Pergi Masjid Untuk ‘Complain’ Solat Aidilfitri Terlalu Bising! Terus Terima Hidayah Peluk Islam

Share

Benarlah hidayah itu milik Allah SWT dan akan dikurniakan kepada sesiapa sahaj yang dikehendaki olehNya, Jika dia (Allah) berkata ‘Kun fayakun’ yang bermaksud jadilah, maka jadilah ia.

Begitulah dengan satu insiden luar biasa yang berlaku kepada seorang lelaki warga emas Australia yang bergegas ke masjid ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana ingin menyuarakan ketidakpuasan hatinya berhubung solat sunat Hari Raya Aidilfitri yang didakwa menganggu ketenteraman kerana terlalu bising.

Bagaimanapun, setibanya lelaki itu di masjid perkara sebaliknya berlaku. Apabila dia akhirnya menerima hidayah Allah dan terus berminat untuk memeluk agama Islam di masjid sama pada Sabtu lalu, lapor portal berita Doha News hari ini.

Video Lelaki Australia Peluk Islam Tular!

Momen indah dan menyentuh perasaan berkenaan telah dirakam apabila warga emas Australia itu mengumumkan bahawa dirinya kini telah memeluk Islam sebagai agama baharunya. Pemakluman berkenaan dibuat oleh lelaki itu sendiri menggunakan bahasa Inggeris dan Arab sebelum akhirnya dia merasa sebak dan menangis teresak-esak.

Video sama turut dikongsikan oleh seorang pendakwah aktif di Australia, Haj Hussin Goss menerusi akaun Facebook dan miliknya.

“Selamat datang saudara kita yang masuk Islam pada hari raya ini. Saudara ini datang mengadu bunyi bising pagi ini (Sabtu) pada hari raya dan pulang sebagai seorang muslim. Allah Maha Besar,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Artikel berkaitan: Aktivis ‘Anti Islam’ Ini Akhirnya Dikurniakan Hidayah, Terbuka Hati Peluk Islam!

Tambah Hussin lagi, warga emas yang bernama Brian itu tinggal di rumah penjagaan warga emas berhampiran Masjid Gold Coast sebelum datang ke masjid tersebut untuk mengadu tentang bunyi kuat solat sunat hari raya yang menganggu ketenteraman warga apabila bacaan takbir Raya itu dipancarkan menggunakan pembesar suara.

Sehubungan itu, untuk menyelesaikan isu ini, Hussin telah bersemuka dengan warga emas itu dan duduk berbincang bersama Brian sekitar 10 hingga 15 minit.
Apa yang menakjubkan, sebaik sahaja pertemuan itu berlaku. Brian telah menyatakan Hasratnya dengan sukarela untuk memeluk agama Islam.

Pada penghujung video yang tular berkenaan memaparkan Hussin mengucapkan dua kalimah Syahadah dan Brian mengulanginya.

Sumber: Doha News

Artikel berkaitan: Sedar Diri Pendosa, Lelaki India Ini Sanggup Puasa 365 Hari Lepas Dikurniakan Hidayah Peluk Islam!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir