Perilaku Yang Boleh Melambatkan Jodoh Dan Himpunan Doa Mempercepatkan Jodoh Untuk Lelaki & Wanita

Share

Kata orang, jodoh, rezeki dan maut ada di tangan Allah. Perkara tersebut memang benar adanya kerana Dialah yang Maha Tahu dan Maha Menentukan. Namun kita sebagai manusia juga perlu berusaha, tidak terkecuali soal jodoh. Salah satu cara yang boleh kita lakukan adalah memanjatkan doa minta jodoh kepadaNya.

Doa boleh disampaikan dalam bentuk dan bahasa apa pun, namun ada beberapa ayat al-Quran yang boleh kita amalkan dan kita jadikan doa minta jodoh setelah solat. Jika kita bersungguh-sungguh, maka Insya Allah doa kita didengar dan dimakbulkan oleh-Nya. Lalu apa saja ayat al-Quran dan doa sehari-hari yang boleh kita amalkan sebagai doa minta jodoh?

Sebelum mengamalkan sebarang doa untuk mempercepatkan jodoh ada lebih baik kita semak apakah penyebab lambatnya dating jodoh. Adakah factor dari diri sendiri atau factor sekeliling kita. Jom semak sekiranya ada salah satu perkara tersebut yang patut kita perbaiki dengan segera.

Perilaku yang menghambat doa minta jodoh sukar termakbul

Bukan hanya doa, nyatanya kita tetap perlu bersikap baik sehari-hari. Jangan sampai apa yang kita sisipkan dalam doa berlawanan dengan sikap kita. Lalu apa saja yang boleh menghambat kita untuk menemukan jodoh?

  • Bersikap buruk kepada orangtua. Meski tidak berkaitan langsung dengan jodoh, namun bagaimana perilaku kita terhadap orang-orang di sekitar kita juga menunjukkan siapa diri kita. Sedangkan jodoh adalah cerminan diri. Jika kita menginginkan jodoh yang baik, maka tidak ada salahnya untuk memperbaiki hubungan kita dengan orang lain.
  • Lupa bertaubat. Mungkin di masa lalu kita pernah berbuat kesalahan yang dibenci Allah dan belum sempat memohon ampun. Ini adalah waktu yang tepat untuk meminta maaf, baik kepadaNya dan kepada orang-orang yang kita sakiti. Sebelum bertemu jodoh, ada baiknya untuk membersihkan jiwa dengan taubat dan mecantikan diri menjadi peribadi yang lebih baik.
  • Terlalu selektif. Banyak yang tidak menyedari bahawa jodohnya sudah ada di depan mata. Namun kerana terlalu selektif secara fisikal, profesional, latar belakang atau terlalu memikirkan kekurangan orang tersebut, maka kita takut untuk menjalin hubungan. Selektif itu perlu, namun jangan sampai kriteria yang kita miliki menghalang diri sendiri untuk bertemu jodoh.

Himpunan Doa Yang Boleh Diamalkan Untuk Mendekatkan Jodoh

1. Surat al-Furqan ayat 74

رَبَّنَا هَبْلَنَا مِنْ أَزْوَاجِنِا وَ ذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ

Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa wa dzuriyyatinaa qurrota a’yun

Ertinya:“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan dan keturunan dari kalangan kami sebagai penenang hati.”

2. Surat al-Anbiya ayat 89

رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَ أَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْنَ

Rabbi laa tadzarnii fardan wa anta khairul waaritsiin

Ertinya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik.”

3. Surat al-Qashash ayat 24

رَبِّ إِنِّيْ لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرِ فَقِيْرٌ

Rabbi innii limaa anzalta ilayya min khoirin faqiirun

Ertinya: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”

4. Doa minta jodoh untuk Lelaki

Selain itu, kita boleh menambahkan doa berdasarkan keinginan kita. Bagi lelaki, ini doa yang boleh dipanjatkan ketika menantikan perempuan yang akan menjadi isterinya.

Robbi hablii milladunka zaujatan thoyyibah akhtubuhaa wa atazawwaju biha watakunu shoohibatan lii fiddini waddunyaa walaakhiroh.

Ertinya:“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dan sisiMu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.

5. Doa minta jodoh untuk perempuan

Bagi perempuan juga ada doa minta jodoh untuk mendapat lelaki yang soleh dan boleh menjadi imam yang baik saat berumah tangga nanti.

Robbi hablii milladunka zaujan thoyyiban wayakuuna shoohiban lii fiddini waddunyaa wal aakhiroh.

Ertinya:“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.

Demikian doa minta jodoh dan perkara apa saja yang boleh menghambat usaha kita untuk bertemu dengannya. Mulai hari ini, jom perbaiki diri dan membuka hati sambil mendoakan seseorang yang belum bertemu denganmu ini supaya kalian boleh bertemu dalam keadaan yang baik.

Published by
SH