Perkongsian Lelaki Ini “Hari-hari Dengar Orang Menangis, Badan Kepanasan. Hj Menangis & Berdoa Setiap Jam!

Share

Anda mungkin rasa terseksa apabila kerajan keluarkan arahan Perintah Kawalan Pengerakan. Diri rasa terseksa tidak dapat melakukan rutin seperti kebiasaan, malah hati meronta-ronta untuk keluar walaupun untuk beberapa minit.

Tapi sedarlah bahawa yang menanggungnya lagi menyiksakan. Bukan dipinta penyakit datang, virus menular hinggap pada diri sendiri. Sebelum anda cuba untuk meloboskan diri dari sekatan roadblock, anda patut baca luahan perasaan ini.

Perkongsian ini mungkin boleh memberi kesedaran pada anda betapa sukarnya mereka menghadapi situasi ini. Mereka yang dijangkiti, mereka yang merawat dan mereka yang bertugas bertungkus-lumus menangani masalah virus yang menular.

Pengalaman ngeri pesakit CoVid-19 -Haji Rosman (bukan nama sebenar) dari Simpang Renggam di Hospital Permai JB:

1. Siksanya nauzubillah. Kepala pening, perut sakit, demam, tulang-temulang semua sakit.

2. 10 hari ditahan tiada selera makan. Bau nasi pun nak muntah.

3. Di hospital tak boleh pasang kipas dan aircond. Berasa panas tak terkata.

4. Kedengaran para pesakit menangis siang malam pagi petang.

5. Sebelah katil (orang Parit Raja), isterinya meninggal pun tak boleh ditengok. Kubur isterinya di mana turut tidak dimaklumkan.

6. Sesiapa pun tidak dibenarkan untuk datang melawat. Menghantar makanan atau barangan pun tidak dibenarkan.

7. Haji menangis berdoa setiap jam supaya dijauhkan orang lain dari penyakit ini.

8. Terlalu sakit dan terlalu pedih. Setiap hari ada makluman pesakit yang meninggal.

9. Anak beliau berusia setahun dipisahkan dari ibunya (turut positif CoVid).

10. Doktor dan nurse juga tersiksa. Pakaian dari atas ke bawah dibasahi peluh sebab kepanasan.

11. Kipas dan aircon tak boleh dipasang di hospital sebab tak mahu virus selesa dan lebih cepat membiak.

12. Haji pernah operation buah pinggang dan 2 tahun berulang alik ke hospital pakar. Tetapi menderita akibat Covid pada beliau jauh lebih dahsyat.

13. Pengalaman 14 hari ditahan seperti 14 tahun lamanya.

14. Semua pesakit dan perawat perlu pakai penutup mulut 24jam.

15. Haji selalu menjadi imam solat di hospital. Jemaah yang solat biasa, duduk atau baring sentiasa menangis ketika berdoa.

16. Semua pesakit tidak kira bangsa, asyik menangis kesakitan.

17. Layanan dari doktor dan nurse dari pelbagai bangsa semuanya sangat baik. Banyak kali Haji ulang cerita perihal ini.

18. Ramai pesakit tidak mampu bangun dan perlu bantuan untuk dimandikan.

19. Prosedur pengambilan sampel untuk pengesahan positif atau negatif Covid sangat menyeksakan. Bahagian tekak dikorek, hidung dimasukkan alat panjang ke dalam dan dikorek.

20. Ketika pengambilan sampel semua pesakit pasti menjerit terpekik-pekik sebab terlalu sakit.

21. Untuk discharge, pesakit perlu diambil sampel dan negatif sekurangnya 3 kali berturut.

22. Pesakit Covid batuk lama, 10-15 minit tanpa henti. Sakitnya digambarkan seperti ingin terkeluar isi perut.

23. Kawan beliau Haji Ramli (bukan nama sebenar) badannya lemah, ingin suap roti ke mulut pun tidak berdaya kerana tangan menggigil lemah. Kini di ICU.

24. Beberapa jiran kampung Haji Rosman sudah meninggal dunia akibat Covid. Ada juga masih kritikal di ICU.

*Tulisan diambil dari rakaman perbualan telefon Haji Rosman dan saudaranya. Beliau sudah diuji negatif dari virus CoVid-19 dan dibenarkan pulang ke rumah

Kredit: Viral Oh Viral

Published by
SH