Pernah Buka HIJAB Gara-Gara Dapat Tawaran Tinggi, Anne Ngasri MENYESAL & Terus ISTIQOMAH Hingga Kini

Share

Beliau adalah antara selebriti terawal yang berhijab. Ketika itu walaupun penampilannya cukup ringkas hanya dengan tudung sarung atau awning tetapi tetap menyerlahkan kejelitaan wajahnya. Datin Anne Ngasri, 34 tahun yang sudah hampir 12 tahan berhijab sejak mendirikan rumah tangga hingga kini masih kekal istiqomah. Namun begitu, bukan mudah untuknya kekal muhasabah kerana beliau juga pernah diduga di awal penghijrahannya.

LEPAS KAHWIN DAPAT ANAK TERUS BERHIJAB

“Saya adalah antara selebriti terawal yang berhijab. Masa itu saya baru kahwin usia 21 tahun dan ketika 22 tahun saya sudah berhijab. Sebenarnya sebelum itu saya memang ada berniat, bila dah kahwin nanti dan ada anak nak berhijab.

“Saya tak nak nanti anak rasa malu saya tak pakai tudung. Ketika itu penampilan saya biasa sahaja. Tidak terlalu seksi jika menghadiri majlis atau ketika berlakon. Ini adalah kerana hasil didikan ibu bapa saya yang begitu memantau etika berpakaian

,” jelas Anne yang menceburi bidang lakonan seawal usianya masih kanak-kanak lagi.

Menurutnya lagi, seperti insan lain beliau juga turut diduga dengan dugaan di awal penghijrahannya.

“Waktu itu keadaan ekonomi yang tidak begitu bagus. Dan kebetulan pula saya dapat offer tinggi untuk melakukan watak yang memerlukan saya tidak bertudung. Jadi saya terima tawaran itu dan hanya tidak bertudung dalam set penggambaran, tetapi di luar saya tampil bertudung. Rupanya perbuatan itu mengundang  komen negatif orang di luar.

“Saya bersyukur dengan komen yang diberikan kerana ia buatkan saya kuat semangat untuk terus kekal berhijab. Bagi saya rezeki itu di tangan Allah. Dan sejak itu saya terus berhijab sampailah sekarang,” tambahnya yang ditemui ketika majis pelancaran Sherry Scarves by Sherry Ibrahim di Damansara.

TERUS ISTIQOMAH

Menurut Anne juga oleh kerana dia istiqomah dengan penghijarahannya itu, ramai rakan artis yang bertanya padanya bagaimana mahu terus kekal dengan berhijab.

“Benda wajib memang kita kena buat. Jadi cekalkan hati dan cuba muhasabah diri. Capai apa yang diingini dan insys-Allah akan dipermudahkan segala urusan,” tambahnya yang gemar fesyen ringkas dan paling penting selesa.

Kalau dulu beliau cukup sinonim menggayakan tudung sarung, tetapi kini Anne menyukai tudung bawal kerana baginya mudah untuk digayakan.

Anne yang Sudan lama tidak muncul di kaca TV atau media tetap manis dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Ketika tanya apa rahsia mengekalkan kejelitaan dan muka seperti ‘baby face’, Anne menjawab mungkin kerana beliau berbadan kecil jadi tak nampak ‘tua’ sebenarnya.

AMAL MINUM AIR PUTIH

“Sejak dulu saya memang amalkan petua minum air putih. Saya tak pernah lepas dengan air putih ke mana sahaja saya pergi. Dan setiap kali berpantang selepas melahirkan saya akan berpantang dengan betul.

“Manakala untuk mengekalkan kecergasan pula, saya mengambil suplemen

yang bersesuaian. Paling penting bagi saya adalah mendapat rehat dan tidur yang secukupnya,” jelas Anne yang kini lebih selesa berada di belakang tabir menguruskan produksi sendiri.

Selain itu, beliau juga kini senang menghabiskan masa menjaga anak-anak dan bakal melahirkan anak keenamnya hujung tahun ini. Menurutnya anak-anak masih kecil dan memerlukan perhatiannya.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ANNE NGASRI

 

Published by
Siti Zurina