Pernah Dianggap Gila, Gadis Ini Punya Semangat Yang Kuat & Mampu Buktikan Dia Juga Boleh Berjaya

Share

Perkongsian gadis bernama El tentang dirinya yang pernah dianggap gila selepas bergelar anak yatim piatu dalam Twitternya berjaya mendapat perhatian netizen.

Memang sedih bila baca kisahnya yang tinggal di rumah anak yatim dan berjuang untuk meneruskan pengajian dengan wang yang begitu terhad.

Ikuti perkongsiannya yang boleh dijadikan inspirasi pada hijabi di luar sana untuk tidak mudah mengalah dan berputus asa.

Orang tua pergi menjala, menjala sambil mata tertutup. Dulu anakmu dianggap gila, kini mampu teruskan hidup. Terima kasih Mama, Ayah.

Dihantar Ke Rumah Anak Yatim

Hello everyone.  Assalamualaikum. Alright, itu memang kedua ibu bapa kandung saya. Mama dan Ayah saya. They passed away few years ago.

Mama meninggal 17 tahun lepas. Kami kemalangan jalan raya pada 28hb Ogos 2000. Ayah pula meninggal pada 22 Jun tahun 2006. I was 10 and..

Saya anak tunggal. Cuma ada seorang kakak tiri (anak mama dengan suami pertama, manakala saya anak mama dengan suami kedua). Lepas 4 bulan..

Pakcik saya hantar saya ke rumah anak yatim di Ampangan, Seremban. Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan menjadi rumah baru untuk saya tinggal.

Pakcik saya janji untuk ambil saya balik bila saya cecah umur 12 tahun. Saya tunggu. Tapi, saya jadi penunggu. Tahun pertama, kedua dan..

Akhirnya saya mula biasa tak pulang ke kampung. Saya tinggal je dekat orphanage tu even kawan kawan lain balik bercuti. Alhamdulillah Allah.

Owner orphanage tu pun kami panggil Mama Ayah. Mula-mula saya tak biasa. Hampir toreh tangan saya sendiri sebab tertekan. Saya rindu mereka.

Saya tiada sesiapa di Seremban. Keluarga kakak tiri pun dah mula jarang lawat saya. Bila saya call, baru diorang datang dan ambik saya.

Saya ada parut didagu. Waktu saya sekolah rendah, kawan-kawan ejek saya. Kata saya miskin, busuk. Waktu tu, ayah pun dah tak ada.

Ada masa saya tertidur dekat luar rumah sebab kakak tiri saya keluar dengan suami and anak dia. Tapi lepas saya masuk orphanage, tak lagi.

Kenapa Saya Dipanggil Gila?

  1. Lepas seminggu Ayah meninggal, saya terlupa tu. Saya tunggu ayah hari-hari jemput saya balik dari sekolah.
  2. Setiap kali saya nak main dengan kawan-kawan, saya akan ke rumah diorang berjalan kaki seorang diri, lintas jalan dan hampir dilanggar.
  3. Disebabkan takut dengan budak kampung yang nakal, saya akan bagi diorang guna basikal saya, pukul saya. Sebab ayah takda nak backup.
  4. Saya dipanggil gila, depan muka sebab waktu ambik result UPSR, saya terus ke public phone. Nak dial number penjaga, terdial number Ayah. Kena gelak dengan kawan kawan masa tu. Apa boleh buat daaa. Saya excited dapat 2A masa tu. Subjek Sains pulak tu.
  5. Ada doktor kata saya berhalusinasi tentang kemalangan keluarga saya. Iya. Waktu kemalangan, saya hanya berumur 4 tahun. Memang kecik
    .

Mereka Kata Saya Berhalusinasi

Kami kemalangan waktu malam. Saya saja saksi yang dapat menyaksikan macam mana keadaan masa tu. KAMI DILANGGAR, MAMA DIGILIS.

Mama dilanggar 2 kali. Yang pertama, kereta. Yang kedua, lori. Hanya Allah tahu apa yang telah Dia rancangkan untuk saya. Saya terdiam.

Mungkin kanak-kanak sebaya saya juga takkan mampu menipu kan? Tapi sayang. Polis tak terima keterangan saya. Mereka kata saya berhalusinasi.

Saya dengan Mama sebelum kemalangan and saya selepas kemalangan. Dagu dan mulut saya terkoyak, dapat 20 jahitan. Itulah gambar last kami.

Okay. Setakat tu je saya dapat kongsi soal kemalangan kami. and, Ayah pula meninggal masa saya darjah 4. Dia sakit. Dia jatuh dlm bilik air.

Dan sejak Mama Ayah meninggal, setiap tarikh istimewa, saya akan sambut dengan mereka. Hari Ibu/Bapa dan hari lahir saya sendiri.

And yes, mereka masih kata saya gila sebab saya akan bergambar di pusara bersama Mama Ayah. Maaf tapi itu saja yang saya ada.

Pesan saya, apa saja yang terjadi, sekalipun nyawa awak jadi ganti, kemana saja awak pergi, awak akan bawa nama ibu ayah sehingga mati.

Bagaimana Saya Sambung Belajar?

My studies. How can saya study for diploma after Mama Ayah meninggal?

1. My savings.

Simpanan saya di orphanage selama 7tahun, jadi bekal. Tapi, simpanan saya pun tak cukup. Hanya bertahan sampai saya semester 3. Sebab? barang art bukan murah. serba serbi saya beli sendiri.

Termasuk barangan mandian, belanja harian. ada masa saya akan keluar dengan kawan, beli barang dekat luar. Juga duit simpanan saya.

2. PTPTN.

Pinjaman PTPTN saya hanya dapat RM1K untuk satu semester. Saya akan beli barang-barang art dulu, dan selebihnya belanja saya.

Start semester 4, 5 duit belanja saya hanya dari baki duit PT. Bulan pertama dan kedua saya okay. Masuk bulan ketiga, saya ‘puasa’.

Adakala, saya tak makan nasi hampir seminggu. Kadang-kadang lupa bila last makan nasi. Tapi kawan-kawan saya ada, diorang belanja. Alhamdulillah.

Pakcik saya, sepupu saya, kawan-kawan termasuk pensyarah sendiri bagi saya belanja untuk makan setiap kali diorang perasan saya tak bermaya.

Tapi tak selalu. Sebab start semester 5, saya dapat bilik and tinggal sorang. Jadi, saya akan makan maggie dan biskut saja dlm bilik.

Kamar 2414, tertulis perjalanan pengajian saya sepanjang Semester 5 (Final Year) di UiTM Lendu. Terima kasih.

Betul kata orang. Bila kita diatas sikit, barulah ramai yang mengaku saudara. Tapi maafkan saya, saya takkan pernah lupa. Maafkan saya.

Sumber: Twitter EL? @shewasokay

Published by
Naqiyatul Uzma