Isi Kandungan
TogglePersonaliti media sosial yang juga usahawan berjaya, Asyalliee Ahmad baru-baru ini meraikan ulang tahun perkahwinannya yang kelima bersama suami tersayang, Eboy Arbaain dengan cara yang menarik sekali apabila mengadakan majlis resepsi persandingan sambil disaksikan ahli keluarga dan teman-teman rapat.
Berkongsi di laman instagramnya, Asyalliee yang mesra disapa Asya menceritakan kisah sedih di sebaliknya. Sememangnya sejak dahulu lagi dia mengimpikan untuk bersanding di majlis perkahwinan namun menyedari hakikat dirinya dan suami belum berkemampuan lagi pada saat itu, dia lalu terpaksa menyimpan hasratnya pada ketika itu.
Anak dah 3 orang baru nak bersanding, Alhamdullilah rezeki sangat. 5 Tahun yang lepas asya pernah berangan nak ada wedding macam ni tapi apakan daya. ‘Ukur baju dibadan sendiri’ itulah yang asya positif kan diri dulu.
Asya faham keadaan eboy dan asya faham keadaan asya juga masa tu macam mana. Asya anak yatim piatu yang menanggung hidup sendiri selepas sekolah. Eboy pula yang hanya bekerja makan gaji cukup hidup dan makan untuk diri sendiri je.
Allah swt temukan kami berdua semasa bekerja di ioi city mall dulu tahun 2015, sebulan selepas tu baru kami bercinta. Kalau nak cerita pasal kisah percintaan kami ni @eboyarbaain yang lebih simpan memori nya sebab asya banyak dah lupa 😂
So tak sampai setahun kami bercinta, kami bertunang. Tak sampai setahun kami bertunang, kami nikah. Kami nikah pada 25 Feb 2017 masa tu di jais shah alam. Disebabkan asya takde wali, so kena pakai wali hakim. Bila pakai wali hakim kena akad nikah dekat tempat dia la. Pelamin pakai yang sama orang lain pakai juga.
Sebelum turn asya, turn orang lain dulu lepastu baru turn asya. Selepas asya orang lain punya turn pula. So takde keistimewaan sangat dekat situ tapi memori yang sangat indah tercipta disitu 🤍
Kami berdua bukan orang senang, jadi buat mana yang mampu ja masa tu.
Setelah 5 tahun nikah, harini baru kami dapat bersanding 🤍 MashaAllah indah sungguh perancangan Allah swt. Allah lebih mengetahui segalanya. Allah swt kurniakan waktu yang terbaik bila kami patut sanding.
Masa nikah dulu takda duit nak buat sanding. Tu pun nasib baik ada orang sponsor, mungkin kesian dekat kami ni 😂 Sebab yelah macam asya nikah asya, kalau tidak asya nak beli dkat gm klang je tapi ada insan yang baik hati nak sponsor baju.
Tambah Asya, perancangan untuk mengadakan majlis persandingan ini sudah lama sebenarnya namun terpaksa dilupakan seketika setelah dirinya hamil dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula diadakan.
Namun, perancangan Allah itu adalah yang terbaik apabila hasratnya itu kini terlaksana di waktu yang sangat tepat buat mereka berdua.
Kami plan, lepas nikah beberapa bulan tu cari duit nak sanding tapi pregnant Haider pula. So kami ingat anniversary yg pertama nak sanding la tapi duit takda lagi. Kami jual motor dan bag2 asya untuk cari duit tapi kami korban kan dulu duit tu untuk buat modal bisnes
Lepas Haider dah lahir, ingat nak bersanding juga la untuk anniversary yang ke 2. Rezeki dah ada masa tu, tapi asya pregnantkan Helena pula 😂
Bila nak buat sanding anniversary ke 3 tup tup tup PKP pula! hahaha
Then ingat anniversary yang ke 4 nak buat la sanding tapi still PKP tak boleh buat majlis, kami sambut dekat hotel je.
Sampailah harini! Sebenarnya tak terfikir pun nak bersanding tau, ingat nak sambut macam biasa bercuti ja. Tapi disebabkan asya buat-buat tanya dekat ig story haritu ramai pakai suruh buat! Lepastu pula yang boleh menjayakan majlis persandingan ni adalah @villabusainna sebab dia bagitahu dia ada dewan @cornerstoneipc_kl dan decoration dia semua cantik2 pastu murah 😍 Terus asya onz hahaha
Tapi nak dijadikan cerita la kan, banyak benda juga ye nak kena prepare walaupun bersanding sahaja. Pening kepala hahahaha tapi Alhamdullilah syukur sangat
Percaturan Allah sangat tepat dan sangat indah 🤍 Terima kasih Ya Allah diatas kurniaan Mu kepada kami 🤲🏻
Terharu apabila membaca perkongsian Asya ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha penat lelah, mereka berjaya miliki hasilnya pada hari ini. Moga perniagaan mereka terus maju dan rumah tangga mereka kekal selamanya hingga ke syurga. InsyaAllah.
sumber: instagram @asyalliee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berat Dugaan Wanita Ini, Setelah 2 Minggu Disahkan Ovarian Cyst & Hidap Kanser. Rahim Pula Terpaksa Dibuang
Isi Kandungan
ToggleTidak semestinya apabila kita sihat sebenarnya tidak mempunyai penyakit. Kadang-kadang penyakit ini datang tanpa kita sedari dan tiada tanda-tanda awal. Antaranya seperti mempunyai ketumbuhan atau cyst. Dengarnya seperti masalah kesihatan biasa, tetapi jika tidak diubati kemungkinan boleh menyebabkan penyakit merbahaya lain hingga membawa maut.
Perkongsian wanita ini Hety Ezleen di laman sosial menceritakan pengalamannya bagaimana dia dikesan mendapat cyst. Asalnya hanya sakit di perut hingga membuncit seperti orang mengandung. Namun setelah melakukan pemeriksaan barulah doktor mengesahkan dia sebenarnya disahkan menghidap ovarian cyst.
Dia terpaksa melakukan pembedahan bukan sahaja membuang cyst berkenaan tetapi juga kedua-dua belah ovarinya. Lebih menyedihkan dia tidak berpeluang untuk hamil lagi.
Ikuti perkongsian dari wanita ini selama 2 minggu bedepan penderitaan ini beserta dengan kos rawatan yang dibayar. Dia kini masih lagi dalam proses penyembuhan. Kita doakan agar Hety akan sihat seperti sebelumnya.
MULANYA ALAMI SAKIT DI BAHAGIAN PERUT
Ramai yg bertanya pd saya, mcm mana mula2 saya tau yg saya ada cyst.. apa tanda2 cyst, dan apa tindakan saya.. Saya rasa terpanggil utk berkongsi pengalaman saya utk rakan2 yg bertanya.. mana tahu dapat membantu awk2, rakan2 awk, atau saudara mara awk yg senasib spr saya sebelum terlambat..
*Saya kerap mengalami sakit perut di bahagian bawah. Tidak la setiap hari tetapi agak kerap juga.. Kadang kala, perut terasa kejang dan rasa mencucuk. Sakit sangat. Kadang pula, rasa sakitnya seperti senggugut yang berpanjangan.
*Saya kerap membuang air 10-15 kali sehari walaupun sy tidak minum air. Stress ya amat kalau pergi holiday atau berjalan2. Kalau lepas minum air segelas, dalam masa 5 minit confirm akan pergi toilet.. then 5 minit kemudian akan ke toilet lagi.. Bayangkanlah penderitaan ini.. Ini krn cyst semakin membesar dan kedudukan ovari (cyst) berada di sebelah pundi kencing je.
*Kadang2 sakit semasa hubungan kelamin. Sakit yg teramat sangat di tempat kedudukan cyst. Ini krn faktor pengembangan dan pengecutan otot dikawasan rahim dan sistem peranakan sewaktu hubungan kelamin.
*Perut semakin membuncit dari hari ke sehari seperti wanita mengandung. (perut saya spr wanita mengandung 4bulan). Ia tak sakit krn dalam perut mengandungi air.. doc kata cyst tu yg keluarkan air tersebut.
*Selepas makan, perut mengeras dan terasa penuh.
*Kadang2 pening kepala.. tak selalu..
*Semasa baring, bila tiba perut kejang, kadang2 ketulan cyst tu timbul pd perut.. saya boleh nampak kedudukan cyst tu dgn mata sendiri.. bila disentuh, tekan tempat ketulan cyst tu memang rasa keras.. seram pulak tp tak bgtau dgn sesiapa sbb takut
PERUT BUNCIT SEPERTI WANITA MENGANDUNG & MULA BUAT PEMERIKSAAN
Itu tanda2 cyst yg saya alami, period saya regular.. utk org lain sy tak pasti, krn hormon badan kita berbeza.. Doc cakap dgn saya, setiap wanita mmg ada cyst, ia bergantung pd ‘dia’ aktif atau tidak je..
Apa tindakan saya? Sudah tentu takut dan risau lihat perut sendiri membuncit seperti wanita mengandung
Okay, Saya tulis ikut turutan beserta kosnya sekali sebab ramai yg bertanya dan nak tahu harga (hospital swasta) ye.. jika hospital kerajaan pastinya murah.. tapi lambat (ikut pengalaman cerita org2)
1. 14.2.2018
Saya pergi ke Klinik sakit puan.. Doc India tu buat ultrasound tengok apa yg ada dlm perut.. doc x nampak pun cyst tu.. dia cakap perut saya banyak air.. then terus dia cakap air dalam perut awk ni mungkin air kanser!! *+^=% tergamam sebentar dgr kata2 doc tu.. (dpt gambar scan dlm perut..BAYARAN RM60)
2. 14.2.2018
Tak puas hati dgn result klinik pertama, call kakak ipar (doctor) then bgtau masalah saya, dia suruh saya pergi ke Klinik dia. Jauh jugak la dgn rumah.. huhu.. Then buat ultrasound lagi, ok kali ni mmg nampak biji ketulan tu (mass) kat ovari kiri. Ukuran 6cm. Omak tanjat aihh! Blur kejap dan mata terkebil2.. Then kakak ipar buatkan surat ke Hosp Pantai utk buat ujian CT Scan.. (dpt gambar dlm perut.. BAYARAN FREE sbb kakak ipar
3. 15.2.2018
Pergi Hosp Pantai (Private) buat CT Scan abdomen dan pelvic.. Result dia sangat tepat 100% dan terus dapat result masa tu juga.. (BAYARAN RM1110.45)
BUAT UJIAN PAP SMEAR & DOKTOR KATA KANSER, PERLU DIBEDAH SEGERA
4. 15.2.2018
Pergi semula klinik kakak ipar bawa result CT Scan, haa.. kakak ipar explain la dr result tu.. dia kata ukuran cyst saya 11.6cm x 11.2cm x 6.7cm.. uargh!! Pucat terus muka yg tak berapa nk cerah ni. Then kakak ipar cakap, “Hety.. ini bukan main2 tau, Kak M*** akan buat surat ke Pakar KPJ Johor dan Hety kena bedah segera sebab ketulan (mass) tu besar!! Ia merbahaya!! Ia akan membesar dan terus membesar!!” Ok seram (BAYARAN free sbb kakak ipar)
5. 20.2.2018
Pergi jumpa doc Pakar Gynaecology di KPJ Johor Bahru, bawa surat yg kakak ipar tulis tu.. doc Lim terus buat ultrasound kat perut.. dan dia sangat terkejut dgn kandungan air yg ada dlm perut.. doc kata banyaknya air!! doc lim kata air dalam perut saya ni ‘cancer’ ok sekali lagi saya dgr perkataan ‘cancer’ tu. Doc buat pap smear dan buat ujian darah CA 125.. (BAYARAN RM1024.50)
6. 21.2.2018
Appoinment lagi dgn doc lim di KPJ Johor, amik result darah CA 125 yg buat semalam.. ok nak bagitau, kalau darah ada cancer, jumlah dia 125ml.. dan result yg sy dapat.. jumlah dia 721ml.. sangat tinggi okeh!! sekali lagi doc cakap “adik, jumlah darah awk ni tinggi, ini cancer.. otomatik air mata mengalir depan doc lim. Then buat ujian air dalam perut pula.. doc cucuk hidup2 pada perut saya pakai jarum yg besar dan tebal!! uarghhh sakit. Air dlm perut pun dikeluarkan sikit utk dibawa ke makmal utk ujian.. air dalam perut warna merah, sekali lagi doc kata air warna merah tu air cancer. saya menangis dan terus menangis. (BAYARAN RM951.25)
RAHIM KIRI & KANAN TERPAKSA DIBUANG
7. 26.2.2018
Appoinment lagi dgn doc lim.. Perbincangan dgn doc.. doc kata cyst saya ni merbahaya, kena buang kedua2 ovari kanan kiri dan rahim.. uarghh menangis depan doc. Doc cakap lg, kesan2 selepas buang rahim.. saya tak boleh melahirkan anak lagi. saya akan manopous. tulang saya akan cepat reput, saya kena makan ubat hormon seumur hidup saya. uarghhh saya menangis lagi depan doc. Saya sain surat persetujuan bedah buang ovari dan rahim dalam keadaan lemah longlai. Saya akur dan redha demi keselamatan diri. Ya Allah.. berikanlah kekuatan pd diriku. Keluar dr bilik doc, call family dan kawan terdekat.. menangis dan terus menangis. Malamnya tidur di Hosp KPJ Johor (minum air yg rasanya payau masin utk buang najis) doc nak perut kita kosong tiada sebarang najis masa bedah esok pagi (TIADA BAYARAN)
8. 27.2.2018-1.3.2018
Operation saya ni major operation.. 27.2.2018, pukul 8 pagi doc Enjet kat pergelangan tangan, then saya hirup asap apa ntah nama dia, terus tak sedarkan diri.. sedar2, dgr suara sayup2 jururawat sambil tepuk2 badan “adik, pembedahan dah siap ye”.. lepas sedar je terus rasa sakit ya amat!! uarghh sakit!! malam pertama tu 4 kali juga jururawat enjet tahan sakit. 1.3.2018 discharge. (BAYARAN RM17,864)
Ini adalah pengalaman saya sendiri. Proses jumpa doc pd 14.2.2018 sehingga hari pembedahan 27.2.2018 adalah satu jangka masa yg sangat cepat.. Saya bersyukur dan yakin, Allah telah mempermudahkan urusan saya.. Pembedahan pun dah selamat dijalankan. Sekarang ni saya dalam berpantang dan proses pemulihan seperti wanita yg lepas bersalin ceasor.. batuk dan bersin? Sakit!! menangis okeh!!
Sesungguhnya saya memang tidak menjangka perkara ini akan berlaku pada diri saya..
Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita, tidak kira umur.. dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simptom.. Saya harap, dengan perkongsian saya ini, dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita untuk segera berjumpa doktor jika ada simptom2 spr saya.. Apa2 hal, pergi jumpa doktor dahulu, jgn pandai2 makan supplement tanpa nasihat doktor.. bukan apa, dikhuatiri anda penghidap kanser.. tup2, kanser tahap 3-4.. haa kan seram tu.
Jika tiada kanser, syukurlah. Ke Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta terpulang anda.. Yang penting jangan takut berjumpa doktor ok
Doakan kesembuhan saya..
Doakan saya kuat..
-Hety
#ovariancyst
#fightforcancer
SUMBER: FACEBOOK HETY EZLEEN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Islam Memang Tak Pernah Tegah Kita Bergurau Tapi Janganlah Sampai Mengaibkan
Isi Kandungan
ToggleHiburan dan jenaka itu adalah fitrah dan tabiat manusia. Tidak dapat dinafikan kehidupan tanpa gurau senda akan membosankan dan mendatar.
Walau bagaimananapun kita harus ingat bahawa bergurau itu hendaklah tidak melampaui batas dan tidak mempermainkan syiar agama.
Berikut pendapat yang dilontarkan oleh Pakar Psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria berkaitan ‘budaya tidak sihat’ yang semakin menular di kalangan masyarakat kita hari ini.
BENDA YANG TIDAK SEPATUTNYA PUN SUDAH SAMPAI DITAYANG DI PELAMIN
Viral pula di TikTok ragam kawan-kawan pengantin lelaki yang menghadiahkan pengantin lelaki dengan barang-barang yang tidak sepatutnya.
Bukan sekadar hiburan peribadi, ia dibuat secara terang-terangan depan pengantin perempuan, di atas pelamin, diambil gambar dan videonya kemudian dimuat naik dengan bangga.
Saya pernah kongsikan dalam buku saya Aku Nabi Isa tentang sifat ‘iffah – memelihara maruah sebagai antara benteng kesejahteraan jiwa dan emosi manusia.
Saya ungkapkan semula kisah interaksi Nabi Yusuf dalam menghadapi ujian yang menimpa baginda merupakan petunjuk terbaik
bagi manusia dalam memelihara maruah diri.
“dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya bersungguh memuijuk Yusuf berkehendakkan dirinya, dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata, “marilah kemari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab. “aku berlindung kepada Allah daripada perbuatan keji itu, sesungguhnya tuhanku telah memeliharaku dengans sebaik-baiknya, sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya.” (Yusuf: 23).
Begitulah keindahan Islam, mengaitkan urusan maruah dan harga diri dekat dan tidak langsung terpisah dengan soal keimanan. Maka agama datang membawa bersamanya aturan dan batasan yang membantu manusian memeliharanya, seterusnya mengelakkan apa juga kesan buruk yang akan datang.
Dari sekecil-kecil perkara seperti memelihara pandangan, sehinggalah hukuman yang ditetapkan keatas mereka yang berzina dan sebagainya terkandung dalam syariat sebagai pemelihara kesucian setiap individu dalam agama ini.
“katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki yang beriman supaya mereka menyekat padnangan meerka (dari memandang benda yang haram), dan memelihara kemaluan mereka.” (An Nur: 30).
Mungkin ada yang kata – ala relakslah, gurau-gurau member. Bukan gurau namanya kalau dah bangga dengan kelucahan. Sudahlah yang menonton dari sekecil manusia sampai yang tua.
Ingatlah, jahiliyyah itu berevolusi, dari hilang malu sampai akhirnya jadi maksiat yang terang-terang. Manusia jahiliyyah dahulu tidak tawaf bogel pada hari pertama kaabah dibina.
Banyak cara lain nak bergurau.
BERIKUT PETIKAN ULASAN DARIPADA Laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan BERKAITAN GURAUAN
Hakikatnya, Islam sebagai panduan hidup manusia tidak pernah melarang manusia untuk berhibur dan berjenaka. Hiburan dan jenaka itu adalah fitrah tabiat manusia dan tanpanya kehidupan akan menjadi hambar, sedih dan kurang bermotivasi untuk hidup menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Kami nukilkan hakikat ini lewat kenyataan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku al-Halal wa al-Haram (ms.543) yang telah kami terjemahkan:
“Justeru, Islam tidak mewajibkan manusia agar semua perkataan yang diucapkan sehari-hari sebagai zikir, semua renungannya sebagai berfikir, semua pendengarannya hanyalah al-Quran al-Karim dan semua masa lapangnya mesti berada di dalam masjid. Bahkan Islam mengiktiraf kewujudan manusia itu dengan fitrah dan tabiatnya yang tersendiri sebagaimana yang diciptakan Allah SWT buat mereka. Allah SWT menciptakan manusia supaya mereka senang, ketawa dan berman-main sebagaimana diciptakan bagi manusia itu keinginan untuk makan dan minum…”
Kemudia beliau menyebutkan tentang sikap sebahagian para sahabat Nabi SAW yang terlalu takut untuk berhibur dan bergembira bersama keluarga kerana berhati-hati terhadap sifat munafik. Suatu hari, Hanzalah RA datang berjumpa Nabi SAW bersama Abu Bakar RA lalu berkata: “Hanzalah telah berlaku munafik wahai Rasulullah!” Baginda SAW menjawab: “Mengapa sebegitu?” Jawab Hanzalah: “Wahai Rasulullah! Apabila kami berada di sisimu, kamu sering mengingatkan kami tentang neraka dan syurga, sehingga kami seolah-olah dapat melihatnya di hadapan mata kami. Tetapi apabila kami meninggalkan majlismu, kami telah dilalaikan dengan anak dan isteri serta harta benda kami sehingga kami terlupa kepada peringatanmu itu.”
Maka jawab Rasulullah SAW:
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنْ لَوْ تَدُومُونَ عَلَى مَا تَكُونُونَ عِنْدِي، وَفِي الذِّكْرِ، لَصَافَحَتْكُمُ الْمَلَائِكَةُ عَلَى فُرُشِكُمْ وَفِي طُرُقِكُمْ، وَلَكِنْ يَا حَنْظَلَةُ سَاعَةً وَسَاعَةً – ثَلَاثَ مَرَّاتٍ
Maksudnya: “Demi (Zat) yang jiwaku di Tangan-Nya! Sesungguhnya jika kamu menepati keadaan seperti yang kamu biasanya berada di sisiku dan ketika dalam berzikir, nescaya kamu akan berjabat tangan (yakni disamakan) dengan malaikat di tempat-tempat perbaringan kalian dan di jalan-jalan kalian. Tetapi, wahai Hanzalah! Sesaat begini dan sesaat begitu! – Rasulullah menyebut tiga kali Riwayat Muslim (2750)
Ertinya, hanya para Malaikat yang memiliki tahap keimanan sedemikian rupanya yang dibayangkan Hanzalah. Mereka sentiasa bertasbih memuji Allah dalam setiap keadaan dan waktu. Sedangkan manusia ada masanya untuk belajar, beribadah dan mendengar peringatan. Ada juga masa untuk rehat dan tidur, dan masa untuk bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga, sedangkan malaikat tidak dijadikan sebegitu.
Rasulullah SAW berjenaka
Kenyataan sebelum ini disokong dengan perbuatan dan perkataan Rasulullah SAW sendiri. Ini boleh dilihat dalam kitab al-Syama`il al-Muhammadiyyah yang dihimpunkan oleh Imam al-Tirmidhi (w.297) Rahimahullah, antaranya kisah Rasulullah SAW dilaporkan pernah berjenaka dengan seorang wanita tua.
Daripada al-Hasan RA berkata: “Seorang wanita tuan bertemu dengan Nabi SAW lalu berkata:” Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar memasukkan aku ke dalam syurga.” Maka jawab Rasulullah: “Wahai Umm Fulan, Sesungguhnya syurga itu tidak masuk ke dalamnya orang tua.” Perawi menyatakan: Wanita itu lantas berpaling dan menangis lalu Baginda SAW meminta kepada para sahabat: “
أَخْبِرُوهَا أَنَّهَا لَا تَدْخُلُهَا وَهِيَ عَجُوزٌ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَقُولُ: {إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا عُرُبًا أَتْرَابًا}
Maksudnya: “Kalian beritahulah wanita itu bahawa dia tidak akan masuk ke dalam dalam keadaan tua kerana Allah Taala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.” (Surah al-Waqi`ah: 35-37)”
Riwayat al-Tirmidhi (241) dalam al-Syama’il al-Muhammadiyyah
Ertinya, Allah SWT akan menjadikan orang tua pun muda kembali apabila di dalam syurga.
Rasulullah SAW juga bergurau dengan kanak-kanak untuk menggembirakan mereka. Daripada Mahmud bin al-Rabi` RAnhuma:
عَقَلْتُ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَجَّةً مَجَّهَا فِي وَجْهِي وَأَنَا ابْنُ خَمْسِ سِنِينَ مِنْ دَلْوٍ
Maksudnya: “Aku ingat lagi sewaktu umurku lima tahun Nabi SAW pernah menghirup air daripada gayung menggunakan mulutnya lalu menghembuskannya ke mukaku.” Riwayat al-Bukhari (77)
Berkata Imam Syihabuddin al-Qastalani (w.923) dalam Irsyad al-Sari Li Syarh Sahih al-Bukhari (1/177): “Perbuatan Nabi SAW itu adalah bertujuan untuk bergurau atau tabrik (mendatangkan keberkatan) kepadanya (Mahmud) sepertimana Baginda SAW selalu melakukannya dengan anak-anak sahabat.”
Begitu juga hadis daripada Anas bin Malik RA tentang Rasulullah SAW memujuk anak saudaranya Anas yang kematian burung peliharaan:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا، وَكَانَ لِي أَخٌ يُقَالُ لَهُ أَبُو عُمَيْرٍ – قَالَ: أَحْسِبُهُ – فَطِيمًا، وَكَانَ إِذَا جَاءَ قَالَ: يَا أَبَا عُمَيْرٍ، مَا فَعَلَ النُّغَيْر؟ نُغَرٌ كَانَ يَلْعَبُ بِهِ
Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW ialah manusia yang paling baik akhlaknya. Aku (yakni Anas) memiliki seorang adik lelaki, yang Nabi memanggilnya “Abu `Umair”. Umurnya kira-kira baru tamat menyusu. Jika Rasulullah datang, maka Baginda akan bertanya kepadanya: “Wahai Abu `Umair, apa yang Si Nughair buat?” (al-Nughair itu adalah) sejenis burung nughar (yang sedap dan bagus suaranya) yang Abu Umair biasa bermain dengannya.” Hadis riwayat al-Bukhari (6203)
Namun begitu, sekalipun Rasulullah SAW selalu bergurau dan berjenaka dengan para sahabatnya, beliau tidak menipu dalam bergurau.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa para sahabat pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah! Kamu sering bergurau (atau mengusik kami).” Jawab Baginda:
إِنِّي لَا أَقُولُ إِلَا حَقًّا
Maksudnya: “Sesungguhnya aku tidak berkata (dalam gurau) melainkan hanya perkara yang benar.”
Riwayat al-Tirmidhi (1990) dalam Sunannya, dan beliau mengatakan hadisnya hasan.
Begitu juga kita lihat bahawa lawak dan jenaka Rasulullah SAW itu tidak bersifat sia-sia sebaliknya memiliki nilai dan pengajaran supaya lebih terkesan kepada hati dan kefahaman, sesuai dengan keperibadian Nabi SAW yang terpelihara daripada keburukan dan kebodohan. Itulah keperibadiaan yang paling layak dicontohi!
Etika Dalam Melawak
Justeru, terdapat beberapa kriteria yang perlu dijadikan pedoman ketika berlawak:
Tidak melampau batas sehingga meninggalkan tanggungjawab dan kewajipan
Al-Qaradhawi menyebut: “Maka tidak salah bagi seorang Muslim untuk bergurau senda dengan sesuatu yang dapat menenangkan hatinya, tidak salah baginya menghiburkan dirinya dan rakan-rakannya dengan sesuatu hiburan yang ringan. Akan tetapi janganlah sampai menjadi kebiasaan pada setiap masa ingin bergurau sahaja kerana akhirnya ianya akan menghalangnya daripada melakukan perkara-perkara yang wajib sehingga dia bergurau pada waktu yang sepatutnya dia bersungguh-sungguh. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan:
اعطِ الكَلَامَ مِنَ المَزْحِ بِقَدْرِ مَا يُعْطَي الطَّعَامُ مِنَ المِلْحِ
Maksudnya: “Berikanlah bicaramu itu dengan sedikit gurauan, sekadar diberikan pada makanan itu garamnya yang cukup.”
Tidak menjadikan maruah seseorang itu sebagai gurau senda.
Ini berdasarkan firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat: 11)
Tidak Menipu Dalam Lawak
Daripada Bahz bin Hakim (bin Muawiyah bin Haidah al-Qusyairi) berkata: Ayahku menceritakan kepadaku, daripada datukku, yang berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda:
وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ بِالحَدِيثِ لِيُضْحِكَ بِهِ القَوْمَ فَيَكْذِبُ، وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ
Maksudnya: “Celakalah bagi orang yang bercakap suatu percakapan agar orang ramai tertawa dengan pembohongan. Celakalah baginya! Celakalah baginya!” Riwayat al-Tirmidhi (2315)
Syeikh Abu al-Ala al-Mubarakfuri (w.1353H) dalam Tuhfah al-Ahwazi (6/497-498) mensyarahkan hadis ini: “Wail bererti kecelakaan yang besar atau lembah yang dalam; li yudhika… yang daripada kata terbitan idhak (membuat orang tertawa); bihi yakni tertawa dengan perkataannya atau pembohongannya…. Mafhum daripada hadis itu bahawa jika seseorang bercakap dengan perkataan yang benar untuk berlawak dengan satu kaum maka tidak mengapa hal itu seperti mana yang berasal daripada kisah Umar RA bersama Nabi SAW tatkala baginda marah terhadap beberapa orang Ummahat al-Mu’minin (isteri-isteri Nabi). Berkata al-Ghazzali: “Justeru, perlu diketahui bahawa sisi jenaka Rasulullah SAW tidak berlaku melainkan dalam bentuk kebenaran, tidak menyakitkan hati, dan tidak juga melampaui batas.”
Tidak mempermainkan syiar agama
Ini dapat dilihat daripada firman Allah SWT seperti berikut :
وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا
Maksudnya: Dan jauhkanlah diri dari orang-orang Yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia. (Surah Al-An’am: 70)
Firman-Nya lagi:
الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْياَ
Maksudnya: (Tuhan berfirman: orang-orang kafir itu ialah) orang-orang Yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan Yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang Yang telah terpedaya Dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). (Surah Al-A’raf : 51)
Tafsiran ayat-ayat di atas jelas menunjukkan kepada larangan untuk mempermainkan agama dan membuat sesuatu lawak yang mempunyai kaitan dengan ajaran Islam. Hal ini bertujuan untuk menjaga kehormatan agama Islam itu sendiri sepertimana yang telah digariskan dalam maqosid Islam yang dhoruriyyat iaitu menjaga agama.
Hal ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT seperti berikut :
ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّـهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ
Maknanya: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa Yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (Dia lah orang Yang bertaqwa) kerana Sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin. (Surah al-Hajj : 32)
KESIMPULAN
Sikap berlawak jenaka adalah fitrah kehidupan manusia yang diciptakan sebagai masyarakat sosial.
Islam tidak melarang aktiviti ini selama mana tujuannya adalah kebaikan yang diiktiraf Syarak dan tidak melanggar etika-etika yang telah ditetapkan.
Masalah yang berlaku pada hari ini adalah apabila wujudnya lawak jenaka yang tidak berkualiti, yakni yang memiliki pengajaran dan nilai-nilai baik.
Begitu juga lawak yang mengenakan orang lain sehingga mengaibkannya, menfitnah, menipu, dilakukan tanpa keizinan dan mencemarkan maruah dirinya dan kenalannya, sehingga menyebabkan masalah tekanan dan kemurungan, sekalipun pelakunya menyebutnya sebagai gurauan.
Inilah yang ditegah oleh Islam kerana Islam meletakkan maqasid syariah itu untuk menjaga diri dan kehormatan seseorang manusia.
Kesannya, membiaklah fenomena seni yang tidak berkualiti dan memalukan, budaya buli sama ada secara fizikal ataupun siber, dan lain-lain lagi.
Sebaliknya, daripada lawak jenaka yang bermanfaat, selain menghiburkan, audien akan dirangsang untuk berfikir dan mengambil pengajaran di sebalik lawak jenaka yang dibuat menyentuh dan mengkritik sikap dalam pelbagai lapangan hidup dan dengan pengajaran itu menerbitkan motivasi untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Ini jenis lawak yang berlaku dipromosikan mengganti lawak-lawak yang rendah kualiti.
Justeru, kami mengatakan bahawa hukum berlawak jenaka adalah diharuskan dalam syarak selagi mana menepati kriteria-kriteria yang kami sebutkan di atas. Wallahua’lam.
Sumber kredit: Dr Rozanizam Zakaria dan Laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Raya Sakan Diserang Demam Berpanjangan, Boleh Jadi Petanda Infleunza. Wanita Ini Kongsi Tandanya Yang Menakutkan!
Sepanjang minggu lalu memang semua beraya sakan sama ada di kampung atau bandar. Masing-masing teruja meraikan Syawal sambil mengunjungi sanak saudara serta sahabat handai. Inilah masanya kita saling bermaafan-maafan sambil mengukuhkan tali silaturrahim. Memang seronok sambil makan sambil bercerita kisah lalu.
Namun dalam keseronokan beraya dari pagi sampai malam menyebabkan kita tidak sedar kadang-kadang tubuh badan kita yang sebelum ini berpuasa seperti terkejut apabila bekerja terlalu aktif tidak seperti sebelumnya. Akibatnya ada yang diserang demam berpanjangan dan juga beberapa sakit lain.
Seperti perkongsian wanita ini Eswati Azni di laman sosial Facebook yang bercerita tentang suaminya yang sebelum itu demam on and off selama 4 hari. Kemudian tubuh juga diserang sakit sendi serta bermacam lagi sakit lain. Malah dia juga turut diserang sakit badan. Dalam masa sama, 10 ahli keluarga lain
Dan setelah membuat ujian, barulah dapat dipastikan dirinya tidak diserang demam infleunza. Namun katanya setelah melalui ujian itu barulah dia ketahui sedikit sebanyak info mengenai influenza ini.
Jadi kepada mana-mana yang beraya sakan dan terasa sakit badan yang teruk boleh baca info menarik ini dan jadikan panduan jika ada mengalami simptom demam influenza ini.
Alhamdulillah negatif.
Kalau 15 tahun dulu tengok test kit macam ni memang sensitif huhuhu. Tapi mai nak share pasal influenza nih
*****************************
Influenza
1. Abam demam on and off dalam 4 hari
2. Sakit sendi sendi yang kemain katanya
3. Perut dia jadi macam gassy, dia salahkan antibiotics heheh. Sebab terus jadi macam gastrik
4. Klinik sebelum ni test denggi – negatif
5. Laki bini sakit sakit badan, kami ingat bentan. Maklumlah .. makan pulut kemain banyak di hari raya . abam raya ketiga kena serangan sejuk bedi. Aku raya ke4 kena serangan sejuk bedi. Terus cr selimut.
5. Dekat 10 orang ahli keluarga demam serentak. Adakah influenza?
6. Buat test influenza ni melalui cecair hidung,huih rimas benda alah masuk hidung. bukan test amik darah yer
7. Aku confirm negatif, tapi semalam aku sedar ada benjolan di leher. Bila google and tanya doktor itu adalah node untuk bekerja melawan sakit. Abam tak ada pun tanda tanda tu. Sesuatu yang aku baru tahu.
8. Kalau belum kena influenza kena amik vaksin, supaya tak spread pada orang lain. And yes aku kena halau dengan geng opis .
9. Kalau dah kena influenza kena amik tamiflu.
10. Payahnya nak cari vaksin influenza, 2 klinik aku p takdak wey.
11. Influenza ada A,B,C .. (yang ni aku tak tahu mana yg serius) hehehe
12. Di jepun 100 org meninggal kerana influenza ni masa winter .. sumber dr anak saudara yg tinggal di sana. Jadi bila dia tahu abam kena memang dia bising suruh satu famili pergi check juga.
13. Something new info dr di sjmc tadi samada aku patut amik vaksin or macamana ? Hehe dr kata tak payah sbb aku dah ter expose pun. Antibodi orang lain2. So aku dah lepas melalui serangan tu kut so tak payah lah. Yang patut ambik adalah orang yang tak expose lagi . Jadi esok aku akan masuk kerja yer..
# isi masa lapang abam tengah jumpa doktor di SJMC pulak sebab klinik biasa tak ada ubat daa…
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI