Soal berat badan memang kita tak boleh berkompromi. Kalau rasa tak selesa dengan penampilan, cepat-cepat akan berusaha untuk menurunkan berat badan. Dengan usaha dilakukan, tidak mustahil akan mendapat berat badan idaman.
Seperti perkongsian wanita ini yang dulunya mempunyai berat 78 kg tetapi kini sudah berubah pada 54 kg. Dia berjaya lenyapkan sebanyak 24 kg hanya dengan mengamalkan cara diet yang betul dan sihat.
Apa yang menggembirakan dia sudah boleh memakai baju apa yang mahukan. Malah menjadikan dirinya lebih konfiden dan mudah untuk beribadah.
Menceritakan perjalanannya bagaimana dia boleh mendapat berat diingini dan melakukan pelbagai aktiviti yang disukai.
Kalau dulu dia diejek kerana mempunyai badan yang besar, malah sentisa menyarung baju saiz XXXL, tetapi kini segalanya sudah berubah.
Dia kini masih boleh tersenyum kerana sudah boleh menyarung baju bersaiz M. Tanpa mengambil pil atau suplemen hanya mengamatkan diet yang betul, akhirnya gadis ini telah dipuji keran berpenampilan lebih cantik.
Dulu berat 78kg
Tapi sekarang ni alhamdulillah 54kg… dah berjaya turun 24kg dengan cara kurus yang betul dan sihat.
Syukur sangat2.
Perasaan dah kurus ni.. ya Allah bestnya.
Saya dah boleh pakai baju yang saya nak. Saya jadi lebih konfiden. Nak beribadah pun lebih mudah.
Sekarang ni saya senyum je memanjang. Saya jadi lebih positif =)
Memang best sangat bila dah kurus.
Jadi hari ni nak kongsi sikit pengalaman saya dan dedahkan ‘rahsia’ macam mana nak kurus.
Selalu diejek
Jangan tipu la kalau orang tu kata dia tak kesah kalau gemok. Sebab saya pernah rasa dulu. Padahal tipu diri sendiri je. Just nak sedapkan hati.
Pernah dulu masa kat PLKN berat mencecah 78kg. Budak lelaki yang nakal2 panggil sy gemok pendek.
Masa tu perasaan sy sedih sangat. Hati kecil ni selalu terdetik “gemok sangat ke aku ni. Ahh biala”.
Dan pernah satu hari tu ada baju siapa tah – saiz xxxl – tercicir. Cikgu tanya tu baju siapa. Budak2 laki cakap saya yang punya. Time tu dah la diorang ramai2. Malu sangat.
Tapi orang macam saya pandai sorok. Buat tak tahu je. Nampak happy. Tapi sebenar hati terluka. Yela semua orang ada maruah kan. Jangan la buat saya macam tu.
Ada satu lagi cerita… Masa tu tahun kedua di universiti. Tengah duduk2 di lobi sambil tunggu lecturer masuk kelas,, ada sorang laki ni dia gocang2 air tin coke pastu terus buka air tin tu belakang saya.
Apa lagi terpancut keluar la habis kena baju saya. Dia terus jerit “GEMOK PENDEK!!”.
Hati saya masa tu Allah sahaja yang tahu. Sebab saya tak pernah kacau hidup dia. Tak pernah mintak duit dia. Orang sekeliling masa tu berkata sinis.. “Muda2 lagi dah tak pandai melawa”.
Semua kata-kata tu tersimpan dalam hati. Saya pendam. Menitis air mata saya. Saya nak berubah Sejak daripada pengalaman ngeri tu saya tekad. Saya nak berubah.
Balik je rumah saya mandi, bersihkan badan.. tenangkan fikiran. Pastu saya bukak laptop. Saya google..
“Cara kuruskan badan”
“Tips kuruskan badan”
“Kurus dengan sihat”
Bermula daripada hari tu saya mula jatuh cinta dengan dunia fitness dan kesihatan.
Saya banyak membaca tips dan teknik kurus. Saya baca artikel, tengok video.. Semua berkaitan macam mana nak kurus.
Tapi!
Malangnya saya hanya sekadar membaca.
Apa yang saya tak tahu. Semua saya tahu. Atkins, low fat, HICT, Tabata, kurangkan gula, minum air kosong, tak lebih segenggam nasi bla bla bla. Semua dalam kepala saya.
Hari ni saya cuba diet. Esok lusa saya still lagi diet.
Perghhh..
Bayangkan sebelum ni semua benda saya makan. Milo ais, makanan manis, peha ayam. Pastu tiba2 nak diet. Memang azab la.
Last2 lupa pulak saya tengah diet. Saya makan je apa yang saya nak. Balas dendam. Cheat day la kononnye.
Pastu saya akan menyesal and start balik diet. Huhu. Program kuruskan badan secara online. Perkara ni berlarutan sampai la satu hari tu.
Ads
Tengah syok main internet saya terjumpa satu blog – CABARAN STAILOO: program kuruskan badan secara online.
Saya macam tak percaya. Macam mana boleh kurus dengan online.
Tak perlu diet dan berlapar.
Tak perlu kuat bersenam.
Tak perlu beli produk.
Saya tak boleh tidur malam tu duk mikir pasal program kurus ni. Esok bangun jer tido terus saya join CABARAN STAILOO ni. Wow lepas saya join program ni baru saya faham. Macam ni rupanya cara betul nak kurus..
Yup kita boleh baca 1001 tips kuruskan badan. Tapi boleh ke kita buat kesemua tips tu??
Teknik kurus paling berkesan
Dalam CABARAN STAILOO saya diajar untuk buat satu per satu tips tersebut.
Amal dan jadikan habit. Lepas dah jadi habit tambah lagi tips yang baru. Jadikan habit kedua. Buat dan ulang.
Fuh. Memang berkesan teknik yang di ajar dalam program kurus ni. Saya di ajar makan ikut portion.
Tapi satu per satu. Mula2 fokus pada protein. Pastu sayur. Pastu karbohidrat. Pastu lemak sihat.
Yang penting satu per satu sampai jadi habit. Saya juga diajar teknik makan mengikut saiz badan. Macam saya yang jenis bulat ni, setiap kali makan saya kena pastikan ada:
– Satu saiz tapak tangan protein (ikan, ayam, daging)
– Satu saiz penumbuk sayur (brokoli, bayam, kubis)
– Separuh genggam karbohidrat (no exercise, no carbs)
– Dua ibu jari lemak sihat (almond, cashew, kekacang)
Dengan teknik ni saya jarang rasa lapar. Saya lebih enjoy waktu makan saya dan akan berhenti makan pada 80% sebelum kenyang. Dan yang paling saya suka teknik hidrasi.
Sepanjang hari saya perlu pastikan ‘cukup’ kandungan air dalam badan saya.
6 am: bangun jer tido terus saya minum 1 gelas air mineral/suam
8 am: 20 minit sebelum sarapan, 2 gelas air
10 am: teh hijau + 1 gelas air
2 pm: 20 minit sebelum makan tengah hari, 2 gelas air
4 pm: kopi + 1 gelas air
Ads
6 pm: 20 minit sebelum makan malam, 2 gelas air
8 pm: 2 jam sebelum tidur, 2 gelas air
Fuhhh..
Memang terkencing la dengan teknik hidrasi ni. Kejap2 gi toilet. Tapi takpe la. Badan sihat. Berat pun turun. Walaupun tak dahaga saya minum jugak.
Bukan minum air semata-mata untuk hilangkan dahaga, tapi untuk optimumkan fungsi sel, tisu, otot dll.
Daripada 78 kg kepada 54 kg. Dengan amal tiga teknik ni je berat dah mula turun 9kg (tanpa bersenam). Wah excited la saya. Baju pun dah longgar. Saya belum puas hati lagi. Jadi bulan seterusnya saya mula bersenam.
Ni jadual senaman saya:
Isnin: rehat
Selasa: rehat
Rabu: rehat
Khamis: rehat
Jumaat: rehat
Sabtu: rehat
Ahad: rehat
Hahahahhaha…..
Saya ni jenis malas bersenam. Sebab tu la saya tak pernah tetapkan bila hari perlu bersenam.
Dalam CABARAN STAILOO ni saya tak perlu kuat bersenam tapi perlu bergerak aktif. Jadi saya pilih untuk bergerak aktif.
Kebanyakkan masa saya akan pilih aktiviti yang mengeluarkan peluh. Contoh kemas rumah, naik turun tangga, berjalan kaki ke kelas dsb. Tapi coach kata kalau nak turun berat lagi CEPAT buat 12 senaman HICT. So saya cuba je la.
Jumping jack (total body)
Wall sit (lower body)
Push up (upper body)
Double crunch (abs & core)
Box jump (total body)
Squat (lower body)
Ads
Tricep dip (upper body)
Plank (abs & core)
High knees (total body)
Jump lunge (lower body)
Mountain climber (upper body)
Side plank (abs & core)
Mula2 terkial-kial jugak la nak buat senaman ni. Tapi nasib baik ada video tutorial. Saya ikut je video tu. Memang seronok.
Peluh keluar mencurah-curah. Lepas siap bersenam badan rasa ringan je sebab 12 senaman HICT ni akan bakar lemak dan kalori walaupun selepas 24 jam habis bersenam.
End result: berjaya turun lagi 12 kg berat!!
Program kurus yg enjoy dan langsung tak stress
Saya sangat berpuas hati sertai CABARAN STAILOO ni. Saya buat dan terus buat.
Apa yang saya perasan kalau dulu saya banyak membaca tapi selepas join cabaran ni saya lebih banyak BUAT dan PRAKTIS.
Yang tu perubahan saya paling ketara. Hasilnya berat badan turun dengan sangat ketara.
Lepas pada tu turun lagi 3 kg (masa ni berat tak turun banyak sebab fokus untuk naik sedikit otot. So walaupun tidur, lemak tetap dibakar sebab metabolisma dah tinggi).
Setelah join program kurus CABARAN STAILOO ni, dah berjaya capai target berat yang saya nak, 54kg.
Alhamdulillah. Dulu diejek, sekarang dipuji Saya ingat lagi masa bukak sem baru dulu. Time tu dah kurus.
Memang orang terkejut la tengok saya. Yang kelakar lecturer saya ingat saya kena penyakit. Huhu.
Tahun tu jugak saya konvo diploma. Best dapat pakai baju cantik masa hari keraian kita.
Ingat lagi budak laki yang sembur air tin coke kat saya tu?
Dia terkejut dan beriya mintak maaf dengan saya. Saya tak cakap apa2. Tapi dalam hati saya dah maafkan.
Kawan2 pun selalu puji saya nampak lebih cantik. Dan ramai yang tanya ‘rahsia’ sy kurus. Saya pun kata join jer CABARAN STAILOO ni nanti akan belajar teknik kurus yang betul.
Hidup saya sekarang lebih sihat dengan pemakanan yang betul. Senaman kadang2 buat tapi banyaknye tak buat. Hehe.. Tapi berat still maintain 54-55 kg.
Saya tanamkan dalam diri saya supaya sentiasa konsisten dengan habit saya dan teknik2 yang saya belajar dalam program kurus CABARAN STAILOO ni.
Dah boleh pakai baju saiz S. Happy sangat bila apa yang saya usahakan berhasil. Daripada xxxl sekarang S pun dah muat. Tapi kita patuh syariah sikit kita guna M la. Hehe.
Sekarang saya dah boleh pakai baju cantik2. Fesyen macam mana pun xpa. Janji sesuai dengan saya. Yela kita ni perempuan mesti nak berlawa kann.
Hidup saya sekarang lebih happy, sihat…
… dan nak buat apa2 aktiviti pun tak terbatas. Banyak yang dulu saya x boleh buat tapi lepas dah kurus ni macam2 saya cuba.
Alhamdulillah! Syukur pada Allah bagi saya nikmat ni. Memang satu kepuasan bila dah berjaya kurus.
Inspirasi
Semoga cerita saya ini akan memberi inspirasi pada anda untuk MULA diet secara sihat, tanpa perlu berlapar dan tanpa guna apa2 produk/ubat/suplemen kurus dsb.
Diet je mcm biasa dan tak perlu stress2.
Kalau anda tak tahu mcm mana cara kurus yang betul, atau anda perlukan guide smpai berjaya kurus, join jer CABARAN STAILOO.
InsyaALLAH dengan sistem, tips & teknik efektif.. akan kurus lebih cepat, mudah dan paling penting berkekalan.
Jika anda sedang kebosanan melayan perasaan di rumah dan sudah buntu tidak tahu lagi apa yang boleh dilakukan, apa kata luangkan masa untuk membuat ais krim vanilla coklat ala-ala magnum. Ya Allah terliurnya!
Apatah lagi bulan yang penuh dengan cuti, ais krim yang level kayangan ini sebenarnya boleh sahaja dibuat sendiri di rumah. Sambil meluangkan masa dengan keluarga bolehlah layan ais krim Malaysia buatan sendiri. Jom ikut resepi hijabi ini!
Terjebakk sudah😂😂😂 xdan nak p kedai bakery.. pulun yang mana ada di kedai runcit.. Kita bantai coklat Cadbury buat topping campur dark coklat lebih-lebih raya ritu🤣🤣 sungguh aiskrim makan modai namanye ni😝😝vanilla aiskrim ambik jer resepi kt EN Google.. #aiskrimviralmagnum
Resepi aiskrim vanilla coklat
3/4 susu pekat.. Klu tak nak manis kurangkan..
2 kotak kecil susu full cream
1 sudu besar ovellate (pastikan yg halal)
2 sudu kecil perisa vanilla
Mixed Bahan-bahan diatas sampai gebas gebus agak-agak 20 minit.. Pastu tuangkan dalam jug.. Senang sikit nak bubuh dalam plastik aiskrim nanti..
ARTIKEL BERKAITAN: Goreng Telur Ala Masterchef, Hanya Perlu 3 Langkah Mudah. Pasti Menjadi!
Topping coklat
200g chocolate milk.. Sis pakai cudbury coklat sebab xdan nak p bakery…
100g dark chocolate brand beryl’s
Buat teknik Double boil ye.. Jangan sampai setitik air pon terkena coklat takut nanti coklat mengeras… Dah suam-suam masukkn dalam piping bag dan picit masukkan dalam plastik aiskrim.. Pastikan jgn terlebih @, terkurang.. Masa kita ratakan coklat dalam plastik aiskrim boleh agak-agak ketebalan coklat tu.. Selepas itu tuang je vanilla aiskrim yang dah siap mixed tu dalam plastik aiskrim.. Jangan risau cokat tu tidak akan bercampur dengan vanilla aiskrim.. Dah masukkan hentak-hentak sedikit bagi mampat.. Kalau tak ketuk nanti ada ruang kosong dalam tu..
Selamat mencuba.. Sy halal resepi ni..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Kredit Resepi : rohayazulkarnin aya
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Untuk memiliki bibir yang seksi dan mungil, tidak perlulah mengenakan apa-apa suntikan. Malah, boleh sahaja dilakukan dengan cara yang lebih semula jadi. Semuanya bermula dari rutin penjagaan kecantikan wajah kita. Apa yang paling sinonim dengan solekan di bibir? Sudah pasti lipstik! Lihat saja di dalam tas tangan wanita hari ini, pasti semuanya ada satu atau lebih jenis lipstik untuk digayakan.
Namun, ramai yang salah melakukan teknik yang salah untuk menghasilkan bibir yang mungil! Bukan itu sahaja, tetapi ramai wanita tidak menyedari tentang penggunaan gincu dengan kerap boleh mengakibatkan permukaan bibir menjadi gelap akibat bahan kimia yang terkandung dalam gincu bibir.
Jadi, team Hijabista kongsikan kepada anda tip untuk menghasilkan solekan bibir yang mungil serta memukau!
1. Khas bagi anda yang sentiasa sibuk melakukan urusan kerja di luar, berhati-hati dengan sinaran UV! Seperti kulit, bibir juga mempunyai tindak balas negatif terhadap sinaran UV. Oleh itu, selalulah menggunakan pelembap bibir yang mengandungi pelindung sinaran UV. Ia bagi membekalkan lembapan biarpun pada cuaca panas.
2. Ini seringkali dilakukan oleh kita! Jangan basahkan bibir anda dengan lidah. Setiap kali membasahi bibir dengan lidah, air liur yang menempel di permukaan bibir akan meresap dan pelembap semula jadi bibir akan terbawa olehnya. Hasilnya, bibir anda akan bertambah kering.
3. Walau dalam apa situasi sekalipun, usah menggigit bibir walaupun pada ketika anda dalam ketakutan kerana selain membuatkan ia kering, tabiat ini akan membuatkan lapisan kulit mengelupas. Jika sukar mengikis tabiat ini, oleskan pelembap bibir sekerap mungkin.
4. Pasti ramai yang tidak tahu tentang kesan ubat gigi pada bibir, bukan? Sebenarnya, untuk mengelakkan bibir kering dan sentiasa takpak cantik, elakkan menggunakan ubat gigi yang terlalu pedas dan dingin. Walaupun ia untuk gigi, namun jika kerap terkena pada bibir, ia tidak baik untuk kesegaran bibir.
5. Bibir perlu dibebaskan segera daripada sisa-sisa gincu sebaik anda pulang ke rumah. Jangan tidur dengan sisa-sisa lipstik anda pula! Gunakan air atau pencuci solekan untuk membersihkan gincu agar ia benar-benar bersih. Jangan sesekali biarkan ia tanggal sendiri tanpa bilasan sempurna.
6. Anda tidak perlu menggunakan skrub bibir untuk menanggalkan sel kulit mati kerana bibir tidak mengandungi kelenjar minyak dan sel kulit mati akan terlepas dengan sendiri melalui proses semula jadi.
7. Jika anda mahu mengoles rona gincu yang berbeza pada satu masa, sebaiknya pilih dalam jenama yang sama kerana bahan yang berbeza akan menyebabkan warna dan teksturnya tidak blend sekata. Ia boleh menyebabkan bibir terluka.
8. Kala memilih gincu, pilih gincu berwarna natural gelap seperti coklat jika anda banyak melakukan aktiviti di luar pada siang hari. Ini sebenarnya untuk memberikan keselesaan dan memudahkan anda mengawal warnanya agar tidak tampak sarat kala kesibukan.
9. Sekiranya bibir mengalami masalah alergi atau kegatalan, gunakan pelembap bibir terlebih dahulu sebelum mengoles rona gincu.
10. Untuk mengekalkan bibir lembut dan sihat, pilih gincu bibir yang mengandungi pelembap dan bahan anti-oksida seperti vitamin A, E dan C.
Tip Bonus Untuk Bibir Mungil Persis Angelina Jolie!
Untuk mendapatkan bibir mungil persis Angelina Jolie, lakukan gaya bibir rona nude semula jadi. pastikan rona penggaris bibir sepadan dengan ton bibir dan gincu anda. Jadi, garisan yang digaris tadi akan kelihatan semula jadi .
Bermula dari sudut luar hujung dan lukis sepanjang garisan luar bibir. Ia akan memberikan garisan bibir lebih ketara dan tebal.
Jika anda tidak pasti di mana point yang paling tepat untuk menggaris penggaris bibir, atau mungkin bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk mendapatkan garisan yang kemas, cara yang paling mudah adalah dengan senyum. Ia akan menegangkan bentuk bibir dan sekali gus memudahkan proses menggaris garis luar bibir.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kulit yang lembap dan gebu adalah sinonim dengan kesihatan kulit yang optimum, jadi jangan berasa tertekan untuk memutihkan kulit anda jika anda tidak mahu.
Anda boleh mencapai kilauan dewy dengan produk solekan, tetapi anda tidak perlu menggunakan penyerlah atau asas untuk memakukan rupa. Empat cara untuk menjadikan kulit anda kelihatan berembun dan cerah, tanpa sentuhan solekan:
1. Mulakan dengan penjagaan kulit yang melembapkan.
Seperti yang dijangka, semuanya bermula dengan rutin penjagaan kulit anda. Selepas pembersihan yang lembut, pilih serum atau esen penghidratan. Cari bahan-bahan berikut:
Asid hyaluronik
Lidah Buaya
Gliserin
Panthenol
Peptida
Ceramida
Sapukan esen atau serum anda pada kulit lembap selepas cucian. Bahan-bahan seperti asid hyaluronik dan aloe vera dikelaskan sebagai humektan, yang bermaksud ia menarik air ke dalam kulit anda. Semakin banyak air yang kulit anda perlu ambil, semakin terhidrat kulit.
Selepas serum penghidratan, susulan dengan serum vitamin C jika anda mahu, dan sentiasa tambahkannya dengan pelembap. Jika kulit anda berminyak, pilih formula gel atau krim gel. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, krim yang kaya akan menjadi pilihan yang lebih baik.
Krim penyelamat pelbagai rupa yang menyediakan sokongan penghalang tambahan dengan mengukuhkan mantel asid kulit dan mempertahankan daripada kesan tekanan setiap hari.
2. Tingkatkan SPF anda dengan minyak.
Jika anda tidak menyukai perasaan pelindung matahari, anda tidak bersendirian. Walaupun kemas kini yang sangat diperlukan untuk kategori produk, banyak formula boleh meninggalkan kesan putih yang ketara, menghadapi masalah meluncur pada kulit dan juga mencerahkan kulit. Untuk mengurangkan masalah ini, hanya campurkan beberapa titis minyak dengan pelindung matahari anda.
Gabungan Bioretinol (Bakuchiol) dan peptida semulajadi (L-Carnosine), Supergoop! Daily Dose Bioretinol + Mineral SPF 40 Fluid meningkatkan kolagen dan menyasarkan garis halus, kedutan dan kehilangan keanjalan juga menghasilkan kulit yang kelihatan lebih licin, cerah dan lebih muda. Tidak seperti retinol tradisional, rawatan yang berkuasa dan tidak merengsa ini cukup lembut untuk kegunaan harian.
Bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat, pilih minyak bukan komedogenik seperti biji anggur, rosehip, primrose, jojoba atau satu lagi daripada pilihan ini. Ini akan membantu menambah cahaya yang kekal. Selain itu, minyak akan mengunci kelembapan ke dalam kulit anda supaya kulit anda akan kekal berembun sepanjang hari.
3. Selesai dengan gel bercahaya
Primer digunakan untuk menyediakan kulit anda untuk solekan. Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, primer berfungsi telah membanjiri pasaran. Perbezaan? Primer yang menyayangi kulit sebenarnya boleh berfungsi sebagai penjagaan kulit.
Anda tidak perlu menggunakan primer ke seluruh muka. Sebaliknya, gunakannya pada titik tinggi anda seperti mana-mana penyerlah lain (tulang pipi, hujung hidung dan sebagainya.
Formula gel tanpa berat dan menyegarkan. Primer pelbagai guna ini mengaburkan ketidaksempurnaan, meminimumkan rupa liang dan garis halus serta menyerap minyak berlebihan untuk kemasan segera yang menyempurnakan kulit.
4. Hidrat dari dalam
Mana-mana pakar penjagaan kulit akan memberitahu anda bahawa kulit dewy bermula dari dalam dan itu bukan sahaja bermakna minum air yang mencukupi, walaupun itu adalah langkah pertama). Anda sebenarnya boleh meningkatkan tahap penghidratan dalaman anda melalui suplemen yang menyayangi kulit, seperti suplemen yang mengandungi asid hyaluronik.
Bentuk lisan HA telah ditunjukkan untuk menyokong penghidratan dan penampilan kulit. Malah, satu kajian mendapati bahawa orang yang mengambil 120 miligram asid hyaluronik sehari selama lapan hingga 12 minggu mengalami penuaan kulit yang lebih baik. Kurang kedutan dan kulit lebih anjal!
PRODUK CADANGAN: Hermès H24 Hydrating and Energizing Face Moisturizer
Tingkatkan rutin penjagaan kulit harian dengan pelembap berteknologi tinggi ini, Hermès H24 Hydrating and Energizing Face Moisturizer, yang dipenuhi dengan alam semula jadi. Dengan sillage botani yang aromatik, segar, ia melindungi kulit daripada penceroboh luaran dan menjadikan kulit lembut dan lembap.
Kulit yang sihat dan berseri akan sentiasa menjadi trend. Untuk mencapai kilauan berembun tanpa satu produk solek, pilih serum penghidratan, campurkan SPF anda dengan minyak muka, tambahkan primer bercahaya pada rutin anda dan utamakan penghidratan kulit dalaman melalui suplemen asid hyaluronik.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Meskipun perkahwinan yang terbina ini, merupakan perkahwinan kali kedua buat Yatt, namun Yatt akui bahawa dia amat seronok menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu kepada empat cahaya mata kerana...