Pernah Buat Kejutan Untuknya Di Sekolah, Iman Troye Kenang Nasihat Siti Sarah

Share

Penyanyi baharu yang sedang meningkat naik, Iman Troye berkongsi bahawa almarhumah Siti Sarah pernah menasihatkannya agar berjumpa dengan pakar pskiatri sekiranya tertekan selepas menerima kecaman yang teruk daripada netizen.

Jelas Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19,  selepas berakhirnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lalu, Allahyarham sering menghubunginya bagi bertanya khabar dan perkembangan kariernya yang baharu bermula pada ketika itu.

“Antara nasihat kak Sarah yang paling Iman ingat ialah sentiasa menjadi diri sendiri serta jangan terikut-ikut dengan cara orang lain. Nasihat tersebut buatkan saya lebih bersemangat untuk berjaya.

“Malah, dia juga nasihatkan ibu saya supaya sekali-sekala membawa saya bertemu dengan pakar psikiatri kerana menjadi anak seni dalam industri hiburan sangat mencabar dan pasti akan rasa tekanan kerana sering dikritik serta dikecam,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam pada itu, Iman juga turut memuat naik hantaran khas buat almarhumah di laman instagramnya selepas terkejut mendengar berita pemergiannya.

Iman juga turut mendedahkan bahawa Sarah pernah buat kejutan hadir di sekolahnya bagi memberikan sokongan agar dia dapat buat yang terbaik untuk peperiksaan SPM.

Dear kak sarah,

Sampai sekarang adik masih tak percaya yang kakak pergi, pergi untuk selamanya, takkan kembali lagi.

semua berduka dengan kepergian kakak, banyak kisah baik kakak diceritakan, dikongsi kerana kakak insan baik, insan hebat yang terpilih oleh الله untuk kembali.

adik akan ingat semua pesan kakak, nasihat kakak, semua kata baik kakak, adik akan ingat selamanya.


selamat berpisah dari dunia nyata kakak, kakak pergi dulu ya? InshaAllah nanti kita jumpa di sana. setiap dari kita akan pergi juga menyusul, kerana kematian itu pasti.

mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat kakak tersayang saya, Siti Sarah Binti Raissuddin. semoga segala rahmat الله untuk kakak dan berbahagialah di syurga الله kakak. الله pasti akan menghitung semua kebaikan kakak dan merahmati kakak, insyaallah.

salam takziah untuk keluarga arwah, abang shuib, anak anak dan semuanya.

selamanya dalam ingatan.❤️

love, adik.

Al-fatihah.

Published by
QIST