Perginya Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Pada Hari Mulia, Nuzul Al-Quran. Siti Nurhaliza Turut Zahir Rasa Dukacita!

Share

Pada hari ke 17 Ramadan kita menerima khabar dukacita apabila Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi.

Dalam laporan Bernama, khabar dukacita itu disahkan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di bulan penuh mulla, bulan Ramadan dan pada hari sangat istimewa kerana hari diturunkan Al-Quran, bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.

Rata-rata rakyat jelata mengucapkan takziah atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah dan salah seorang adalah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga merupakan anak jati kelahiran negeri Pahang.

Dalam status dimuat turun di laman Instagramya, Siti memberitahu kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah merupakan berita sedih buat seluruh rakyat Pahang dan juga rakyat Malaysia termasuk dirinya sendiri.

Menurutnya Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah seorang yang tekenal berjiwa rakyat, mudah didampingi dan disenangi ramai.

Siti juga turut mengimbas kenangannya yang berpeluang membuat persembahan di hadapan Almarhum Tuanku sejak dirinya bersekolah rendah dan kemudiannnya menjadi artis. Kenangan yang banyak ini sangat bermakna buat Siti dan akan diingati sampai bila-bila.

Assalamualaikum dan Salam Ramadan,
Berita kemangkatan Almarhum Paduka Sultan Hj Ahmad Shah, merupakan berita sedih buat seluruh rakyat Pahang dan juga rakyat Malaysia termasuk saya sendiri.

Seorang Sultan yang terkenal berjiwa rakyat, mudah didampingi dan disenangi ramai.

Sebagai rakyat Pahang yang berpeluang membuat persembahan di hadapan Almarhum Tuanku sejak saya bersekolah rendah dan seterusnya menjadi artis, banyak kenangan yang bermakna dan akan saya ingati sampai bila-bila.

Patik dan suami mengucapkan dan menyembah salam takziah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong,KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong , seluruh kerabat dan keluarga DiRaja Pahang di atas kemangkatan Almarhum Paduka Sultan Hj Ahmad Shah AlMusta’in Billah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Almarhum dan digolongkan dalam kalangan para solehin.
Al-Fatihah.

Posting yang dimuat turun ini turut mendapat respon dari rakan artis dari seberang serta netizen yang turut menzahirkan salam takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang.

krisdayantilemos innalilahi wainnalilahirajiun alfatihah

vanidah_imran Innallilahwainnailaihirojiun..

masriahdahlan Perginya baginda di hari yang mulia iaitu Nuzul Alquran. Semoga Almarhum ditempatkan bersama golongab anbiya & solihin. Amin Y Robb

nur_khairiyyah_ahmad Innalillaahi wainna ilaihi rojiuun  semoga roh Almarhum tuanku dicucuri rahmat Allah

shafiqa_03 Al-fatihah,,,semoga Almarhum Paduka Sultan Hj Ahmad Shah ditempatkan dikalangan org yg beriman..Aminn…

SUMBER: BERNAMA

KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK

Published by
Siti Zurina