Setiap hijabis mahu tampil cantik dan rapi, tetapi kita juga harus tahu kenapa kita perlu pakai tudung? Niat dan maksud sebaliknya terpulang pada individu. Bagaimana caranya untuk memperkasakan wanita dengan Hijab.
Alhamdulilah majlis yang penuh indah dan semangat berkumpul hijabis di dalam dewan ini yang memperkuasakan wanita dengan hijab. Tampil seorang figura yang menjadi idola hijabis di luar sana iaitu YB Nurul Izzah Anwar, berkongsi pengalaman beliau berhijab.
Beliau yang sinonim dengan tudung bawal selama 20 tahun, gaya yang diilhamkan sendiri oleh adiknya Nuha mula berjinak dengan gaya baru. YB Nurul Izzah tidak menolak anjakan stail yang bersesuaian dengan beliau malahan berpendapat sekiranya stail bawal tidak diperbaharui ianya akan lusuh, namun ternyata sehingga kini gaya tudung bawal telah di bawa dengan gaya yang lebih segar.
Rutin yang sentiasa padat dengan aktiviti harian, memerlukan gaya yang pantas dan ringkas seperti tudung bawal malahan materialnya mudah menyerap peluh. Gaya ditemui yang ketika itu hanya secara pantas digayakan hanya di dalam kereta. Gaya ‘on the go’ gaya YB Nurul Izzah tampil santai dan ayu sehingga sekarang dan menjadi ikutan ramai hijabis.
UNRWA yang akan ditutup di Gaza gara-gara sikap balas dendam segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab lalu UNRWA menwujudkan dana bagi membantu sekolah-sekolah di GAZA beroperasi seperti biasa. Lebih 50 peratus daripada mereka wanita, mengalami masalah kemurungan kerana tiada peluang untuk ke hadapan. Dengan wujudnya dana dari sumbangan hasil jualan hijab dapat membantu memperkasakan wanita di luar sana.
Walaupun beliau bukan dari golongan elit yang tidak suka berfesyen tetapi, YB Nurul Izzah menyokong penuh buatan tempatan sepert Mimpikita, novak batik dan inner sejuk yang buatannya 100% dari Malaysia.
Majlis ini juga di serikan lagi dengan hijab tutorial untuk hijabi yang sudah lama berhijab mahupun yang belum berhijab. Hijab tutorial dibawa khas bersama Didiyana Ehsan yang berlansung selama 30 min cukup memberi inspirasi kepada pengunjung untuk terus istiqomah berhijab.
Wanita berhijab tidak salah bergaya dan mempelbagaikan gaya hijab tetapi biarlah berpadanan dengan gaya dan tidak berlebihan. Penjagaan dalaman juga harus dititik beratkan seperti penjagaan rambut khasnya.
Perlunya penjagaan dan pemakanan yang cukup bagi mengimbangi kesihatan dalaman. Islam mendorong kita memakai hijab kerana ada rasionalnya bicara YB Nurul Izzah dalam ucapan ringkasnya di majlis The Beauty of Hijab di anjur oleh Nia Unity, di Majlis Perbandaran Subang pagi tadi.
Ucapan yang terakhir daripada beliau amat terkesan ‘the power of ummah’, sentiasa tanamkan sikap sisterhood di kalangan kita. Berjaya mereka disekeliling kita maka masyarakat dan Negara juga akan Berjaya. Insyallah.