Tak Perlu Takut Gemuk, Kerajaan Perkenalkan Perlabelan Kalori Menu Di Restoran. Tak Risau Dah Nak Makan!

Share

Berdasarkan Laporan Semakan Populasi Dunia 2019, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kadar obesiti negara ini adalah tertinggi di Asia Tenggara iaitu sebanyak 15.6 peratus. KKM memberitahu, jumlah itu mengatasi Brunei yang mencatatkan 14.1 peratus dan diikuti Thailand 10 peratus dan dan Indonesia sebanyak 6.9 peratus.

Obesiti bukanlah perkara yang mudah untuk kembali pada susuk tubuh yang ideal, perlu ada usaha dan keyakinan diri bagi mengekalkan tahap kesihatan. Namun kerajaan tidak berdiam diri untuk menangani masalah ini. Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal melaksanakan projek rintis pelabelan kalori bagi setiap menu yang dihidangkan melibatkan semua premis makanan.

Projek pelabelan kalori

Untuk permulaan, projek berkenaan, kata Menterinya, Khairy Jamaluddin, akan diperkenalkan di sekitar Putrajaya pada tahun depan sebelum diperluaskan ke seluruh negara. Kementerian juga melihat kerjasama dengan syarikat restoran makanan segera agar pelabelan menu turut dapat dilaksanakan di rangkaiannya.

Sajian mereka tidak banyak berubah di rangkaian lain, jadi ini memudahkan pelaksanaan projek,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan seminar Anti Obes City Putrajaya dan pelancaran modul program pengurusan berat badan di sini pada Rabu lalu. Tambahnya lagi, KKM juga akan turut membantu premis makanan mengenai maklumat pemakanan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Diet Subway’ Hanya makan 6 gram, Boleh Turunkan berat badan. Ini cara pilih Menu yang betul

Tidak perlu berbelanja lebih

Jika individu tahap berat badan menjadi penghalang untuk menjalani hidup yang sihat maka jawapan yang tepat adalah berjumpa dengan pakar. Malah dengan aplikasi KWSP, mereka juga tidak perlu membelanjakan duit untuk mendapatkan konsultan bagi melabelkan menu-menu yang dijual.

“Kementerian akan melihat data dan kejayaan polisi ini sebelum membuat keputusan Dasar Pelabelan Menu Makanan,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, inisiatif berkenaan dijadual berjalan enam bulan hingga setahun itu akan dinilai sebelum Dasar Pelabelan Menu Makanan membuat keputusan untuk mewajibkan atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Diet Selalu Gagal Kerana Makan Tidak Teratur? Ini 5 Tip Kreatif Elak Anda Obesiti Di Pejabat

Ciapan di laman mikro Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia itu sempena Hari Diabetes Sedunia, menjelaskan sehingga November tahun ini, Malaysia adalah negara ‘tergemuk’ di Asia kerana 33 peratus rakyatnya berlebihan berat badan dan 18 peratus mengalami obesiti. Diharap inisiatif kerajaan untuk anda kekal sihat disambut baik oleh semua pihak dan perbanyakkan program-program yang mendorong masyarakat Malaysia jalani hidup dengan cergas dan bertenaga.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
SH