Pengeluaran khas caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau i-Sinar adalah langkah tepat bagi membantu mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19. i-Sinar adalah antara inisiatif di bawah Bajet 2021 yang membolehkan ahli KWSP yang belum mencapai usia 55 untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan Akaun 1 mereka bagi tujuan kelangsungan hidup.
Sebelum ini ia hanya boleh dikeluarkan apabila ahli KWSP mencapai usia 55 tahun sahaja.
Namun ketika penularan pandemik Covid-19 dan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada Mac tahun lalu, ramai hilang sumber pendapatan selain ada diberhentikan kerja.
Namun timbul persoalan adakah wang yang dikeluarkan daripada akaun KWSP perlu dikenakan zakat. Berikut pencerahannya.
SOALAN:
Saya ingin bertanya tentang wang simpanan KWSP. Kalau kita keluarkan wang sebanyak sepuluh ribu ringgit (RM10,000) adakah wajib keluarkan zakat? Ada orang berkata keluar RM10,000 tidak kena zakat sebab tidak sampai nisab maka tidak wajib keluarkan dan ada yang kata wajib keluarkan zakat. Saya hendak kepastian mana satu yang betulnya? Kalau wajib keluar zakat berapakah jumlah zakat yang wajib dikeluarkan dan bolehkah kita beri kepada anak yatim?
Ads
JAWAPAN:
Wang simpanan KWSP wajib dikeluarkan zakat apabila dikeluarkan oleh pemiliknya dengan syarat wang simpanan tersebut telah cukup haul iaitu sampai setahun dan telah sampai nisab iaitu lebih kurang RM20,000 sebelum dikeluarkan.
Perlu diketahui bahawa jumlah nisab adalah berubah-rubah mengikut naik turunnya harga emas dipasaran dan jumlah nisab boleh diketahui dengan tepat dengan menghubungi pejabat yang menguruskan zakat.
Ads
Dan jumlah zakat yang wajib dibayar ialah 2.5% dari jumlah wang yang dikeluarkan.
Jika wang simpanan tersebut sebelum dikeluarkan jumlahnya tidak sampai nisab misalnya berjumlah RM15,000 sahaja kemudian dikeluarkan RM10,000 maka tidak dikenakan zakat.
Jadi jika wang simpanan sebelum dikeluarkan telah sampai RM20,000 (jika nisabnya sebanyak ini) atau pun lebih kemudian pemiliknya mengeluarkan sebanyak 10 ribu ringgit maka wajib dibayar zakat sebanyak 2.5% dari RM10,000 tersebut maka zakatnya ialah 10,000 x 2.5% = 250
Ads
Maka zakat yang wajib dibayar olih penyoal yang telah mengeluarkan wang sebanyak RM10,000 itu ialah RM250. Dan jika wang yang dikeluarkan hanyalah RM100 maka zakat yang wajib dibayar ialah RM2.50.
Zakat wajib diberikan kepada asnaf-asnaf zakat seperti faqir miskin dan muallaf dan seumpamanya. Anak yatim tidak termasuk asnaf zakat olih itu siapa yang memberikan zakatnya kepada orang yang bukan asnaf nescaya zakatnya itu tidak sah dan wajib dia keluarkan sekali lagi kepada asnaf yang betul.
Pelakon daripada seberang, Marcell Darwin telah mendalami ilmu agama islam sejak dia memutuskan untuk memeluk Islam pada tahun 2019. Tidak hanya itu, dia juga berusaha mengajar agama Islam kepada anak tunggalnya, Benjamin Qeenan Darwin.
Marcell Darwin mula dikenali di Indonesia sejak berlakon dalam sinetron “Alisha”. Kemudian, namanya semakin mencuri perhatian sejak menjadi bintang filem “Lawang Sewu” pada tahun 2007. Terdahulu, dia memeluk agama Kristian dan memutuskan menjadi mualaf pada tahun 2019.
Aktor berdarah Makassar-Jerman ini akui bahawa sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang bapa untuk membimbing anaknya serta mengajar mengenai agama islam.
“Walaupun saya seorang mualaf, saya belajar sebanyak yang saya boleh, keranaanaksaya yang masih kecil,sayaperlumengajarnyajuga,” kata Marcel Darwin melalui satu temu bual.
Tambahan itu, dia turut bersyukur kerana sering dibantu sang isteri, Manila Faisal. Isterinya banyak membimbingnyadalammenjalankanibadahsesuaiajaranIslam.
“Alhamdulillah, isteri saya dapat membimbing saya dan anak-anak saya dalam mengerjakan solat serta membaca surah-surah pendek.
“Dan perkara yang paling penting ialah mungkin saya boleh belajar lebih cepat daripada anak-anak saya,” katanya.
Sudah tentu, sebagai ibu bapa, pelakon filem ‘Nikah Yuk’ ini sentiasa cuba menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anaknya. Dia turut mengakui terharu dan gembira melihat anaknya mula belajar solat.
“Sebab itu saya boleh mula mengajar anak saya perlahan-lahan, dan ketika anak saya mahu mendoakan saya…Alhamdulillah, ya, walaupun saya masih baru (masuk Islam), terasa macam kami belajar bersama.” , kata Marcell Darwin.
“Semoga istiqamah…”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji telatah dan kecomelan anaknya, Qeenan ketika belajar solat serta turut mendoakan agar pelakon itu serta si comel terus istiqamah.
“Masyaalah tabarakallah… Semoga istiqamah di jalan Allah dan bahagia selalu dunia akhirat bersama keluarga. Aamiin…”
“Indahnya😍, semoga berkah selalu dunia akhirat kak sekeluarga aamiin”
“Bapaknya jadi teladan, anaknya sholeh. Masya Allah Tabarakallah…”
“MasyaAllah si soleh Qeenan ‘gemes’ bangat si kamu nakk”
Syukur ke hadrat Ilahi kita dapat menikmati Ramadan pada tahun 2023. Boleh disimpulkan banyak perkara yang terjadi sepanjang beberapa hari berlalu dalam bulan suci ini.
Bagi mereka yang berjauhan dari keluarga, sudah tentunya Ramadan kali ini pasti akan menjadi sukar sedikit. Tapi itu tidak bermakna anda menghiraukan tentang diri sendiri, ini ada beberapa perkara yang harus anda titikberatkan.
Berdikari adalah salah satu ciri seseorang itu mengorak langkah ke alam dewasa. Malah, ramai yang lupa untuk menjaga diri kerana sibuk mengejarkan kerjaya masing-masing.
#1. Kesihatan Badan
Menjelang Ramadan, ramai yang akan menghadapi kesukaran menyesuaikan diri untuk berpuasa. Anda yang punyai beberapa masalah seperti gastrik atau sebagainya perlu lebih peka dengan kesihatan diri.
Bersendirian tidak bermakna anda perlu mengabaikan kesihatan diri. Jadi ia amat penting untuk lihat kesihatan diri dan jangan terlalu ‘memaksa’ kalau tidak larat untuk melakukan sesuatu.
#2. Stok Makanan
Dalam bulan ini, stok makanan adalah sangat limit oleh kerana orang ramai yang setiap hari berpusu-pusu membeli barang pasar sebagai stok untuk berbuka dan sahur. Oleh dengan itu, anda perlu pastikan stok makanan mencukupi bagi setiap minggu supaya tidak menghadapi masalah ketiadaan makanan pada satu masa.
#3. Peralatan Beribadah
Peralatan beribadah seperti tasbih, sejadah, telekung mahupun kopiah amat penting untuk melengkapkan diri anda untuk beribadah. Selain dari itu, bawa juga pencuci muka atau barang-barang untuk menyucikan diri supaya anda boleh kekal fresh di mana-mana sekali pun.
Bila berpuasa anda pasti akan menghadapi masalah seperti was-was tentang sesuatu perkara yang dibuat ketika puasa. Maka anda perlu rajin melihat pada sumber-sumber yang sahih dari di ganggu perasaan risau di hati.
#5. Set Alarm!
Duduk bersendirian sudah tentu anda akan banyak terleka dan terlupa tentang masa. Set Alarm! Itu kunci untuk anda lebih peka dengan sekeliling, takut jua jika terlepas waktu sahur dan berbuka kerana leka bekerja seharian.
Dalam bulan Ramadan ini juga banyak dugaan yang bakal menimpa. Tatkala berpuasa ada sahaja ragam yang perlu kita lalui, jadi pastikan anda kuat mental dan fizikal bagi menempuhi apa-apa rintangan yang berlaku!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kita sudah memasuki fasa kedua daripada tiga fasa puasa iaitu 10 malam yang kedua. Dikatakan berlaku Nuzul al-Quran pada 17 Ramadan mengikut sebahagian ahli sejarah. Al-Quran bukan sekadar memberi pedoman ibadah tetapi juga arah petunjuk pelbagai bidang kehidupan seharian manusia.
PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh:
وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
Maksudnya: “Dia yang telah menurunkan hujan.” (Surah al-Baqarah:22)
نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ
Maksudnya: “Dialah yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Surah Ali-Imran:3)
TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN
Antara tujuan al-Quran diturunkan ialah untuk tadabbur kandugannya sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” (Surah As-Sad: 29)
KEISTIMEWAAN AL-QURAN
Sebenarnya al-Quran cukup istimewa berbanding dengan mana-mana kitab. Oleh kerana tajuk ini cukup besar, penulis hanya menyebut sepintas lalu dengan satu dalil sahaja dengan setiap satunya.
Dipetik daripada karya Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang bertajuk “Bagaimana kita berinteraksi bersama dengan al-Quran al-Azim.” Antara lain menyebut: Al-Quran kitab Ilahi. Hal ini dijelaskan dengan banyak ayat antaranya:
Maksudnya: “Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun rapi ayat-ayatnya, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu yang diturunkan daripada Allah SWT Yang Maha Mendalam pengetahuannya.” (Surah Hud:1)
Al-Quran adalah kitab mahfuz (terpelihara). Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Katakanlah (hai Muhammad) sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu.” (Surah al-Isra’:88)
SOALAN
Kenapa ada yang mengatakan al-Quran turun secara sekaligus atau berperingkat?
JAWAPAN
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Antara dalil yang menyatakan tentang penurunan al-Quran adalah:
Maksudnya: Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmah Kami turunkan Al-Quran, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar) Surah al-Isra’ (105)
Kenyataan bahawa al-Quran turun secara berperingkat-peringkat atau sekaligus sebenarnya bukanlah bertentangan di antara satu sama lain. Tetapi kedua-duanya telah berlaku secara serentak dan secara berperingkat. Hal ini dapat difahami dengan kita meneliti perbahasan tentang hal ini.
Syeikh Abdul Azim al-Zarqani menyatakan bahawa penurunan al-Quran itu terbahagi kepada tiga peringkat. Lihat Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran (1/39)
Peringkat yang pertama, diturunkan al-Quran secara sekaligus pada waktu yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Hal ini jelas berdasarkan firman Allah SWT:
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَّجِيدٌ ﴿٢١﴾ فِي لَوْحٍ مَّحْفُوظٍ
Maksudnya: (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (21) (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.(22)
Dalam menafsirkan ayat ini, Imam al-Qurtubi dan al-Tabari menyatakan bahawa Luh Mahfuz di sisi Allah dan dipelihara daripada syaitan untuk sampai kepadanya. Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran (10/196), Jami’ al-Bayan fi Takwil al-Quran (12/531).
Peringkat yang kedua adalah penurunan daripada Luh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah atau langit dunia. Hal ini dijelaskan melalui firman Allah SWT:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ
Maksudnya: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran (Surah al-Baqarah: 185)
Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa ayat ini telah disepakati oleh para ulama’ dan tiada khilaf bahawa penurunan yang dimaksudkan adalah daripada Luh Mahfuz ke langit dunia pada malam lailatul qadar secara sekaligus. Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran (2/297).
Peringkat ketiga adalah penurunan al-Quran secara berperingkat-peringkat daripada langit dunia kepada Nabi SAW melalui perantaraan malaikat Jibril AS. Ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT:
Maksudnya: Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. (193) Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (194) (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. (Surah al-Syu’ara’: 193-195)
Al-Quran telah diturunkan secara sekaligus pada dua peringkat iaitu peringkat penurunan ke Luh Mahfuz dan peringkat kedua penurunan ke Bait al-Izzah atau langit dunia. Inilah yang dimaknakan oleh firman-firman Allah SWT yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan secara sekaligus.
Adapun penurunan secara berperingkat, adalah daripada langit dunia kepada Rasulullah SAW bermula daripada detik awal Nabi menerima wahyu hinggalah yang terakhir.
MATLAMAT AL-QURAN:
Secara umumnya, al-Quran menyeru kepada banyak prinsip dan maqasid yang sesuai bagi sifat kemanusiaan. Antaranya:
*Mentashihkan akidah, sudut pemikiran berkaitan ketuhanan, kerasulan dan pembalasan.
*Mentaqrirkan kemuliaan insan, hak-haknya terutama di kalangan yang daif dan tertindas.
*Menyeru kepada pembersihan jiwa manusia.
*Membentuk keluarga solehah dan pemberian hak wanita.
*Membina ummah yang menjadi saksi kepada kemanusiaan.
*Dakwah dan menyeru kepada alam insani yang bersifat tolong menolong dan kerjasama.
Menurut Cat atau nama penuhnya Catriona Norhayati Bahrin Ross berkata dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan, perlu menitik beratkan kepada tiga kriteria. Iaitu