“Sebenarnya saya tidak terlalu mengikut rules sangat. Ramai juga yang tanya saya mengenai tip-tip kecantikan.
“Jawapan saya mudah saja iaitu kena rajin dan paling ‘wajib’ tahu jenis kulit kita sendiri. Untuk badan pula saya aktif melakukan aktiviti bicycle lean class dan hit boxing.”
Setia Dengan Produk
“Kalau dulu saya sangat setia dengan produk-produk tertentu.
“Namun setelah mengenali kulit sendiri, saya mula sedar sebenarnya setiap masa saya akan menukar produk kepada yang baru.”
Tidur Secukupnya & Berkualiti
“Tidur yang berkualiti dan secukupnya adalah salah satu cara saya menjaga kecantikan kulit ketika kesuntukan masa.
“Tidak perlu memakai apa-apa produk kerana kulit akan kekal sihat dan bersinar secara natural.”
Pernah Alami Masalah Jerawat Teruk
“Saya pernah alami masalah jerawat yang sangat besar. Sebelum ini saya jarang ada masalah seperti ini. Kalau ada pun hanya jerawat kecil-kecil.
“Masalah jerawat besar itu agak menduga kesabaran kerana ia ambil masa untuk pecah. Kemudian ia meninggalkan kesan parut yang tidak cantik di wajah.
“Untuk mengatasinya saya buat rawatan laser di samping memakai serum dan masker secara konsisten. Alhamdulillah lama kelamaan ia hilang. Kulit saya kembali sihat dan bersih.
“Selepas itu saya lebih peka dengan penjagaan kecantikan kulit. Saya juga tidak suka memakai produk yang menyebabkan kulit berminyak terutama ketika tidur.”
Kesihatan Mata
“Saya elakkan melihat telefon bimbit sebelum tidur. Begitu juga selepas bangun tidur saya tidak akan melihat telefon bimbit dalam 20 minit.
“Ini bagi mengelakkan masalah silau. Saya juga tidak lagi memakai kanta lekap berwarna. Saya selesa dengan apa yang ada bagi mengelakkan kemudaratan.”
Me-Time
“Saya gemar berada di dalam bilik sambil menikmati haruman aromaterapi. Salah satu haruman kegemaran saya ialah pudina yang dapat membuatkan saya rasa segar dan tenang sepanjang tempoh me-time.
“Saya juga akan tidur secukupnya. Tak dinafikan hendak mendapatkan tidur yang berkualiti dan secukupnya agak sukar. Namun saya sentiasa berusaha jika ada peluang masa. Dengan amalan tersebut saya dapat melihat perubahan terutama pada kulit wajah.
Rahsia Rambut Cantik & Sihat
“Sejak mempunyai salun rambut sendiri saya sentiasa mendidik khususnya kepada golongan wanita bertudung agar menjaga rambut dan kulit kepala. Ramai yang tak sedar, sebenarnya daripada kulit kepala yang sihatlah rambut akan tumbuh dengan subur, lebat dan tidak mudah botak.
“Tip saya, pilih syampu yang betul dan sesuai serta tahu keadaan kulit kepala kita. Kedua, rajin buat rawatan untuk kulit kepala kerana mereka yang bertudung sering mengalami kulit kepala yang berminyak dan rambut mudah gugur. Sebulan sekali pun memadai.”
Kredit Foto: Instagram Sherry Ibrahim