Suatu ketika dulu selebriti ini cukup popular dengan lagu rancak nyanyiannya berjudul Antara Dua. Artis kelahiran Akademi Fantasia ini juga mempunyai gelaran tersendiri iaitu Farah Brep Brep. Setelah mendirikan rumahtangga dan mempunyai dua anak, kelibatnya memang jarang muncul di kaca TV kecuali hanya dalam dunia pengacaraan.
Bertemunya dalam satu majlis baru-baru, Hijabista terpegun melihat penampilan dirinya tak ubah seperti gadis remaja. Masih cantik, lincah dan manis seperti dulu. Usai majlis, Hijabista sempat bertanyakan beberapa soalan berkenaan soal kecantikan padanya.
Kalau dulu kita boleh lihat Farah atau nama sebenarnya Farah Diana Anuar mengalami masalah kulit wajah yang breakout. Namun kini wajahnya sudah kembali flawless dan glowing.
Menurutnya waktu itu memang satu pengalaman yang mengerikan. Tetapi dia tidak pernah berputus asa untuk terus memperbaiki kulit wajahnya sebelum sembuh seperti hari ini.
“Untuk mereka yang pernah mengalami masalah kulit wajah yang teruk, Farah nak beri beberapa tip berguna. Pertamanya kena banyakkan bersabar dengan masalah yang dihadapi. Keduanya pula cuba kenali diri kita dengan sebaiknya.
“Maksudnya kalau orang lain guna produk yang dipakai sesuai dengan kulit mereka dan ada yang tak serasi hingga boleh menyebabkan masalah. Jadi kenali diri kita dulu sebelum pilih produk bersesuaian,” ujar Farah yang juga pengacara untuk rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah, sambil tersenyum manis.
Manakala untuk tip seterusnya pula Farah berkata perlu rujuk pada pakar jika ada mengalami masalah kulit wajah.
“Kita kena rujuk pada pakar kesihatan atau pakar kulit yang bertauliah. Sebab kadang-kadang kita suka rujuk pada orang yang tak sepatutnya atau rujuk di kedai yang tak ada sijil bertauliah atau kepakaran dalam bidang berkenaan.
“Jadi kita memang kena rujuk dengan pakar kulit yang betul. Banyak sebenarnya pakar kulit di luar sana yang boleh kita jadikan rujukan. Keempat pula Farah nak bagi tip untuk terus cuba dan mencuba.
“Misalnya macam dulu Farah ingat kalau cuba satu pakar kulit sudah cukup. Tetapi Farah juga turut cuba dua tiga pakar kulit yang Farah jumpa dan lepas melalui proses itu (penyembuhan) Farah jumpa satu pakar kulit terbaik di di Kulim.
Ads
“Untuk pulih sepenuhnya memang kena melalui satu proses yang sangat panjang dan kena banyakkan bersabar.” tmbahnya yang tidak pernah berputus asa dalam proses memulihkan kulit wajahnya.
Ujar Farah juga kita kena bersabar jika tak percaya dengan satu servis kena cuba lagi untuk servis pakar yang lain.
“Dan yang kelima pula kita kembali pada penggunaan petua bahan alami. Kita ada banyak sangat bahan tradisional seperti kunyit yang sangat baik untuk kulit, air basuhah besar atau putih telur yang sangat besar manfaatnya.
“Ini yang Farah guna dan cadangkan kepada semua yang ada masalah begini. Ini adalah tiga bahan tradisional terbaik yang boleh Farah cadangkan pada semua. Farah apply dan alhamdulillah kesannya boleh dilihat seperti hari ini. Farah memang sangat bersyukur apabila fully recoverd daripada masalah kulit yang dialami sebelum ini.
Farah Brep Brep ditemui ketika majlis Ruman Terbuka Gaya Raya Bersama TOP di Bora Ombak Putrajaya. Dalam majlis berkenaan sabun pencuci TOP yang berkolaborasi dengan Majalah Nona bersana pereka terkenal, Datuk Jovian Mandagie dalam menghadiahkan busana rekaan Jovian Mandagie kepada lima keluarga terpilih.
Dalam majlis berkenaan, bukan sahaja meraikan pemenang, tetapi tetamu juga memberi kegembiraan buat 31 Anak-Anak Yatim dari Rumah Bakti Nur Syaheera dengan menghadiahkan koleksi baju kurung dan baju Melayu sedia dipakai rekaan Jovian Mandagie bernilai RM10,000.
Majlis rumah terbuka TOP ini turut diserikan dengan persembahan oleh artis-artis popular seperti Ernie Zakri dan Ismail Izzani.
Tular satu perkongsian video menunjukkan salah faham tentang beberapa ‘bahan’ yang di jumpai di sekitar rumah seorang artis tempatan sebagai cubaan menyihir.
Video itu mendapat banyak tentangan oleh kerana ‘bukti’ yang ditunjukkan itu bukanlah suatu benda yang berunsur jahat. Malah, ia lebih kepada memagar rumah dan mengusir ‘anasir jahat’.
Limau Dan Garam Lebih Digunakan Untuk Perubatan Islam
Merujuk kepada seorang ahli Pusat Rawatan Islam Al-Idrus, Ustaz Shafiq Mujahid, menjelaskan bahan-bahan yang ditunjukkan itu lebih digunakan untuk membantu proses perubatan Islam. Bahkan, perkongsian itu banyak di bahas semula oleh wargamaya.
“Garam digunakan untuk pagar rumah. Begitu juga daun Bidara dan Limau yang boleh melemahkan gangguan jin dan berfungsi sebagai ‘pemagar’ rumah,
“Tidak pernah lagi tujuan sihir menggunakan bahan ini. Kebanyakan pusat rawatan Islam, Darul Syifa, dan saya sendiri untuk proses rawatan.” katanya.
Ustaz Shafiq juga jelaskan bahawa bahan-bahan itu juga digunakan sewaktu proses memandikan jenazah. Manfaat dari setiap bahan itu banyak menjurus kepada menyingkirkan dan melemahkan ‘anasir jahat’. Malah, anda juga boleh lakukan sendiri untuk memagar rumah.
“Jin sangat lemah dengan daun Bidara. Sebab itu, jenazah dimandikan bersama air daun Bidara untuk mengusir jin,
“Limau ada satu bauan yang tidak disukai jin. Begitu juga sifat asidnya yang begitu alergik oleh jin juga. Sama seperti garam,
“3 bahan tadi boleh digabungkan serta anda juga boleh buat sendiri. Ambil segenggam garam, satu baldi air, dan 3 genggam daun bidara lumat atau tidak. Kacau sekali dan siram di sekitar rumah. Cukup untuk perkongsian dan ilmu bonus buat anda!” ujarnya selepas menjelaskan salah faham itu.
Kanser usus adalah kanser yang bermula di usus besar. Bergantung pada di mana ia bermula, ia kadang-kadang juga dipanggil kanser kolon atau rektum. Ia adalah kanser biasa di seluruh dunia.
Kes-kes ini meningkat dengan pesat dan semakin ramai orang dewasa muda yang menghidap kanser usus. Kanser kolorektal lebih biasa di kalangan warga tua yang berumur 50 tahun ke atas dan merangkumi 2 peratus daripada semua kanser.
Tanda-tanda kanser usus
Individu yang paling kerap didiagnosis dengan kanser usus melaporkan sembelit mutlak atau cirit-birit dan darah dalam najis dan kadang-kadang sakit di perut, yang merupakan beberapa simptom tipikal kanser usus. Tanda-tanda yang perlu diberi perhatian ialah tabiat buang air besar yang terganggu seperti pergi ke tandas 3-4 kali sehari dan mengalami cirit-birit bergantian.
Dalam istilah yang lebih mudah, jika anda melihat pendarahan dalam najis yang tidak berkaitan dengan buasir, sembelit baru-baru ini berlaku, pemindahan usus yang tidak lengkap dan keperluan untuk membuang air besar yang tidak lega dengan mengalaminya, tabiat buang air yang berubah, selera makan berkurangan, penyempitan najis yang adalah sakit yang berterusan dan berterusan di dalam perut, anda harus menghubungi doktor anda.
Jika seseorang mengalami sembelit untuk jangka masa yang lama maka najis perlu diuji untuk darah ghaib.
ARTIKEL BERKAITAN: Usus Kotor Punca Berat Naik, Ini 7 Simptom Yang Wajib Tahu. Penat Berdiet & Bersenam!
Risiko kembung perut yang berlebihan
Perut kembung yang berlebihan mungkin disebabkan oleh faktor mudah seperti makan terlalu banyak lentil dan kekacang, sayur-sayuran seperti kubis, brokoli, kembang kol atau minum minuman berkarbonat, intoleransi laktosa, intoleransi makanan dan sensitiviti gluten penyakit seliak. Ia boleh menjadi tanda penyakit jinak seperti dispepsia, penyakit radang usus seperti crohns dan kolitis ulseratif, atau disebabkan oleh sindrom usus besar. Ia juga boleh menjadi tanda kanser kolorektal.
Amalan sihat untuk menjaga kesihatan usus anda
Elakkan makan makanan ringan
Makan makanan yang betul pada masa yang betul
Amalkan diet kaya serat
Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
Bersenam dengan kerap
Menjaga berat badan terkawal
Kurangkan penggunaan daging merah dan daging yang diproses
Elakkan merokok dan alkohol
Orang ramai makan banyak makanan ringan atau jalanan. Ia menjadi perkara biasa dengan individu yang makan burger dan lain-lain yang tidak begitu sihat untuk usus kita dan dalam kes yang lebih teruk, ia membawa kepada kanser usus yang bermakna mempunyai gaya hidup sihat dan makan makanan buatan sendiri yang dimasak dengan betul. Mengelakkan merokok dan alkohol sebagai tabiat. Secara keseluruhannya seseorang perlu menjalani gaya hidup sihat untuk mengelakkan kanser usus.
ARTIKEL BERKAITAN: Saintis Ini Kongsi Kebaikan Minum Susu Antaranya Sebagai AntiKanser Usus Besar, Minum Lebih Segelas Susu
Diagnosis tepat pada masanya
Setiap orang harus disaring selepas umur 45 tahun untuk kehadiran darah ghaib dalam najis (berasaskan guaic, ujian imunokimia najis), pelvis kolonografi CT sekali dalam 5 tahun dalam kes individu yang mempunyai sejarah keluarga kanser kolon, kolitis ulseratif, crohns penyakit, atau cystic fibrosis.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Usahawan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor menarik nafas lega apabila adiknya Nur Ameera Khan atau lebih dikenali dengan jolokan Little Miss Khan (LMK) kini sudah kembali aktif semula di laman Instagram miliknya.
Model jelita, Ameera Khan itu kembali mengubati segala kerinduan para peminat terhadap dirinya setelah hampir setengah tahun menyepi dan mendiamkan diri dari laman sosial.
Baru-baru ini, menerusi Instagram miliknya LMK memuat naik beberapa keping foto dan video dirinya ketika sedang melaksanakan ibadah umrah, serta sambutan hari lahirnya yang ke-22 tahun di Dubai menerusi Instagram miliknya.
Pada hantaran hari lahir Ameera yang ke 22 tahun itu, komen yang ditinggalkan Neelofa yang juga isteri kepada pendakwah Haris Ismail dan ummi kepada Muhamad Bilal telah menarik perhatian wargamaya.
Neelofa, dalam nada berseloroh mengakui bahawa dia turut merasa lega apabila kini, dia tidak perlu lagi menjawab pertanyaan dan persoalan yang ditimbulkan media berhubung perkembangan terkini LMK berserta ucapan selamat ulangtahun kelahiran buat Ameera.
“Happy birthday baby. Dan akhirnya tak payah nak jawab dah bila media tanya,” komen Neelofa disertakan bersama emoji ketawa.
Meninjau ke ruangkan komen pada hantaran tersebut, Hijabista mendapati rata-rata rakan selebriti dan netizen turut mengucapkan selamat hari lahir buat model muda yang berjaya menempah nama kepersada antarabangsa itu.
Malah, mereka turut menzahirkan perasaan teruja terhadap perkongsian LMK selepas lima bulan mendiamkan diri dari laman sosial.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...