Suatu ketika dulu instafamous atau influencer ini pernah viral gara-gara satu video ‘Macam Cantik Je, Macam Comel Je’ yang dimuat turun. Bermula dari situ, dia yang mula-muka dikenali dengan nama Syasya Solero kemudiannya menukar nama kepada Asyalliee. Sejak itu dia mula mencipta nama di media sosial dan kini mempunyai pengikut melebihi  satu juta di laman instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ❤︎ ᴀsʏᴀʟʟɪᴇᴇ 아흐 마드 ❤︎ (@asyalliee) on


Dia juga pernah viral dengan beberapa isu, antara pernah dikatakan mahu menjual beberapa barangan peribadinya kerana ketiadaan duit. Juga dikatakan menciplak satu rekaan fesyen yang dihasilkan satu jenama popular lain.

Tetapi kini menghampiri penghujung tahun 2018, influencer ini mampu tersenyum lebar kerana segala impian tahun ini telah tercapai.  Bukan sahaja mampu membeli kereta mewah tetapi juga memiliki rumah yang dibeli dengan hasil duit sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ❤︎ ᴀsʏᴀʟʟɪᴇᴇ 아흐 마드 ❤︎ (@asyalliee) on


Menceritakan pengalamannya sebelum berjaya seperti hari ini, influencer yang juga model sambilan ini berkata, rezeki mereka sekeluarga menjadi lebih murah sejak kelahiran anak sulungnya.

Dari situ dia dan suami  memulakan bisnes walaupun tanpa ada duit modal dalam bank. Malah suaminya juga sanggup menjual motor kesayangannya hanya untuk mendapatkan permulaan modal bisnes yang diusahakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ❤︎ ᴀsʏᴀʟʟɪᴇᴇ 아흐 마드 ❤︎ (@asyalliee) on


Walaupun pelbagai dugaan dihadapi, namun segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah. Menyedari semuanya adalah pinjaman dari Allah Asyallie turut berkongsi bagaimana membina kejayaan dalam tempoh yang dimahukan.

Selain berusaha dan bekerja kuat, dia juga memberi pesanan kepada followernya agar sentiasa menjaga solat, menjaga hubungan dengan keluarga dan paling penting jangan lupa bersedekah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ❤︎ ᴀsʏᴀʟʟɪᴇᴇ 아흐 마드 ❤︎ (@asyalliee) on


Tidak lupa juga diingatkan untuk sentiasa berdoa pada Allah dan insya-Allah segala yang diimpikan akan tercapai.

Ads

Alhamdullilah Alhamdullilah Alhamdullilah Target 2018 yang terakhir telah tercapai

Rasa macam tak sangka dapat beli rumah dengan hasil duit sendiri , yelah sebab sebelum ni saya dan husband kerja dekat DC comic ioi citymall masing masing naik motor pergi kerja . Hujung bulan ngam ngam duit untuk makan . Setelah berkahwin dan pada awalnya pun masih ada ujian dihimpit dengan kekurangan duit, duit pernah ada rm50 je dalam bank . mcm2 dugaan fitnah sana sini.

Tapi sejak lahirnya anak kami Haider, rezeki tu datang mencurah curah , Alhamdullilah dengan rezeki yang Allah SWT berikan kepada kami sekarang . Kami start business pun bukan ada duit dalam bank . Suami saya rela jual motor kesayangannya untuk modal business kami .

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ❤︎ ᴀsʏᴀʟʟɪᴇᴇ 아흐 마드 ❤︎ (@asyalliee) on


Memang saya dah azam kuat untuk teruskan usaha mencari rezeki Allah SWT supaya anak anak kami dan juga keluarga kami hidup dengan senang . Sebab saya dan suami pun bukan dari keluarga yang berharta

Ads

Walauapapun ini semua pinjaman dari Allah SWT untuk kami sekeluarga . Yang penting jaga solat , jaga hubungan dengan keluarga dan juga jangan lupa bersedekah . Dan membantu yang lain lain

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ❤︎ ᴀsʏᴀʟʟɪᴇᴇ 아흐 마드 ❤︎ (@asyalliee) on


Target tahun ni semua dah capai seperti ANAK , KERETA , OFFICE dan juga RUMAH . Now usahakan untuk capai target 2019 pula. Doakan tau! Saya doakan awak semua pon boleh capai impian masing2 yg penting jgn berhenti berusaha dan berdoa okk

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ❤︎ ᴀsʏᴀʟʟɪᴇᴇ 아흐 마드 ❤︎ (@asyalliee) on

Netizen turut gembira dengan pencapaiannya itu.

Ads

nruljannh__ congrat asyallie 

zulaikah_hjfakih Alhamdulillah allahu, cantinya rumah awakk 

shafikaaaa_ tahniah kak @asyalliee. saya follow akak since akak mula2 famuos dulu. masih sekolah lagi. saya bangga dengan kejayaan akak. semoga berjaya di dunia dan juga di akhirat. aamiin. 

dessyverawati Alhamdulillah, Congrats @asyallieebarakallah always happy family 

wahidaaah Alhamdulillah, semoga selalu dilancarkan rezekinya, kak asya beserta keluarga. Aamiin

Artkel Berkaitan: Asyalliee Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak Pertama

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ASYALLIEE

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI