Pengeluaran khas caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau i-Sinar adalah langkah tepat bagi membantu mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19. i-Sinar adalah antara inisiatif di bawah Bajet 2021 yang membolehkan ahli KWSP yang belum mencapai usia 55 untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan Akaun 1 mereka bagi tujuan kelangsungan hidup.

Sebelum ini ia hanya boleh dikeluarkan apabila ahli KWSP mencapai usia 55 tahun sahaja.
Namun ketika penularan pandemik Covid-19 dan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada Mac tahun lalu, ramai hilang sumber pendapatan selain ada diberhentikan kerja.

Photo by Mikhail Nilov from Pexels

Namun timbul persoalan adakah wang yang dikeluarkan daripada akaun KWSP perlu dikenakan zakat. Berikut pencerahannya.

SOALAN:
Saya ingin bertanya tentang wang simpanan KWSP. Kalau kita keluarkan wang sebanyak sepuluh ribu ringgit (RM10,000) adakah wajib keluarkan zakat? Ada orang berkata keluar RM10,000 tidak kena zakat sebab tidak sampai nisab maka tidak wajib keluarkan dan ada yang kata wajib keluarkan zakat. Saya hendak kepastian mana satu yang betulnya? Kalau wajib keluar zakat berapakah jumlah zakat yang wajib dikeluarkan dan bolehkah kita beri kepada anak yatim?

IKLAN

JAWAPAN:
Wang simpanan KWSP wajib dikeluarkan zakat apabila dikeluarkan oleh pemiliknya dengan syarat wang simpanan tersebut telah cukup haul iaitu sampai setahun dan telah sampai nisab iaitu lebih kurang RM20,000 sebelum dikeluarkan.

Photo by Mikhail Nilov from Pexels

Perlu diketahui bahawa jumlah nisab adalah berubah-rubah mengikut naik turunnya harga emas dipasaran dan jumlah nisab boleh diketahui dengan tepat dengan menghubungi pejabat yang menguruskan zakat.

IKLAN

Dan jumlah zakat yang wajib dibayar ialah 2.5% dari jumlah wang yang dikeluarkan.
Jika wang simpanan tersebut sebelum dikeluarkan jumlahnya tidak sampai nisab misalnya berjumlah RM15,000 sahaja kemudian dikeluarkan RM10,000 maka tidak dikenakan zakat.

Jadi jika wang simpanan sebelum dikeluarkan telah sampai RM20,000 (jika nisabnya sebanyak ini) atau pun lebih kemudian pemiliknya mengeluarkan sebanyak 10 ribu ringgit maka wajib dibayar zakat sebanyak 2.5% dari RM10,000 tersebut maka zakatnya ialah 10,000 x 2.5% = 250

IKLAN
Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Maka zakat yang wajib dibayar olih penyoal yang telah mengeluarkan wang sebanyak RM10,000 itu ialah RM250. Dan jika wang yang dikeluarkan hanyalah RM100 maka zakat yang wajib dibayar ialah RM2.50.

Zakat wajib diberikan kepada asnaf-asnaf zakat seperti faqir miskin dan muallaf dan seumpamanya. Anak yatim tidak termasuk asnaf zakat olih itu siapa yang memberikan zakatnya kepada orang yang bukan asnaf nescaya zakatnya itu tidak sah dan wajib dia keluarkan sekali lagi kepada asnaf yang betul.

Sumber kredit: Instagram Ustaz Azhar Idrus

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI