Perlu ke Panaskan Enjin Kereta Sebelum Ke Destinasi? Hijabi Perlu Tahu!

Share

Rasa penting ke tak ya untuk anda panaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan. Boleh rosak ke kalau tak buat. Entah! Adakah anda jenis yang panas kan enjin kereta sebelum gerak ke destinasi atau jenis yang mulakan enjin terus tekan minyak? 

Sumber gambar: google / Gambar sekadar hiasan.

Rupanya ramai juga yang akan memanaskan enjin kereta mereka terlebih dahulu sebelum memulakan pemanduan. Ini sudah menjadi kebiasaan kerana anda melihat dan mempelajari cara itu dari zaman-berzaman. Mungkin orang kita jenis yang suka ikut akan turun temurun jadi apa yang didengar tu itulah yang kena ikut. Akan tetapi, timbul persoalan yang mengatakan bahawa adakah anda perlu memanaskan enjin kereta sebelum memandu?

Artikel Berkaitan: Hijabi Yang Ada Kereta Baharu, Pastikan Cek Dulu Keadaan Kereta Anda

Ini adalah perkongsian melalui Twitter Aid Fawzal tentang perlu atau tidak anda menunggu selepas sementara selepas memasang enjin kereta. Jawapannya adalah ya perlu dan tidak perlu juga. Untuk perlu panaskan enjin sekiranya anda menggunakan sistem karburetor. Jadi, kenderaan yang mempunyai karburetor ini sangat memerlukan suhu yang stabil untuk beroperasi dengan baik. Selain itu teknologi material enjin yang lama sangat-sangat bergantung kepada minyak pelincir buat kurangkan geseran.

Sumber gambar: PanduLaju / Gambar sekadar hiasan.

Bagi enjin kereta yang moden pula, sistem fuel injection (suntikan bahan api) anda tidak perlu memanaskan enjin. Ini kerana oleh sistem yang sangat improvisasi mengikut keadaan sekeliling. Tambahan pula, teknologi material enjin lebih moden dan mempunyai ciri-ciri anti geseran.

Tidak dinafikan, amalan memanaskan enjin ini merupakan satu amalan yang biasa dipakai oleh kita semua sejak dahulu lagi. Kaedah ini digunakan kerana kereta anda ingin menggunakan kereta pada jangka masa yang lama dan harga kereta juga mahal. Jadi anda akan cuba apa sahaja untuk menjaga kereta anda. Akan tetapi terlampau takut membuatkan kita buat secara berlebihan.

Sumber gambar: google / Gambar sekadar hiasan.

Bagi enjin kereta moden, anda tidak perlu memanaskan enjin sehingga mencapai suhu operasi baru bergerak. Anda hanya perlu hidupkan enjin, tunggu sebentar bagi minyak pelincir merebak semua tempat dan baru anda boleh memulakan perjalanan.

Artikel Berkaitan: Jerit Sekuat Hati Pun Tidak Membantu, Ikuti Tip Untuk Menghalau Lipas Keluar Dari Kereta

Gambar sekadar hiasan / Sumber: Google

Jadi, apa yang boleh diolah adalah anda tidak perlu panaskan enjin terlampau lama, perlu sekejap sahaja. Akan tetapi buat mereka yang mempunyai kereta lama jika anda rasa perlu memanaskan enjin dan buat, jika tidak tak payah pun tak apa! Akhir sekali, jika anda tidak faham tentang teknologi kereta anda boleh semak dari segi:

  1. Sistem Karburettor dengan suntikan bahan
  2. Teknologi material enjin termasuk salutan atau saduran permukaan (permukaan, coating dan plating)
  3. Teknologi minyak pelincir.

Sumber dari: Twitter Aid Fawzal 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Nenaa M.