Pergi Rumah Tok Kadi Pakai Selipar Je, Pasangan Pengantin Kongsi Kisah Nikah Yang Simple

Share

#ininikahkoboi
.
tiada photographer, tiada baju nikah, tak bwk hntran, g umah tok kadi dgn pakai selipar 😂😂
.
sebab Allah sebaik2 perancang.detik pernikahan yg ternyata 360 darjah tidak mengikut ap yg dirancang. .
meh kita cerita 😂
.
asalnya rancang nikah 27.03, majlis 28.03. disebabkan perintah kawalan pergerakan, majlis ditunda dan nikah akan diawalkan kpd 21.03. .
bridal habis bayar(pakej nikah+majlis), catering dah bayar separuh, goodies dah settle tinggal nak tggu mjlis je.. so bila keadaan ini berlaku, semua yg dibooking terpaksa ditunda dan ofkos bridal pun tak berani nak buat perkhidmatan bagi pakai baju nikah 😂

 maka, ini lah jadinya.. kita pakai je baju recycle 😅
.
20 MAC 2020(Jumaat) *tarikh kami bernikah…
selepas maghrib, dpt ws dpd suami “awak, esok kita boleh ke bernikah ni ?” dgn bagi satu document pekeliling dpd Jabatan Agama Islam Johor yg menyatakan start 21.03 smpai 31.03, segala Majlis pernikahan perlu ditangguhkan 😅. dapat dokumen tu terus bagi pada ayah, ayah pun apa lagi terus guna kuasa veto nya call Tok Kadi Minta Tok Kadi nikahkan kita mlm ni juga 😅 ayah call suami utk siap terus takpayah bwk ap2 brg(hantaran), bwk diri je dtg umah mai nikah mlm ni jugak 😂
😅 .

tepat jam 1130 mlm, alhamdulillah dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri di umah tok Kadi 😂😂 yg hnya dihadiri oleh 2 org saksi, wali , juru nikah , pantin laki perempuan n selit lah ibu sekalii 😭😭 .

ye, mmg ribut kelam kabut seiring dgn perangai kita yg kelam kabut ni 😂😂. Pkul 8 dpt tahu pekeliling, pkul 11 lari g umah tok kadi 😂😂 dan merasa lah kita nikah yg betul2 simple, dgn tak prepare ap2 mlm tu.. dapat masakkan beehun goreng je utk tetamu dpd pihak suami yg hnya dtg 3 org shj.. haa sempoi kan ? 🤭

🤭 .

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah 😭 syukur sebb segalanya dah selesai.. dgn tarikh nikah yg berubah dua kali disaat akhir, dgn sesimple2 ni dpt rasa keberkatannya :’)) baik sgtt Allah. pada awal nya terasa beratnya ujian ni, Majlis terpaksa ditunda dgn gelisah hati keadaan skrg takut tak dpt nikah, tapi rupanya Allah nak bgi kami nikah lagi awal n jatuh pada Hari Jumaat 💕😊.
.
#doakankami
#kenanganmanis #syukurAllahmudahkan

Credit : Nurul Syamimi Ibrahim

Published by
Qistina