“Aduh, kusamnya kulit! Tak berserilah…” Percaya tak, inilah masalah kecantikan gadis hijabi yang sering online dan menggunakan gadget. Tanpa disedari, pelbagai masalah kulit tercetus akibat pancaran blue light termasuklah penuaan pra-matang kalau tak menggunakan produk seperti krim pelembap Hada Labo Hydrating Snow Dew yang diperbaharui. Formulasi terbaharunya turut dirumus dengan 2x Prebiotik dan kebaikan anti-blue light.
Pemakaian krim pelembap seperti Hada Labo Hydrating Snow Dew setiap hari penting supaya kulit mendapat lembapan secukupnya.
Bagi yang gemar bersolek, krim ini juga sesuai untuk prepping skin, membuat solekan tahan lama dan tidak merekah kerana kekeringan. Ia mampu mengunci segala kebaikan, selain bertekstur sorbet yang ringan dan menyegarkan, mencair ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa berat atau berminyak.
Gadis hijabi yang pintar tentu memilih produk yang berpatutan dan ringkas tapi memberi kebaikan Japanese Way of Moisturization. Dirumus khas untuk kulit Asia yang cenderung lebih berminyak dan sensitif, pemakaian Hada Labo Hydrating Snow Dew membantu menunda penuaan dan menyerikan wajah dengan lebih sempurna.
Konsep Japanese Way of Moisturization menerusi produk ini memfokus kepada 4 aspek penting:
Tekstur krim yang ringan membuatkan ia pilihan terbaik untuk kulit normal, berminyak atau kombinasi. Kulit kekal lembap tanpa rasa berat, selain bersifat anti-blue light dan mampu merawat rintangan kulit yang lemah agar kembali sihat semula jadi.
Formulasi rahsia:
2x Prebiotik Menguatkan Rintangan Kulit
Dah cuba bermacam produk penjagaan kulit tapi satu pun tidak membantu menyelesaikan masalah kulit kusam! Sebenarnya, dengan menguatkan rintangan kulit, semua masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah. Prebiotik dikenali kerana keupayaannya menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma baik sekaligus membantu menguatkan rintangan semula jadi kulit, menjadikannya lebih tahan terhadap tekanan persekitaran.
4HAs + Ceramide Melembapkan Kulit Secara Mendalam
Gabungan empat jenis Asid Hyaluronik (HA) dan Ceramide sangat berkesan dalam menghidratkan setiap lapisan kulit. Asid Hyaluronik juga membantu menguatkan rintangan semula jadi kulit, menghalang kehilangan lembapan dan meningkatkan kapasiti pengekalan kelembapan kulit secara keseluruhan. Penghidratan yang mendalam ini boleh menghasilkan kulit yang lebih gebu, licin dan lebih muda.
Ultra-mikro Sarcosine & Mikrosfera Kawalan Minyak Untuk Mengawal Minyak
Komponen ini bekerjasama untuk meminimumkan penampilan pori-pori dan mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada kulit. Dengan mengawal pengeluaran minyak, ia membantu menghalang kulit daripada kelihatan terlalu berminyak atau berkilat, membawa kepada penampilan yang lebih seimbang dan segar. Ini boleh memberi manfaat terutamanya untuk individu yang mempunyai kulit berminyak atau kombinasi, kerana ia membantu mengekalkan kulit yang lebih matte dan sekata sepanjang hari.
Tekstur Sorbet Yang Ringan & Menyegarkan
Tekstur menyegarkan, ringan dan mudah diserap oleh kulit, memberikan penghidratan optimum tanpa meninggalkan kesan berat atau berminyak. Sesuai untuk hijabi yang memiliki kulit berminyak atau kombinasi yang memerlukan penghidratan tanpa rasa berat.
Oh, ringannya macam tak pakai apa-apa!
Krim pelembap Hada Labo Hydrating Snow Dew juga bebas alkohol, minyak mineral, paraben, MIT dan Diglycol. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan dipakai setiap pagi dan malam selepas mengoles Hada Labo Hydrating Lotion.
Sis tunggu apa lagi? Dapatkan Hada Labo Hydrating Snow Dew sekarang. Untuk maklumat lanjut, layari info Hada Labo seperti yang tertera.
Website: Hada Labo Malaysia
Facebook: MY Hada Labo
#HadaLaboMalaysia
#HydratingSnowDew
#PrebioticAntiBlueLightHydration