“Oh, bulan, enggan melayan diriku lagi, pabila air mata membasahi pipi..”
Pasti anda masih ingat pelantun suara lagu ‘Dan Sebenarnya’, Yunalis Mat Zara’ai atau sering disapa sebagai Yuna yang kini sudahpun berjaya melebarkan sayapnya di peringkat Antarabangsa.
Sesunggunya tidak mudah untuk seseorang itu menempa kejayaan. Apatah lagi jika dapat menempa nama di peringkat antarabangsa. Begitu juga kisah penyanyi Yuna yang pernah melalui jalan berliku sebelum berjaya seperti hari ini.
Yuna Pernah Dinafikan Bakat Dan Diminta Buka Tudung Untuk Bina Karier Di Luar Negara
Mengimbau kepayahan sebelum berjaya naik ke puncak populariti di Amerika, Yuna terkenang ketika dia berusia 21 tahun, dia pernah menyampaikan hasratnya kepada salah sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur.
Ketika itu, dia hanya bersetuju menandatangani kontrak sekiranya syarikat rakaman membenarkan dia untuk melebarkan sayapnya dengan lagu Inggerisnya ke peringkat antarabangsa.
Namun, hasratnya tidak kesampaian, lebih teruk lagi apabila wakil syarikat rakaman itu memandang rendah terhadap kemampuam dirinya dan menghamburkan kata-kata memerli bahawa tiada siapa dari AS yang akan mendengar lagu inggeris dari artis Malaysia.
Bukan itu sahaja kesusahan dialami,mereka juga pernah menghadapi masalah kewangan dan terpaksa kuat untuk bertahan dalam industri. Selain itu, Yuna juga pernah disuruh buka tudung dan hanya menyanyikan lagu Melayu sahaja.
Kini segala kepayahan lalu berbaloi kerana nama Yuna kini semakin di kenali di kalangan penyanyi popular.
Yuna Kenang Jasa Pengurus, Bawa Karier Hingga Tembus Pasaran Antarabangsa!
Perkara naan diluahkan penyanyi yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat. Yuna di laman sosial instastorynya dengan memberi penghargaaan kepada pengurus peribadi Wawa yang banyak berkorban demi karier nyanyian beliau.
Wawa adalah orang yang bertanggungjawab membawa karier Yuna hingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Dan kini dia sudah hampir 12 tahun bertapak dalam industri hiburan di negara Uncle Sam berkenaan. Rezekinya makin cerah dan tidak putus-putus apabila turut ditawarkan peluang berduet bersama penyanyi terkemuka antarabangsa seperti Usher, Jhene Aiko dan DJ Premier.
Menurut Yuna, jika mahu berjaya dan mancapai cita-cita yang diimpikan, kita harus berani melangkah ke depan dan jangan terlalu mengambil pusing pandangan orang lain.
Penyanyi berusia 36 tahun itu turut menyatakan rasa syukur kerana mempunyai kawan, keluarga dan peminat dari Malaysia yang selalu mempercayai dan menyokongnya untuk terus ‘terbang lebih tinggi’.
Status yang dimuat turun ini juga turut membuatkan peminatnya terharu dan kisahnya itu memberi inspirasi kepada mereka. Rata-rata begitu tersentuh dengan kisah kejayaan penyanyi ini mendaki puncak jaya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI