Membeli hijab dengan harga yang agak mahal seakan sudah menjadi trend dalam masyarakat masa kini. Tidak kira berapa pun harga yang ditawarkan, hijabi sanggup membeli malah berebut-rebut untuk memilikinya. Agaknya apa yang membuatkan mereka sanggup menghabiskan wang begitu sahaja?
Hijab sebenarnya bertujuan untuk menutupi rambut anda yang merupakan aurat bagi seorang wanita. Paling penting, hijab perlu labuh dan menutupi dada. Barulah hijab itu dikatakan pelindung aurat seorang wanita jika menepati syaratnya.
Sekiranya anda membeli hijab yang mahal, adakah ia dapat memenuhi syarat-syarat menutup aurat? Jika tidak, lebih baik anda lupakan sahaja hasrat itu. Lebih baik anda beli sahaja hijab yang murah tetapi mampu membawa anda ke syurga.
Ada 3 sebab mengapa hijabi gemar membeli hijab yang mahal:
Sesetengah individu merasa puas bila dapat membeli barangan berjenama. Jadi, setiap kali ada barang berjenama yang diidamkannya, pasti mereka akan cepat-cepat beli. Takut habis!
Ada individu yang mudah terikut-ikut dengan trend masa kini. Tengok orang beli, anda pun nak beli juga. Itulah yang membuatkan sesuatu jenama itu berani untuk meletakkan harga yang mahal kerana ada demand.
Bila menjadikan seseorang itu sebagai idola, tentunya anda mahu mengikut apa sahaja yang dilakukannya. Secara tidak langsung, jika idola anda merupakan seorang pengasas tudung, ia merupakan satu promosi dan anda pasti akan membeli produk-produk yang dihasilkannya.
Pada pendapat Hijabista, tidak salah anda mahu membeli barangan yang mahal tetapi biarlah berbaloi dan berpada-pada. Janganlah terlalu ikutkan nafsu kerana membazir itu amalan syaitan. Lebih baik jika sesuatu barangan yang anda beli itu memberi manfaat kepada anda. Jika hijab yang dibeli itu mampu menutupi aurat anda, silakan beli. Ingat, agama dulu sebelum berfesyen ya!
Foto: Instagram THEDUCKGROUP, ANNENGASRI_OFFICIAL, SHERRYIBRAHIM, Website BAWAL EXCLUSIVE