Tahun baharu 2023, merupakan permulaan yang baik bagi pelakon jelita, Intan Najuwa apabila dia sekeluarga dijemput Allah menunaikan ibadah Umrah di tanah suci Mekah.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Intan sendiri menerusi hantaran InstaStory miliknya pagi tadi, sebaik sahaja dia dan keluarga selamat menjejakkan kaki di bumi anbiya’ Madinah Al-Munawarrah.
Dalam hantaran tersebut dapat dilihat beberapa keping foto memaparkan suasana masjid Nabawi yang begitu indah pada dini hari. Intan turut meletakkan emoji bergenang air mata, mungkin juga Intan berasa sebak sewaktu menyaksikan sendiri panorama indah kota kelahiran Nabi Muhammad S.A.W itu.
Selain itu, Intan turut menyertakan sekeping foto dirinya berada di tengah-tengah Masjid Nabawi lengkap bertelekung, mungkin usai menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid berkenaan.
Pada hantaran terdahulu, Intan mengakui disebalik rasa teruja untuk menjadi tetamu di rumah Allah, dia juga merasa berdebar apabila kali pertama mahu menunaikan ibadah Umrah dan menjejakkan kaki ke tanah suci itu.
“Saya dan keluarga akan berangkat mengerjakan umrah esok (semalam), Minta doakan semoga semua dipermudahkan. Disini kami ingn memohon ampun dan maaf seikhlas hati atas semua salah silap dan halalkan makan minum kami.
“Esok (semalam) adalah harinya, Ya Allah berdebarnya. Setiap kali nak kesana, dia punya berdebar tak tahu nak cakap macam mana. Semoga Allah permudahkan segalanya.
Artikel berkaitan: Beto Kusyairy Dan Isteri Tunaikan Umrah, Rakan Artis & Peminat Titip Doa
Malah, pelakon yang berusia 26 tahun itu lagi, meluahkan rasa teruja, berdebar dan tidak sabar untuk menunaikan umrah di Tanah Suci, memandangkan ia satu permulaan yang baik bagi tahun baharu, 2023.
“Saya tak sabar untuk berada di sana. Ia adalah permulaan yang baik untuk tahun 2023. Semoga Allah lindungi kita semua, ampuni kita dengan segala yang kita lakukan sama ada sengaja atau tidak. Semoga kita diberi hidayahnya,” katanya.
“Tak minta banyak, nak minta hati selalu tenang, sentiasa bahagia dengan orang tersayang sampai bila-bila. Orang yang sentiasa hargai kita. Tak nak minta banyak, minta untuk sentiasa dihargai tanoa balasan wang ringgit,” jelasnya.
Sumber: Instagram Intan Najuwa
Artikel berkaitan: Irma Hasmie Dan Keluarga Tunai Umrah, “Semoga Kepulangan Kami Berserta Dengan Redha Dan Keampunan Allah SWT”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.