Masalah dalam kalangan hijabi muda yang paling sukar untuk diatasi adalah apabila mengalami breakout. Ada yang mengambil masa bertahun untuk memulihkannya setelah try and error pelbagai produk. Perkongsian beberapa orang hijabi di laman sosial mengenai cara penjagaan kulit yang sesuai setelah bertahun mengalami masalah ini.
Masaing-masing berkongsi cara penjagaan kulit yang betul bermula dari mencuci wajah hinggalah amalan memakai masker.
Hijabi ini hanya menggunakan produk yang boleh dan mudah didapati di drugstore pada harga berpatutan.
Perkongsian ini melalui twitter Iman Abdul Rahim yang tweet bertanya sesiapa yang ada masalah breakout ini dan berjaya merawatnya menggunakan produk legit.
Ads
Bertahun cuba bermacam-macam produk dan terpaksa pakai ‘mask’.
Hanya amalkan empat step mudah ini sahaja.
Masalah jerawat kecil dan breakout akhirnya berjaya dipulihkan dengan cara penjagaan yang betul serta produk bersesuaian.
Ads
Hampir 10 bulan dan hasilnya memang sangat menggembirakan. Ini cara yang diamalkannya.
Breakout teruk sampai tak berani nak selfie.
Mula-mula pakai daun aloe vera, dah ok sikit barulah pakai produk bersesuaian.
Ads
Turut gunakan krim parut untuk hilangkannya.
Perjalanan cukup panjang untuk pulihkan wajah, tetapi hasilnya memang sangat berbaloi.
Perbezaan cukup ketara sebelum dan selepas pulihkan wajah yang breakout.
Ambil masa tujuh bulan dan mulakan dengan asas penjagaan kulit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini ramai jejaka yang cair melihat kejelitaan anak perempuan pelakon Fauzi Nawawi, Hanna Faresha yang juga merupaka seorang instafamous. Sejak isterinya Lisdawati mendedahkan wajah anaknya sebelum itu dan baru-baru ini ketika sambutan konvokesyen di laman instagram, ramai yang pasang niat untuk menjadi menantu kepada pelakon ini. Pelakon serba boleh ini tidak menafikan menerima ‘pinangan’ tetapi meletakkan syarat tertentu dalam mencari menantu pilihan untuk membimbing anak gadisnya itu.
Bagi Fauzi Nawawi yang baru menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin yang lalu mahu mencari bakal menantu yang tahu perihal agama, tahu membaca Al-Quran serta mempunyai pendapat tetap.
Bercakap kepada RotiKaya, Fauzi mengakui kecantikan anaknya itu yang juga merupakan seorang instafamous popular dan mempunyai lebih 100 ribu follower di laman instaram.
Dan sebagai bapa dia tidak pernah menghalang jodoh anaknya itu cuma menurut beliau bukan dalam masa terdekat kerana Hanna masih lagi belajar.
Sebelum ini, Hanna yang merupakan anak gads dari perkahwinan pertamanya itu pernah viral berikutan kejayaannya mendapat keputusan 10A dalam peperiksaan SPM lalu.
Jika sebelum ini pelakon dan pengacara jelita, Fouziah Gous diduga apabila anak keduanya dimasukkan di ICU ketika dia dan suaminya sedang mengerjakan ibadah haji di Mekah. Dan kali ini pasangan ini telah dimurahkan rezeki apabila sekali lagi menjadi tetamu Allah apabila berpeluang mengerjakan umrah, bukan sahaja berdua tetapi sekali dengan dua anak kecilnya itu serta ahli keluarga lain.
Ternyata perancangan Allah itu Maha Hebat kepada hambaNya apabila peakon yang baru sahaja mengenakan hijab ini dapat membawa kedua anak lelakinya, Muhammad Zeeshan, 3 tahun, dan Zaheen Yusuf 1 tahun.
Dalam satu posting dimuat turun, Fouziah Gous mengucap syukur kepada Allah kerana dapat menyambut hari jadi anaknya Zaheen Yusuf yang berusia setahun ini di depan Kaabah pada hari Jumaat yang mulia.
Menurutnya, jika sebelum ini dia terpaksa meninggalkan anaknya itu di wad ICU dalam keadaan belum sedarkan diri sewaktu keduanya dijemput menjadi tetamu Allah musim haji lalu. Dan hari ini rupanya Allah menghadirkan sesuatu yang cukup indah apabila menjemput anak solehnya itu menyambut hari jadi di sana tanpa di rancang.
Bagi ibu muda ini, rezeki Allah itu sangat luar biasa dan dia turut berdoa agar Allah mengurniakan rezeki yang luas dan tidak putus, mengharapkan anaknya menjadi anak yang taat kepada perintah ibu bapa dan menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah serta berdoa Tuhan dapat limpahkan rahmat kepada anak kecilnya itu.
Sebelum itu juga, Fouziah telah muat turut satu video di mana dia mendakap anaknya Zaheen yang sedang tidur sambil menyanyikan selamat hari lahir buat anaknya itu di depan Kaabah.
Pelakon jelita ini dilihat menitiskan air mata sebaik mencium dahi anaknya. Malah Fouziah turut bersyukur kepada kurniaan Allah kerana menghadiahkan dua orang cahaya mata kepadanya.
Kedua-dua status berkenaan mendapat respon baik dari netzien. Rata-rata cukup sebak dan terharu membaca perkongsian ini. Masing-masing mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat pasangan ini hingga ke jannah.
nurulainmastoji Allahuakbar…sungguh bsr kuasa mu Allah…aminn…moge mmbsr dgn sihat zaheen
Semalam menyaksikan pasangan selebriti Datuk Fazley Yaacob dan isterinya Datin Azrene Soraya Abdul Aziz bersanding buat kali kedua setelah hampir 13 tahun berumah tangga. Pasangan ini diraikan dalam satu majlis bertemakan taman penuh meriah dengan dihadiri sanak saudara serta sahabat handai dalam kalangan media. Kedua-duanya diibarat merpati dua sejoli tika bersanding di atas pelamin nan indah dengan padanan busana moden yang sungguh menawan.
Pada malam itu, Datin Azrene kelihatan begitu cantik menggayakan dress moden rona putih rekaan Fiziwoo dengan hijab yang turut dililit ala turban juga dari rona berpadanan.
Ditambah solekan ringkas dari jurusolek Mazmiera yang turut menyerlahkan kejelitaan wajah comel wanitaa kecil molek ini.
Sementara itu pasangannya Datuk Fazley pula begitu segak menggayakan persalinan moden rona hitam yang menyerlahkan lagi ketampanan susuk tinggi lampai ini.
Netizen turut memuji kebahagiaan pasangan ini dan turut mendoakan mereka bahagia hingga ke jannah.
adila.entr Happy anniversary!! Semoga Allah murahkan lagi rezeki sekeluarga serta dikurniakan kebahagiaan berpanjangan hingga ke jannah.
irza85 Congratulation dato n datin…semoga bahagia hingga ke jannah.
Dalam majlis tersebut juga , beliau turut menayangkan video ucapan arwah ayahnya ketika majlis ucapannya 13 tahun lalu hingga mengundang sedih di kalangan tetamu yang hadir.
Majlis penuh bersejarah ini turut dihadiri oleh empat cahaya mata pasangan ini, Fariedz, Fieradz, Fierudz dan Alayna Selma.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.