berbadan besar terus nak ejek perli and whatsoever lah!
Naik sekolah menengah? makin teruk
apa orang tak kata? hahaha macam macam ekin kena. Balik sekolah je mengadu dekat mama, apa masalah diorang pun taktahu lah. Sampai naik stress dengan orang duk kutuk ni. Ekin tak kacau orang, tapi ada saja laa yang buatkan diorang tak sedap duduk kalau satu hari tak hina orang.
Pernah dulu naik basikal area rumah , ada someone yang ekin memang tak kenal sound dari kereta cakap “ pancit tayar terr” . Masa tu memang tengah ramai orang. Like what?! terus DOWN gila. terus takda confident langsung
Masuk U pun sama je cuma kurang sikit sbb ramai yg “open minded” . Tapi ada je yang ckp dalam gambar nampak kurus , luar besar . Yela dalam gmbar mmg ekin suka selfie . So apa masalah diorang ekin pun tak tahu. Ada saja tak kena!
Ads
Pernah masuk competition satu produk untuk kecantikkan. Sebab main focus dia untuk kecantikkan kulit, tapi disebabkan body ekin time tu chubby terus kena reject . Sedih gila taktahu nak ckp apa . Time tu semua pandang2 ekin yela i’m the one and only contestant yang badan berisi. One of pekerja tu ckp, “ dalam gambar u kecik , kt luar u besar eh” pastu senyum sinis . okay lah at least ekin dapat jugak pengalaman
Penah je jumpa lelaki yang dia ckp dekat ekin “ boleh tak awak kurus demi saya?”
me : blocked whatsapp
Disebabkan apa yang ekin lalui itu lah semangat ekin nak turunkan berat badan
Thankyou!!
Ads
Bulan 5 2017 ekin start diet betol betol, exercise , jaga makan . Tak makan ubat kurus langsung and Alhamdulillah! ❤️
Dari 87kg – 60 kg
In sha Allah semoga selalu maintain. Dalam mind nak fit & healthy sebenarnya
Namun ingatakan paling utama sepanjang proses berdiet ini adalah disiplin. Admin setuju dengan Ekin kerana jika tiada disiplin, diet macam mana cara sekalipun akan gagal jika tiada disiplin dalam diri.
Jika dilihat penampilan Ekin sekarang begitu cantik, manis dan sedap mata memandang. Ternyata dengan displin yang tinggi dan konsisten dia kini mendapat tubuh idaman kekal langsing dan menarik.
Maklumlah sepanjang proses berdiet ini memang banyak dugaan dan cabaran. Jika tidak kuat melawan nafsu ‘makan’ dan sekadar hanya menyebut ‘nak diet’ tetapi tidak lakukan bersungguh-sungguh, tubuh kita akan kekal begitu seperti seadanya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bulan Ramadan adalah bulan yang amat sinonim untuk berlumba-lumba mengerjakan ibadah, kerana pada bulan ini Allah SWT melipatgandakan pahala bagi setiap amal kebaikkan yang dilakukan umatnya.
Namun, sebagai umat Islam kita juga masih perlu berhati-hati dalam memilih ibadah yang ingin dilaksanakan. Kerana, di zaman serba moden ini, bayak hadis daif dan palsu bertebaran disebarkan menerusi media sosial dan aplikasi Whatsapp. Menurut al-Imam al-Baihaqi, terdapat perawi yang lemah di dalam hadis tersebut, sekaligus menjadikan status hadis itu dikira sebagai daif!
Justeru, Hijabista terpanggil untuk berkongsikan kesahihan salah satu hadis daif yang dikongsikan di media sosial untuk mengelakkan lebih ramai individu tertipu dan melakukanya demi memperoleh ganjaran pahala.
Tidur Ketika Puasa Sebahagian Dari Ibadah, Betul Ke?
Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan hadis yang kononya jika kita tidur ketika melaksanakan ibadah puasa ia merupakan antara perbuatan ibadah yang memberikan ganjaran pahala.
Justeru, hadis popular ini sering dijadikan alasan untuk bersenang lenang dan mengamalkan sikap bermalas-malasan untuk tidur, daripada menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
Malah, beberapa cendekiawan Islam lain seperti al-Imam al-Iraqi dan al-Munawi, mempunyai pandangan serupa berhubung hadis ini dan mengambil nasihat dari al-Imam al-Ghazali iaitu adab ketika berpuasa yang dianjurkan adalah dengan melaksanakan ibadan dan mengurangkan tidur di siang hari.
“Bahkan diantara adab (berpuasa) adalah tidak memperbanyakkan tidur di siang hari sehingga dia merasa haus dan lapar.” (Ihya Ulumuddin)
Justeru, adalah lebih baik jika pada bulan yang mulia ini, kita melakukan ibadah-ibadah yang jarang kita laksanakan pada bulan lain. Contohnya, memanfaatkan masa senggan dengan membaca Al-Qur’an, berzikir, melakukan solat sunat atau menuntut ilmu.
Sekadar info, Hadis Daif bermaksud potongan hadis yang tidak diketahui asal usul atay dangkal periwayat atau pun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat Hadis Sahih atau Hasan.
Mata, ibarat jendela hati. Solekan pancaindera nan satu ini amat penting bagi memperlihatkan keunikan personaliti si perawan. Teknik solekan mata yang tepat mampu mewujudkan efek segar dan menawan.
Jika anda bermata sepet, usah bimbang. Ada teknik yang sesuai bagi mendapatkan ilusi bentuk mata yang galak. Tentu sahaja terpegun si Adam terlihat lirikan si mata bundar di hari raya nanti.
Oleskan sahaja ‘white shimmering eyeshadow’ pada kawasan tulang kening. Teknik ini dipanggil ‘highligh’t. Ia bertujuan agar tulang kening kamu nampak lebih tinggi dan menjadikan mata kamu lebih besar.
2. Pembayang mata rona coklat gelap
Sapukan di seluruh kawasan bebola mata. Langkah seterusnya, adunkan pembayang mata melebihi kawasan bebola mata dan menghala ke sudut luar mata. Ia bagi membentuk kelopak mata kerana mata sepet tidak mempunyai kelopak mata. Teknik ini mampu memberikan ilusi mata yang kelihatan lebih besar.
3. Aplikasi penggaris mata
i) Lukis garis tipis pada garisan atas mata sepet atau kawasan yang paling hampir dengan bulu mata. Tidak perlulah menggaris di bahagian bulu mata bawah.
ii) Melakar garis tebal dan bersayap seperti gaya solekan popular di zaman 50 an dan 60 an. Penekanan di bahagian ini akan memberikan ilusi mata yang galak. Hanya gariskan separuh sahaja garisan di bawah mata.
4. Lentikkan Bulu Mata
Sapukan juga maskara agar mata sepet kamu lebih kelihatan galak dan besar. Ini penting untuk mmemastikan impak di bahagian mata menjadi lebih terserlah.
EKSTRA TIP:
Jenis-jenis penggaris mata:
*Pensel (sesuai buat gadis yang tidak begitu mahir bersolek).
*Gel/krim (khusus untuk gadis yang sudah mahir melukis garis mata).
*Cecair (sesuai buat gadis yang mahir mencipta garis bersayap yang kemas).
*Kohl/celak (bentuknya seperti krayon untuk mencipta garis tebal).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap wanita tentunya mahu memiliki kulit yang cantik, sihat, ‘glowing’ dan kekal awet muda. Tidak dapat dinafikan bahawa tidak semua bernasib baik untuk memiliki kulit yang mulus dan bersih. Tetapi, dengan penjagaan wajah yang tepat serta pengambilan makanan yang berkhasiat, insyaAllah kulit boleh kekal cantik dan berseri.
Selain mengamalkan penjagaan wajah yang tepat, anda juga perlu menjaga pemakanan untuk memastikan kulit kekal cantik dan terjaga. Jadi, pilih makanan yang terbaik untuk kulit anda ya! Menerusi laman Facebook, seorang wanita bernama Zana Mokhtar telah berkongsi cara untuk kekal awet muda hanya dengan amal minum air campuran nenas dan lemon.
Menurutnya, minuman ini boleh mengelakkan penuaan pada wajah. Malah, kulit yang kusam pun boleh berseri dan anjal. Jika anda amalkan secara konsisten, anda mampu memiliki kulit idaman anda. Malah, kosnya pun murah dan berpatutan. Ayuh baca perkongsian Zana Mokhtar.
Setiap pagi dan sebelum tidur kan, ni lah rutin harian Kekna taw. Ye lah kos dia tak ada lah mahal kot dengan dua bahan ni beli dan nak minum hari-hari pun boleh.
Air ni kan walaupun mungkin nampak macam biasa-biasa je kan bagi korang tapi kalau korang konsistenkan minum, korang boleh elakkan penuaan.
Senang cakap dia anti-aging lah. Kulit korang yang kusam pun boleh berseri-seri dan boleh anjalkan kulit. Sebab tu lah nampak glowing cantik je kan.Tak payah dah nak cucuk botox, minum je lah air ni. Jimat dan sedap gilerr.
Meh Kekna nak tunjuk cara buar air yang sedap ni dengan mudah je pun sangat.
Dua bahan yang mudah sangat korang boleh cari kat pasar tu ha.
Bahan-Bahan:
Nenas yang dah di potong kecil kecil.
Air perahan lemon.
Cara-Cara:
Nenas tu kan masukkan air sedikit, kisarkan sampai hancur dan lepas tu masukkan perahan lemon tu kan dalam nenas tadi.
Sejukkan dalam peti ais dan boleh la terus minum.
Senangkan. Siapa cakap nak cantik-cantik kena guna modal besar kan. Minum je lah air jus ni hari-hari.
Menurut Cat atau nama penuhnya Catriona Norhayati Bahrin Ross berkata dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan, perlu menitik beratkan kepada tiga kriteria. Iaitu