Ayana Jihye Moon atau terkenal dengan panggilan Ayana Moon merupakan seorang mualaf yang juga selebriti cantik dari Korea Selatan. Sepanjang bergelar mualaf, Ayana Moon tidak gentar biarpun ibu bapanya menentang.
Ayana Moon yang dilahirkan di Korea Selatan pada 28 Disember 1995 meminati agama Islam sejak di bangku sekolah lagi. Datuknya yang sering melancong ke luar negara memberitahunya tentang Islam di Timur Tengah dan membuatkan Ayana Moon ingin tahu.
Pada masa itu, maklumat tentang Islam di Korea Selatan masih minima. Justeru, Ayana Moon mula mencari maklumat tentang Islam melalui internet.
“Saya cuba mencari tentang Islam di internet. Saya lihat mereka memakai pakaian longgar dan bertudung,” ujar Ayana Moon seperti dipetik daripada video YouTube peribadinya, Xolovelyayana.
Apabila Ayana Moon memasuki sekolah menengah, rasa ingin tahunya tentang Islam semakin mendalam. Dia memutuskan untuk mengambil bahagian dalam Kem World Assembly of Muslim Youth (WAMY) yang diadakan di Korea Selatan.
Selama tiga hari dua malam Ayana Moon mempelajari agama Islam dengan orang Islam di Korea. Gadis cantik ini tetap berani dan yakin untuk menyertai WAMY Camp walaupun ketika itu ibu bapanya sangat risau.
Ads
“Saya sudah cukup tahu tentang Islam, tetapi saya akui, saya takut dan bimbang kerana imej Islam di Korea teruk. Ibu bapa saya sangat risau apabila saya menyertai majlis itu,” jelasnya.
Majlis berjalan lancar. Ayana Moon gembira mengikutinya sehingga tamat.
“Kem WAMY berjalan lancar dan saya banyak belajar tentang Islam,” katanya.
Selepas itu, Ayana Moon kerap mengikuti pengajian di masjid. Dia terus belajar tentang Islam ditemani seorang mentor.
Ads
“Pada masa itu saya semakin ingin tahu tentang Islam. Maka, saya mengambil bahagian dalam program setiap minggu di masjid. Saya bertemu mentor saya Uncle Amin, saya belajar banyak daripadanya,” kata Ayana Moon.
“Semakin saya belajar, semakin saya jatuh cinta dan ia membuatkan saya memeluk Islam,” tambahnya.
Ayana Moon memeluk Islam secara rasmi pada 2012 dan melafazkan syahadah di Korea.
“Apabila saya mengucapkan syahadah, saya hanya mampu menangis kerana suasananya sangat menyentuh perasaan,” kata Ayana Moon yang dipetik daripada video YouTube yang dimuat naik di saluran Oki Setiana Dewi.
Ads
IBU BAPA MENENTANG
Untuk mendalami lagi agama Islam, Ayana Moon mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di Malaysia. Bagaimanapun, laluan Ayana Moon sebagai mualaf tidak selalunya mudah.
Keluarga gadis Korea ini tidak bersetuju dan bimbang dengan keputusannya untuk beragama Islam. Apabila dia ke Malaysia dan belajar di sana, keluarganya menghentikan sokongan kewangan.
Namun begitu, Ayana tetap teguh dengan pendiriannya. Dia mencari wang sendiri dengan bekerja sambilan untuk mencari rezeki di Malaysia. Dengan kegigihannya bekerja, Ayana bergelar selebriti dan bintang iklan terkenal di Malaysia serta Indonesia.
Sehinggalah beberapa tahun berlalu, keluarga Ayana Moon mula menerima bahawa dia telah menjadi seorang wanita Islam. Adiknya, Aydin Moon juga mengikut jejaknya bergelar mualaf.
“Selepas saya mengambil keputusan untuk menjadi Muslimah, saya rasa seperti mendapat hidayah. Kini saya sangat gembira, tenang dan redha dengan apa yang telah saya putuskan, alhamdulillah,” akhiri Ayana Moon.
Semoga Ayana Moon kekal istiqamah dan menjadi seorang Muslimah sejati.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Abtaha Maqsood merupakan wanita Islam berhijab pertama di England yang menjadi atlet kriket antarabangsa. Kisahnya mencetuskan inspirasi sehingga muncul dalam sebuah siri televisyen kanak-kanak BBC membaca buku tentang hijab dalam Islam.
Dalam siri itu, Abtaha Maqsood membaca cerita bertajuk “Not Now, Noor!” ditulis oleh Farhana Islam dan Nabila Adani bagi episod CBeebies Bedtime Stories.
Aksinya membaca cerita tentang hijab disiarkan di BBC.
Kisah yang dibaca oleh Abtaha Maqsood ialah tentang seorang gadis muda bernama Noor yang tertanya-tanya mengapa wanita dalam keluarganya memakai tudung.
“Ini menunjukkan mengapa hijab sangat penting bagi kebanyakan wanita Islam,” kata Maqsood.
Menurut atlet kriket ini, hijab adalah tentang kesopanan dan identiti yang jelas sebagai seorang Muslim. Dia juga bangga menjadi seorang Muslim.
“Ini adalah mesej yang sangat baik dan manis untuk kanak-kanak,” katanya.
Sebab dia memilih cerita itu, Maqsood memberitahu The Mirror bahawa ia adalah cara mudah dan jujur untuk memberi gambaran sebenar cara memakai tudung dan maknanya kepada wanita Islam di luar sana. Cerita yang dibaca itu dapat menjawab persoalan kanak-kanak di samping sebagai hiburan.
Menurut Abtaha Maqsood lagi, kisah yang dibacanya menggambarkan pengalamannya sendiri dalam Islam. Dia memakai tudung sejak usia muda dan menjadi hijabi pertama bertanding dalam kejohanan kriket The Hundred pada 2021.
Dia juga wanita pertama berketurunan Pakistan bermain kriket antarabangsa untuk Scotland.
“Ia adalah satu pemikiran untuk memakai tudung untuk bermain kriket. Ia bukan penghalang dan saya akan terus melakukannya,” ungkap Abtaha Maqsood.
“Bertudung ketika bermain kriket di stadium besar seperti Edgbaston merupakan satu mesej penting kepada orang ramai bahawa tidak kira apa yang anda pakai, bagaimana rupanya, anda masih boleh melakukan apa sahaja yang dimahukan. Sekaligus merealisasikan impian anda,” sambungnya.
Jelas wanita berusia 24 tahun ini, dahulunya dia tidak ada role model wanita bertudung yang bermain sukan profesional di peringkat antarabangsa.
Justeru, kini dia berazam untuk menjadi role model kepada wanita-wanita di luar sana.
“Saya ingin memberi inspirasi kepada orang lain bahawa apa sahaja boleh dilakukan. Anda boleh menjadi Muslim dan menjadi pemain kriket, atau pemain bola sepak, atau apa sahaja,” kata Abtaha Maqsood.
Pada masa ini Abtaha Maqsood merupakan atlet kriket untuk pasukan Birmingham Phoenix, England. Kelab tempat dia bermain mencipta tudung sukan khas buat Abtaha Maqsood untuk keselesaannya ketika perlawanan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dikongsi Fauzi di Instagram sambil menghantar Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Tanah Suci menunaikan haji tahun ini.
Fauzi yang kelihatan sebak walaupun bertopengkan muka hanya menjawab, “Baiklah.” Malah, pelakon Anak Halal itu turut berkongsi kapsyen berupa doa untuk isterinya.
“Jaga anak-anak, jaga rumah, rajin-rajin, lepas tu saya kemas rumah, saya masak,” kata pelakon Lisdawati, 45, kepada suaminya, rakan pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 51.
“Ya Allah, peliharalah dia untuk ku.. berkatilah perjalanannya, rahmatilah ibadahnya, lancarkanlah fardhu haji untuknya.
“Aku serahkan segalanya padamu Ya Allah..@lisdawati15 Selamat jalan sayangku,” tulisnya berserta emoji hati berwarna merah.
Menerusi perutusan itu, ramai rakan terkenal dan warga maya mendoakan keselamatan Lisdawati di Tanah Suci dan mendapat haji yang mabrur. Ucapan tahniah juga diberikan kerana terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji ini.
Dia turut menyemak pertukaran Lisdawati di Instagramnya, menyifatkan perjalanannya masih jauh dan perjuangannya masih belum berakhir. Katanya doakan yang terbaik untuk orang lain.
“Perjalanan yang jauh.. perjuangan masih belum selesai. Sentiasa doakan yang terbaik sesama kita.
Mati itu pasti.. kita je yang tak tahu lagi..selagi nafas belum terhenti.. tetapkan hati..Cari iman sebelum mati.
“Semoga semua yang membaca ruang ini akan dijemput menjadi tetamu-Nya nanti. Assalammualaikum semua,” tulisnya.
Sekadar info, pasangan suami isteri Fauzi dan Lisdawati telah berkahwin pada 9 September 2007. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana 15, Nur Aina Fazneesya 14, Ahmad Nur Fyrdaus 9 dan Ahmad Nur. Fayyad, 4.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Seorang isteri pastinya rasa begitu bahagia bila mempunyai seorang suami yang begitu menghargai dirinya. Itulah yang dirasai oleh Anne, isteri kepada pelawak terkenal iaitu Achey apabila dia menerima sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz daripada suaminya bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-32.
Berkongsi di laman Instagram, Anne atau nama sebenarnya Hasanah Yahaya telah meluahkan rasa syukurnya apabila menerima hadiah istimewa tersebut walaupun ulang tahun kelahirannya belum tiba lagi.
“Alhamdulillah terima kasih By @acheykintangkintung bagi hadiah birthday awal. Awal betul ni. Hehe, dia kata boleh buat raya. Patut la asyik la hint-hint kita je. ‘muat lagi ke awak keluar dengan tiara and kawan kalau naik kereta audi tuuu.
“Hehehehe kita cakap la boleh la,selit-selit terselit 🤣🤣🤣🤣 rupanya dia dah rancang awal…..tqtqtq 😍🥰😘
“Terima kasih jugak baby kuning berkhidmat 7 tahun dengan saya, tak pernah rosak,tak pernah meragam kat mana-mana….Alhamdulillah dia jaga kami 1 keluarga dengan baik….terima kasih banyak-banyak,jasamu dikenang…
“Nak jual dia pon air mata berderai, sebab terlalu sayangkan dia…..tapi apakan daya,kami bertiga naik tak muat kereta dah….hehe tu yang Achey gantikan dgn baby baruuuuu……
“Welcome to my family baby boo…..saya akan jaga awak baik-baik dan sayang awak sepenuh hati❤️ I LOVE U so much baby boo n baby yayang @acheykintangkintung “, luah Anne melalui hantaran di Instagramnya.
Di ruangan komen, ramai warganet yang turut tumpang gembira dengan rezeki yang diterima Anne dan seronok melihat cara Achey menghargai isterinya yang tercinta.
“Abang Achey dah lama rancang, maknye je yang lalai”
Wah, untungnya Anne dapat hadiah awal! Benarlah kata orang kalau belanja isteri lebih pasti rezeki yang akan diterima nanti pun berlipat kali ganda. Moga rezeki Achey dan keluarga murah selalu. Amin.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...