Pernah ‘Breakdown’ Ketika Hamil Anak Sulung, Emma Maembong Kini Lebih Pandai Kawal Emosi Dan Kecantikan

Share

Melihat perkembangan pelakon Emma Maembong yang kini sedang hamil anak kedua bersama pasangan, Muhammad Shazli Azhar, terselah seri wajah yang manis pada mukanya. Emma kelihatan lebih ceria dan kulit putih kemerahan jambunya menjadi tanda tanya apa rahsia penjagaan kulitnya.

Artikel berkaitan: Hasilkan Look Ala Emma Maembong, Seri Ibu Hamil Mua Bellaz Pukau Setiap Mata Yang Memandang

 Ketika ditemubual, Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong turut berkongsikan tentang pengalamannya ketika mengandungkan anak sulungnya, Shariq, dimana mengalami masalah kulit wajah.

“Masa first time saya hamil, muka saya agak teruk sehinggakan tak berjumpa dengan orang,

“Saya sendiri tak biasa lihat perubahan badan dan ada satu ketika saya menangis di dalam tandas. Suami terpaksa pujuk disebabkan perubahan yang saya alami ketika itu mengejutkan diri ini.” ujarnya.

Pelakon berusia 30 tahun itu berkata lagi tiada tip penjagaan wajah namun dia lebih akur dalam penjagaan emosi ketika hamil. Malah dia juga akui selepas bersalin, penjagaan pantang amat ditekankan dan cuba untuk melangsingkan badan bagi kesihatannya.

 Artikel berkaitan: Penampilan Emma Maembong Di Tanah Suci Berhijab Dan Berniqab Jadi Bualan Netizen!

“Bila dah hamil kali kedua, saya dah pandai jaga emosi. Tengok sahaja muka naik jerawat, saya pakai face masker atau skincare, jaga sebelum makin teruk,

“Mengandung memang akan berbadan besar, lihat pula ramai kakak-kakak saya jaga badan jadi saya ikut cara mereka untuk penjagaan badan,

“InsyaAllah lepas bersalin saya akan cuba untuk kecilkan semula badan tapi bukan untuk suami atau orang, malah lebih demi diri sendiri dan kesihatan.” katanya lagi.

Sekadar info, Emma Maembong dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 20 Ferbruari 2020. Perkahwinan mereka diserikan lagi dengan kedatangan anak sulungnya, Shariq Arshan Gabriel pada 8 November 2020.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista.

Klik di sini.

Published by
Qee