Siapa tidak kenal dengan jurusolek popular dari utara, Mua Bellaz yang hasil kreativitinya menyolek sangat dikagumi ramai. Malah dia yang rajin membuat mekap tutorial live mekap di facebook menyebabkan namanya menjadi fenomena dengan loghat utara yang cukup pekat dan memikat hati.
Gayanya yang selamba dan bersahaja membuatkan ramai mengikutnya di laman sosial facebook gemar melihat tutorial mekap yang dilakukannya. Bukan itu sahaja dia juga sering membuta kelas solekan di seluruh negara dan kemunculannya memang amat dinanti.
Ramai tahu sebelum ini sejarah hidup Mua Bellaz atau nama penuhnya Nur Nabilah Zulyadaini yang menempuh pelbagai halangan sebelum berjaya dikenali seperti hari ini.
Dia yang dulunya hanya seorang gadis kampung berbasikal ke hulu ke hilir mencari rezeki untuk keluarganya.
Malah hanya sempat menyambung pengajian sehingga tingkatan lima sahaja dengan memperolehi sijil SPM itupun menurutunya setelah cikgu membayarkan yuran untuk mengambil peperiksaan berkenaan.
Bukan itu sahaja dia juga pernah ikat perut untuk makan semata-mata mahu menyerahkan duit hasil kerja yang dibuat ketika itu (kelas ikan) kepada emaknya bagi membeli barangan dapur untuk makan keesokan hari.
Justeru apabila kehidupannya sudah semakin senang hari ini, dia tidak akan sesekali melupakan pengalaman lalu yang mengajar dirinya erti sebuah kehidupan.
Malah inilah masanya pula untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan dengan membalas jasa dan budi melalui kebolehan yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya.
Mua Bellaz baru-baru ini telah mengumumkan akan menyediakan perkhidmatan solekan bayaran solekan seikhlas hati kepada bakal pengantin yang ingin merasai hasil sentuhan solekan magisnya, terutama bagi mereka yang tinggal di Kedah.
Dia yang muat turut posting itu di laman sosial facebook miliknya yang kini mempunyai follower lebih satu juta dan ternyata mendapat respon cukup baik dari netizen. Malah posting ini medapat lebih 37 ribu like serta hampir 4 ribu butang share.
Assalamualaikum hampa berita gembira buat rakan2 bellaz ..insyallah start feb 2019
Bellaz akan OPEN makeup “Tq bellaz makeup”
Untk bakal2 pengantin bellaz yg tidak berkemampuan untk bayar Muabellaz untk makeup pengantin /tunang ..tapi dia nak jugak rasa air tangan bellaz makeup muka dia ..bellaz akan buka peluang ni khas untk hampa..
just bayar sahaja apa bajet hampa ada ..tak kisah 5rgt ka 10 rgt ka 20 rgt ka 50 ka 100 ka ..insyallah bella terima dgn hati yg ikhlas nk melawakan di hari bahagia hampa seikhlas hati bellaz ,
suami bellaz pon turut mengokong n dia ckp dpt pahala lebih insyallah bantu org yg tidak berkemampuan …..barangan bellaz guna mcm makeup rm500 ..
suka x tpi area kedah sahaja…dtg butik bellaz …tpikan plzz jujur kita nak bantu orang yg betol2, sapa yg tidak berkemampuan insyallah…
Bellaz nk letak belakang dulu sakit pingang or sebagainya ..tpi insyallah jika kita gembirakan hati orang harini insyallah Allah akan gembirakan hati kita lebih lagi
Siti Maznah Di saat ada segelintir MUA lain yg dok perli perla bkl tunang/pengantin yg x berkemampuan nk makeup tunang/kahwin bajet rm100 tp nk hasil makeup ala2 bajet rm500,tapi Bella pulak bagoih p offer depa dgn pakej bajet yg murah.Patut la makin hr makin maju bisnez Bella..Tahniah Bella,patut dijadikan cth terbaikkat MUA2 yg lain
Dee Ha Allahu xkenal dengan Bellaz dr hujung rambut hingga hujung kaki., tapi hati ni jatuh sayang kat Bellaz. Semoga semakin bertambah2 rezeki Bellaz. Semoga bertambah keberkatan buat Bellaz Membantu mereka yg tidak berkemampuan. Aamiin.
Abuyat Sakoora Cik Leeha kawan kami nk kawin feb ni bellaz…dia mmg teringin sgt2 nk rasa ayaq tangan bellaz…tunang haritu siap ambik gmbar bellaz nk buat look mcm bellaz tp xjadi..ksian dia..tlg bellaz capai hajat kawan kmi ni..muah!
Natalia Natasha Alhamdulillah masih ada lg orang yang mcm nie…tahniah kak bella dgn husband kerana sanggup bantu org yg kurang kemampuan..semoga kehidupan dan rumah tangga kak bella sekeluarga bahagia hingga ke jannah AMIN..
Artikel Berkaitan: Pernah Kena Kecam Mekap Tak Cantik
SUMBER: FACEBOOK MUA BELLAZ