
Dengan perkembangan era digital, media sosial kini menjadi wadah utama bagi perkongsian pelbagai content termasuk informasi-informasi semasa.
Bahkan, golongan selebriti turut memanfaatkan media sosial sebagai platform untuk berkongsi perkembangan serta rutin hariannya dengan para pengikut dan peminat.
Datin Lisa Surihani yang popular dengan lakonannya dalam filem ‘Istanbul Aku Datang’ antara selebriti yang mengikut trend semasa dan sering berkongsi perkembangan semasa berkaitan karier dan kehidupan peribadinya di akaun media sosial.

Memiliki lebih 4.5 juta pengikut di Instagram, Datin Lisa Surihani menegaskan bahawa perkongsiannya bukan untuk menarik perhatian ramai mahupun mengikut trend, sebaliknya lebih kepada peringatan untuk diri sendiri.
Peringatan Untuk Diri Sendiri
Memetik perkongsian Datin Lisa Surihani yang merupakan isteri penyanyi dan komposer tersohor, Datuk Yusry Abdul Halim kepada Bernama, kebanyakan hantaran yang dimuat naik di Instagram peribadinya berbentuk petikan kata-kata serta foto dan video rutin kehidupannya ketika bekerja mahupun bersama keluarga.
View this post on Instagram
“Selalunya bila kita nampak petikan kata-kata yang mungkin menyentuh hati atau memberi semangat dan inspirasi, kita akan kongsikan ia sebagai ‘Ini satu peringatan yang baik untuk diri saya,” kata ibu kepada tiga anak ini.
Pemilik nama penuh Lisa Surihani Mohamed turut meluahkan kesyukuran jika hantarannya itu meninggalkan kesan positif kepada para pengikut dan peminatnya.
“Kalau orang lain rasa terkesan atau bermanfaat kepada mereka, alhamdulillah.
“Mungkin hantaran itu dapat membantu seseorang yang sedang mengharungi situasi sama di luar sana,” ungkap Datin Lisa Surihani.
Istiqamah
Setiap kali melihat penampilan Datin Lisa Surihani, tenang dan sejuk saja mata memandang. Benar-benar mengikut syariat Islam.
Bertuahnya Datuk Yusry memiliki seorang isteri yang solehah!
“Selain ibadah yang kita laksanakan, yang kita kena cuba sebaiknya untuk kekal istiqamah adalah cara pemakaian kita sebagai seorang Islam.
“Ianya agak mencabar especially bila kita hidup di dunia yang banyak pengaruh dan sebagainya, kita kena sentiasa berdoa dan bergantung kepada Allah SWT supaya apa jua yang kita lakukan dari segi tingkah laku atau percakapan, cara kita berfikir dan pandangan kita kepada sesiapa semuanya diredhai Allah SWT.
“Apa yang semalam tu yang mungkin boleh diperbaiki harapnya dapatlah kita laksanakan, Insha-Allah.”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI