Siapa tidak kenal dengan aktor kacak, Aidil Aziz yang pernah membintangi filem Evolusi KL Drift 2 yang juga suami kepada pelakon jelita, Fasha Sandha.
Terbaharu menerusi hantarn di laman Instagram miliknya, Aidil berkongsikan persiapan mereka untuk berangkat ke tanah suci buat kali pertama sebagai pasangan suami dan isteri, bagi mengerjakan ibadah umrah.
Ini Umrah Paling Istimewa Buat Aidil, Fasha Pula Teruja!
Menurut Aidil, meskipun sudah berpeluang banyak kali menjejakkan kaki ke tanah suci, namun ibadah umrah kali ini adalah yang paling istimewa bagi dirinya, kerana ditemani oleh ‘bidadari syurganya’ di akhirat kelak.
“Saya sudah beberapa kali menunaikan umrah, namun kali ini lebih istimewa kerana saya membawa isteri bersama-sama. Apatah lagi, pengalaman ini sesuatu yang baru buatnya.
“Sukar diungkap perasaan bakal menunaikan umrah bersama-sama isteri. Fasha usah disangkal lagi, memang teruja sejak awal lagi dan kami bersyukur semuanya dipermudahkan.
“Orang kata apabila menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah bersama, ada saja yang menawarkan diri untuk menjaga anak kami. Apatah lagi, ahli keluarga terdekat pula tu,” katanya.
Mengulas lanjut berhubung perancangan mereka ke tanah suci Mekah ini, Aidil menjelaskan bahawa ini bukanlah perancagan yang dilakukan secara tiba-tiba, malah ia adalah perlaksanaan niat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 tempohari.
“Memang niat dah lama namun inilah masa yang terbaik memandangkan Aisya pun sudah besar. Ini semua perancangan Allah SWT.
“Doakan semuanya dipermudahkan dan segala yang dirancang berjalan dengan lancar,” ujarnya lagi.
Selain itu, Aidil memaklumkan dia dan isteri, akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada hari ini, dan memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan mereka sepanjang melaksanakan ibadah berkenaan.
Sekadar info, pasangan Aidil dan Fasha diijabqabulkan pada tanggal 30 Mac 2019, hasil perkongsian hidup selama lima tahun itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, bernama Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.
Aidil juga mempunyai dua anak tiri iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8 hasil perkahwinan Fasha yang terdahulu.
Sumber: Harian Metro
Artikel Berkaitan: “Tak Cukup Ruang Untuk Kongsikan Kebaikan Siti Sarah Pada Semua”- Fasha Sandha
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
39 Produk Kecantikan Terbaik Drugstore Untuk Kulit Sensitif Dan Berjerawat
Isi Kandungan
ToggleMemiliki kulit sensitif menjadi sebuah tangungjawab tersendiri dalam memilih produk skincare yang tepat bagi kulit. Sekiranya pilih skincare dengan kandungan yang tidak tepat, kulit boleh perih bahkan kemeraha kerana iritasi.
Apalagi di usia remaja ataupun matang, kulit umumnya juga lebih sensitif pada jerawat. Untuk itu anda perlu memilih skincare yang sesuai untuk anda berkulit sensitif.
Di sini kami himpunkan 39 produk terbaik dari drug store untuk anda yang berkulit sensitif untuk kegunaan semua:
1. Pencuci wajah
Pencuci muka Neutrogena bertindak membersih lebih jauh mendalam & dalam masa yang sama memperbaiki keadaan dan rupa kulit. Mengandungi asid hidroksi yang menyerap jauh ke liang kulit muka, menghilangkan kotoran, minyak dan bekas solekan.
Himalaya Purifying Neem Face Wash
Neem adalah tumbuhan herbal yang daunnya kerap digunakan untuk berbagai perawatan kecantikan maupun kesihatan. Daun neem memiliki khasiat anti bakteria dan anti fungal yang bermanfaat untuk menyerap minyak berlebih serta mengatasi berbagai masalah kulit seperti jerawat, luka, pigmentasi, ruam, alergi, serta komedo. Kombinasi neem dan kunyit, yang akan membantu mengurangkan minyak, melawan bakteria penyebab jerawat, serta mengatasi jerawat tanpa membuat kulit terasa kering.
Sebamed Clear Face Antibacterial Cleansing Foam
Seluruh rangkaian produk dari Sebamed diformulasikan dengan menjaga kadar pH 5.5, sehingga tidak akan menggangu stabilitas lapisan pelindung kulit. Termasuk juga rangkaian produk Sebamed Clear Face yang khas untuk pemilik kulit berjerawat. Sebamed Clear Face Antibacterial Cleansing Foam. Dengan bahan-bahan antibakterial, sabun ini dapat membantu Anda untuk mengatasi jerawat dan jeragat.
Garnier Pure Active Acne & Oil Clearing Foam
Pembersih wajah ini mengandung bahan anti bakteria dan juga ekstrak blueberry alami yang akan membantu melawan 12 masalah kulit yang kerap dialami oleh pemilik kulit berjerawat dan berminyak. Mulai dari jerawat, bekas jerawat, minyak berlebih, warna kulit tidak sekata, kulit kusam, kulit gelap, efek pancaran sinar UV, bintik hitam, kulit tidak halus, pori besar, pori tersumbat, dan jeragat.
Pond’s Acne Solution Anti-Acne Facial Foam
Teknologi Thymo-T-Immunity-R, dapat membantu mengatasi masalah jerawat hanya dalam 3 hari. Pembersih wajah ini juga akan menutrisi sekaligus memperkuat perlindungan kulit dari bakteria dan membantu mencegah jerawat kembali muncul. Sabun ini juga mengandung salicylic acid, salah satu BHA yang efektif membersihkan kulit hingga ke pori-pori dan niacinamide yang dapat mencerahkan kulit untuk membantu menyamarkan bekas jerawat dan noda hitam.
2. Toner
Toner ini mampu menegangkan dan mengecilkan liang pori muka. Ia dirumus khas dengan menggunakan Happy Dermalogy TM, teknologi Nano, Omega White C, Allantoin, Orange Extract, Lemon Extract dan Bilberry Extract. Ia mengimbangi dan berfungsi sebagai astringen untuk meminimumkan liang dan menyerap minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit.
Toner anti-jerawat ini mengandungi AHA, BHA dan PHA yang berfungsi sebagai pengelupasan berkesan untuk meninggalkan kulit bersih, licin dan lebih berseri daripada sebelumnya. Ia membantu untuk membaiki kulit yang rosak untuk menghasilkan kulit yang lebih sihat. Sesuai untuk kulit sensitif, kulit kering dan kulit berminyak.
Formula seimbang pH Nutox Astringent Toner dengan serta-merta mampu melegakan dan menyegarkan kulit sambil memberikan kelembapan selama 24 jam untuk memperbaiki dan mengetatkan pori-pori.Tekstur kulit akan lebih lembut dan licin menjadikan kesan solekan anda lebih mudah diterapkan serta bertahan lebih lama. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Membersihkan kulit dan menyediakan pembersihan intensif terutamanya di kawasan T-Zone. Formula antibakteria aktifnya mengandungi 2% asid laktik untuk menyekat dan menghalang pertumbuhan bakteria penyebab jerawat serta masalah kulit lain. ia juga membantu mengecilkan dan mengetatkan liang pori muka tanpa meninggalkan kesan pengeringan pada kulit.
Simple Soothing Toner mempunyai gabungan bahan istimewa seperti Pro-Vitamin B5, Chamomile, Witch Hazel dan Allantoin yang berkesan untuk mengekalkan kulit yang tegang dan segar. Ia membantu menanggalkan sebarang sisa kotoran selepas mencuci muka dan mengembalikan keseimbangan pH kulit anda.
Warna merah jambu sememangnya sinonim dengan wanita yang sukakan kelembutan.Bagi wanita yang mempunyai kulit normal, Pure Beauty Pink Pore Toner ini membantu membersih dan menyegarkan kulit dengan sempurna.
3. Moisturizer
Safi Krim Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya
Krim pelembap ini diformulasi dari ekstrak lidah buaya yang membantu melindungi kulit dengan memberi nutrisi yang mencukupi untuk kulit. Sifat antibakteria yang terdapat di dalam krim ini juga turut membantu untuk mengatasi masalah kulit agar lebih sihat, lembut dan berseri. Kulit akan kelihatan lebih segar dan sempurna dengan beberapa kali penggunaan.
Syahirah Hydra Soft 3x Moisturizing Cream
Syahirah menggunakan bahan-bahan semulajadi diimport dari Kepulauan Jeju. Dengan kandungan Tri-Flower Essence iaitu ekstrak Ginseng, Chamomile dan Green Tea, krim ini dapat memberi lembapan dengan hanya sekali sapuan sahaja. Ianya dapat mengurangkan penampilan penuaan seperti kedutan dan garis halus pada kulit wajah. Kulit anda akan kekal anjal dan tampil awet muda selepas memakainya. Krim ini mengurangkan iritasi serta memberi kebaikan antioksida seperti pencerahan kulit.
Clinelle Pure Swiss Hydra Calm Moisturizer Cream
Moisturizer daripada Clinelle ini mengandungi asid Hyaluronik yang dapat menyerap masuk ke dalam lapisan kulit dan memberi lembapan selama 72 jam. Diperbuat daripada Pure Swiss Thermal Spring Water, krim bertekstur ringan dan tidak melekit ini akan mengembalikan hidrasi dalam kulit anda agar kekal segar sepanjang hari.
Dilengkapi juga dengan Bio-Calm Complex yang dapat menenangkan ketegangan serta mempertingkatkan sistem pertahanan kulit. Krim pelembap ini tidak akan menyebabkan kulit anda menjadi iritasi, pedih atau merengsa.
Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel
Nature Republic Soothing and Moisture mengandungi 92% lidah buaya semulajadi, sesuai untuk melembapkan bahagian tubuh seperti muka, lengan, kaki dan rambut. Formula yang ringan dan bebas daripada paraben, minyak mineral dan warna tiruan, produk ini dapat membantu untuk memberi kelegaan pada kulit beriritasi dan gatal. Kaya dengan khasiat lidah buaya yang dapat merawat kulit yang bermasalah tidak kira alahan, sensitif dan juga kulit berjerawat.
COSRX Oil-Free Ultra Moisturizing Lotion
Produk jenama Korea ini sangat ringan untuk wajah, diformulasi tidak melekit, memberi hidrasi serta melembutkan kulit selepas beberapa kali anda menggunakannya. Dengan mengandungi 70% ekstrak Birch Sap, ianya dapat mengurangkan kemerahan dan iritasi pada kulit sensitif. Paling penting, pelembap ini dapat mengurangkan penghasilan sebum dan membaikpulih bintik hitam yang timbul pada kulit wajah.
4. Tabir Suria
Biore UV Perfect Milk SPF50+ PA+++
Sunscreen murah ini beri efek wajah kemasan matte serta mengembalikan tona kulit sekata. Formulanya jenis cecair dan ringan, menyerap dengan pantas ke dalam kulit. Anda perlu membersih dengan pembersih solekan kerana sifatnya yang kalis air dan juga tahan terhadap peluh. Sunscreen ini tidak akan meninggalkan sisa putih pada wajah dan amat sesuai digunakan tanpa solekan. Sesuai dijadikan sebagai asas solekan kerana sifatnya yang matte akan membuatkan solekan anda tidak tampak bercapuk dan ‘cakey’.
WATSONS Aqua UV Sun Protection Facial Gel SPF50++++
Teksturnya yang bersifat gel ringan dan nipis mudah menyerap dan tidak meninggalkan lekitan juga mempunyai efek penyejuk. Diperkaya dengan asid Hyaluronik dan ekstrak buah Raspberi, gel pelindung matahari ini akan membantu melembap dan menghidrat wajah. Amat sesuai juga untuk kulit sensitif kerana teksturnya bebas minyak dan bebas pewangi. Tidak membuatkan kulit wajah teriritasi atau merengsa.
YADAH Oh My Sun Slush SPF50+ PA+++
Sesetengah produk sunscreen memberikan warna kulit kelabu tetapi tidak pelindung matahari yang popular daripada Korea ini. Amat sesuai digunakan jika anda tidak mahu mengenakan solekan, dan ingin menggayakan wajah bare face. Formula sunscreen ini amat ringan dan melembap yang akan membantu melembutkan kulit anda. Kemasan yang matte dan juga bebas minyak akan membendung minyak dari kulit anda daripada berlebihan. Sunscreen ini juga tidak kalis air,terbaik digunakan untuk Muslim yang ingin berwuduk selepas memakainya.
CUREL UV Protection Face Milk SPF30 PA++
Mengandungi kadar SPF rendah kerana SPF tinggi akan menyebabkan kulit kegatalan. Melindung wajah dengan pelembap yang mengandungi Ceramide dan ekstrak Eucalyptus untuk melindungi kulit daripada kekeringan. Dengan Zinc Oxide sebagai penapis UV, ianya boleh digunakan ketika bersantai di pantai. Formulanya yang bebas warna, pewangi dan alkohol menjadikan ianya sunscreen terbaik untuk kulit sensitif.
Hada Labo Air Aqua UV (Fresh) SPF50 PA+++
Pelindung matahari yang berinovatif baru ini dirumus dengan 5 sistem pertahanan UV untuk spektrum lebih luas dan perlindungan terhadap UVA dan UVB. Selain melindungi kulit daripada matahari, krim ini juga bebas minyak dan anti-penuaan yang membantu menjaga keanjalan kulit serta menggalakkan pertumbuhan kolagen supaya wajah sentiasa bermaya dan anjal. Sifatnya anti-glycation pula membantu mengurangkan penampilan garisan halus, kedutan dan mengekalkan keanjalan kulit. Bukan itu sahaja, produk ini juga membekalkan Resveratol, Vitamin C dan asid Hyaluronik untuk kebaikan pencerahan dan hidrasi.
5. Krim jerawat
T3 Mycin Gel juga popular dan sering digunakan untuk merawat jerawat. Ia mengandungi Clindamycin Phosphate, sejenis anitbiotik lincosamide yang berfungsi dengan mengurangkan jerawat dan / atau menghentikan pertumbuhan bakteria kulit yang mnyebabkan jerawat.
Gel ini mudah meresap pada kulit dan tekstur juga sangat ringan. Ponds acne gel ni dapat mematikan jerawat secara perlahan-lahan. Produk ini tidak menyebabkan kulit wajah berminyak. Walaupun ponds gel ni tak dapat mematikan jerawat dalam masa sehari/dua hari tetapi ia mampu menghalang dan meredakan pertumbuhan jerawat.
Krim jerawat ‘legend’ ni memang popular sejak dari dahulu lagi! Ada 3 pilihan berbeza mengikut tahap keseriusan jerawat anda. Oxy 5 untuk jerawat biasa, Oxy 10 untuk jerawat degil dan Oxy Cover untuk krim jerawat yang hampir sama dengan warna kulit. Krim Oxy ni mengandungi BENZOYL PEROXIDE yang bertindak untuk merawat dan menghapuskan kuman penyebab jerawat.
Gel lutsinar krim jerawat ini mengandungi asid Salicylic untuk memulihkan kulit dari masalah jerawat dan membantu mencegah kadar pertumbuhan jerawat, mengecutkan saiz jerawat dan memperbaiki masalah kulit dengan cepat tanpa membuatkan kulit wajah terasa pedih.
MPS mengekalkan kelembapan kulit dengan tambahan Vitamin C, ia membantu mencegah jerawat serta kesannya. Diperkaya dengan ekstrak semula jadi untuk mengurangkan keradangan, kemerahan dan kesakitan pada kesan jerawat.
Aiken Tea Tree Oil Pimple Cream
Mengandungi minyak Tea Tree (Melaleuca alternifolia) untuk membantu melindungi kulit dari jerawat secara semula jadi tanpa mengelupaskannya seperti krim jerawat lain. Krim bebas minyak ini amat sesuai untuk jenis kulit yang berminyak dan sensitif. Dirumus khas untuk menyembuhkan kulit jerawat serta menghilangkan minyak berlebihan, mengawal kesan sinar (matte effect) dan menapis liang pori dari tersumbat. Tekstur krim ini mampu untuk menembusi jauh ke dalam lapisan kulit agar kelihatan lebih jelas dengan kemasan matte.
6. Sheet Mask
St. Ives Soothing Sheet Mask Oatmeal
Dibuat dari 100% bahan alami, lembaran masker milik brand Amerika ini hadir dalam 4 varian. Bagi pemilik kulit sensitif, boleh cuba St. Ives Soothing Sheet Mask Oatmeal. Seperti namanya, bahan utama dari sheet mask untuk kulit sensitif ini terbuat dari oatmeal yang ditugaskan untuk menenangkan dan melembabkan wajah.
Wardah Nature Daily Sheet Mask Green Tea
Sheet mask Wardah mempunyai 5, untuk memanjakan kulit sensitif, produk yang terbuat dari ekstrak green tea. Wardah Nature Daily Sheet Mask Green Tea menyejukkan dan mengurangkan kemerahan di wajah. Bahan-bahan alami yang dalam kandungan juga digabungkan dengan micro-particle-essence, supaya manfaatnya meresap terus dan membuat kulit sentiasa lembap.
Tony Moly Dr. Logy Sensitive Mask Sheet
Jenama kecantikan Korea ini telah beberapa kali mengeluarkan koleksi sheet mask, termasuk seri Dr. Logy. Hadir dalam 5 varian, satu diantaranya dirumus khusus untuk kulit sensitif. Tony Moly Dr. Logy Sensitive Mask Sheet mengabungkan chamomile, ekstrak lavender, dan herb complex yang kuat untuk menghidrasi kulit secara maksima serta menenangkan wajah yang sangat sensitif dan rawan terhadap risiko iritasi.
Benton Goodbye Redness Centella Mask Pack
Sheet mask untuk kulit sensitif dan berjerawat. Kerana formulanya boleh menghidrasi dan menenangkan iritasi yang diakibatkan oleh pelbagai punca. Kandungan utama sheet mask ini terdiri dari centella asiatica yang dikenal baik dalam menenangkan dan menyembuhkan jerawat. Sodium hyaluronate yang mampu membekalkan kelembaban kulit.
7. Sabun mandi
Salah satu punca terjadinya kulit sensitif adalah disebabkan kekeringan melampau atau alergi terhadap sesuatu produk. Dove menyediakan lembapan berpanjangan untuk yang memiliki kulit kering atau dehidrasi. Ianya sabun yang mengandungi kandungan nutrisi tinggi demi penjagaan kulit agar ianya kelihatan lebih bersih dan lembut. Diuji secara klinikal, sabun mandi ini terbukti sesuai untuk kulit sensitif walaupun bersifat hypoalergik. Gunakan secara konsisten untuk hasil sempurna!
Sabun mandi yang berformulasi bebas bau ini secara perlahan-lahan membersih, mencuci dan mengekalkan lembapan pada masalah kulit sensitif cenderung kering. Formula unik ini mengandungi otameal atau bijirin oat, terbukti berkesan dalam melawan masalah keradangan atau alergi. Skin Relief Body Wash dari jenama Aveeno ini juga membantu menghasilkan kulit yang nampak lebih lembut, segar dan sihat selepas hanya satu cucian.
Diperkaya dengan Witch Hazel serta ekstrak Aloe Vera, sabun Thayers Peppermint Body Bar ini mengandungi 100% bahan semulajadi yang akan membantu dalam meredakan keradangan kulit. Kandungan Peppermint yang terdapat dalam sabun ini pula akan memberi kesan kelegaan dan sensasi dingin sepenuhnya untuk kulit anda. Vitamin C dan E yang terdapat di dalam sabun ini pula mengekalkan keanjalan kulit agar sentiasa terhidrat sepanjang hari walaupun berada di bawah sinaran terik matahari. Berfungsi sebagai anti-radang, ianya bertindak menyerap oksigen untuk membuatkan kulit anda bernafas dengan sempurna.
Sebamed Liquid Face & Body Wash
Body Wash ini adalah produk 2-dalam-1 bersifat bebas alkali, diperkaya dengan nutrien penting bagi membersih dan melembap kulit wajah serta badan anda. Ia juga bersifat hypoallergenik, bertekstur lembut serta ringan. Selain daripada sifatnya yang sangat tinggi khasiat, produk ini juga disyorkan oleh pakar dermatologi yang dapat membersih kotoran dalam liang pori pada wajah dan badan tanpa menyebabkan kekeringan atau kerengsaan seperti sabun biasa di pasaran.
Anda sudah mencuba berpuluh produk malah masih menghadapi masalah kulit sensitif? Ini mungkin sabun yang digunakan mempunyai kadar pH yang tinggi dan beralkali. Kadar pH yang tinggi dalam sabun boleh menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif. Penyelesaiannya, gunakan sabun rendah pH seperti Eucerin pH5 Shower Oil ini. Produk ini mengandungi minyak semulajadi yang sesuai dengan kulit sensitif juga tidak memberi kesan melekit. Selamat tinggal kulit sensitif!
8. Losyen badan
CeraVe Daily Moisturizing Lotion
Ceramides atau, lemak yang berasal dari kolesterol membantu mengelak halangan kulit untuk mengekalkan kelembapan, sementara asid hyaluronik diketahui membawa 1000 kali beratnya dalam air, jadi kulit anda tetap terhidrasi tambahan. Losyen CeraVe ini yang mengandungi kedua-duanya. Ia bebas wangian sangat sesuai untuk jenis kulit sensitif, dan ia tidak terasa melekit atau berat pada kulit.
VASELINE Intensive Care Lotion Aloe Soothe
Diuji secara klinikal telah terbukti, losyen ini mampu untuk melembap secara mendalam bagi melegakan kulit dan keberkesanannya dapat dilihat dalam tempoh 3 minggu. Formula yang tidak berminyak ini menggabungkan ekstrak Aloe tulen dan titisan mikro Vaseline® Jelly untuk menjadikan kulit anda terasa lembap, sihat, segar dan licin. Menggabungkan penyembuhan titisan mikro Vaseline® Jelly dan lidah buaya, ianya mampu untuk menenangkan dan melegakan ketidakselesaan kulit bermaslaah. Losyen lidah buaya ini sesuai untuk melegakan kulit yang terbakar akibat pancaran matahari.
Diperkaya dengan bahan organik semulajadi seperti Virgin Olive Oil yang dapat menyerap ke dalam kulit lebih cepat bagi mengekalkan lembapan pada lapisan luaran kulit anda tanpa mengeringkannya. Dengan mengandungi Vitamin E, kulit anda akan membuatkan kulit terasa anjal. Tekstur berkrimnya pula mengandungi agen anti-penuaan yang dapat menghapuskan garis halus agar anda tampak awet muda. Berkesan untuk digunakan sebagai pelembap, anda tidak perlu risau kulit merengsa atau iritasi kerana kandungannya.
Menyembuhkan bekas luka, Bio-Oil Skincare Gel adalah produk yang boleh digunakan untuk wajah dan tubuh. Produk ini terkenal mampu memudarkan bekas luka dan mencegah stretch marks. Namun, sebenarnya gel ini boleh juga digunakan setiap hari di seluruh tubuh. Bio-Oil Skincare Gel sangat mudah menyerap pada kulit yang lembap usai mandi. Aromanya yang menenangkan berasal dari minyak calendula, lavender, rosemary, dan chamomile.
Naturals By Watsons Argan Bath & Body diformulasi dengan minyak Argan Morocco dan Vitamin E untuk menyuburkan dan menghidupkan semula kulit. Dikenali sebagai “cecair emas”, minyak ini meningkatkan keanjalan untuk kulit yang kelihatan muda dan berseri. Losyen untuk seluruh badan ini memberi lembapan harian dan meninggalkan kulit yang halus.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alia Bhatt Dedah Rahsia Kecantikannya, Hanya Bergantung Pada Bahan Ini. Kulit Berseri Dan Sekata!
Isi Kandungan
ToggleAlia Bhatt sentiasa mempamerkan penampilan tanpa solekannya, sama ada dalam filem atau di Instagram, dengan penampilannya yang sempurna, bercahaya dan berseri.
Salah satu rutin kecantikkannya minum banyak air, menggunakan produk penjagaan kulit yang sesuai untuk jenis dan keperluan kulitnya, serta bergantung pada remedi rumah mudah yang telah dicuba dan diuji olehnya.
“Saya rasa kulit seseorang adalah cerminan apa yang ada di dalam,” katanya dalam satu temu bual. Menjaganya dengan mudah adalah MO dia. “Saya hanya membiarkan kulit saya bernafas; melakukan terlalu banyak pada kulit anda hanya akan mengelirukan,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah Bintang Bollywood Cantik-cantik Belaka, Rupanya Ini Rahsia Wanita India
Remedi turun-menurun
Tetapi apa rahsia penjagaan kulitnya? Topeng DIY dengan ramuan yang telah diguna oleh ibu dan neneknya. “Saya rasa multani mitti sangat mengagumkan,” dia mengesahkan.
Multani mitti mampu menyerap lebihan minyak, kotoran dan peluh dari kulit, jadi ia boleh melakukan kerja pembersihan yang lengkap pada pori-pori dari dalam ke luar. Dalam proses ini juga, ia membantu untuk mengelakkan jerawat dan bintik hitam, kerana pori-pori lebih sihat dalam kes itu. Malah ia akan mengelupas kulit, mampu memudarkan pigmentasi, bintik hitam dan parut jerawat. Satu lagi faedah penting? Kesan penyejukannya! Kaya dengan magnesium klorida dan boleh membantu meredakan selaran matahari, ruam dan keradangan, malah membantu rawat calar, gigitan pepijat atau jerawat.
Bagaimana cara menggunakannya dengan sebaiknya? Sapukan pada topeng. Kesan mengetatkan pada kulit apabila ia kering sebenarnya boleh meningkatkan peredaran mikro, kerana ia merangsang pergerakan oksigen melalui kapilari di kawasan itu, menjadikannya penawar yang hebat untuk kulit kusam atau lingkaran hitam. Jadi, bagaimana untuk menghasilkan resepi masker muka yang diamalkan Alia Bhatt? Jom semak cara mudah yang anda boleh lakukan sahaja di rumah.
1. Pek muka Multani mitti
Rawatan muka yang sangat dia sukai ialah menggunakan masker muka Multani mitti. Berikut ialah pek buah Multani mitti yang menakjubkan yang berfungsi dengan baik untuk menghilangkan kulit sawo matang dan pigmentasi serta memberikan anda kulit berseri seperti Alia Bhatt.
Untuk menyediakan pek ini anda perlukan:
- Serbuk Multani mitti
- Dan pulpa betik
BELI SERBUK MULTANI MILTI DI SINI
Betik mengandungi enzim khas yang dipanggil papain yang membuang sel-sel mati dan kekotoran lain yang terdapat dalam kulit. Digabungkan dengan Multani mitti, ia menghasilkan ubat pemutihan kulit yang berkesan.
Cara penyediaan:
- Dalam mangkuk bersih ambil 1 sudu besar serbuk Multani mitti.
- Tambah 1 sudu besar pulpa betik.
- Campurkan dengan baik, jika konsistensi terlalu pekat, anda boleh menambah beberapa titis air mawar.
- Campurkan semuanya dan topeng anda sudah siap.
Cara penggunaan:
- Sapukan pes ini ke muka anda secara merata.
- Tunggu sehingga kering sepenuhnya.
- Basuh dengan air sejuk.
- Gunakan pek muka ini 3 kali seminggu untuk hasil yang terbaik
2. Ais kiub
Apabila Alia bangun dengan muka bengkak pada waktu pagi, dia hanya menyapu sedikit ais ke mukanya. Menggunakan ketulan ais pada wajah anda, bukan sahaja membantu mengurangkan muka sembab, ia menghalang tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus serta menjadikan kulit anda tegang. Ia juga membantu mencegah jerawat dan mengurangkan lingkaran hitam.
ARTIKEL BERKAITAN: Kulit Glowing Berseri Dengan Guna Kiub Ais Campuran Kunyit, Asam Jawa & Timun
5 Cara menggunakan DIY multani mitti di kulit dan rambut
1. Topeng rambut pembersihan mendalam untuk helai mudah pecah
Penimbunan produk penggayaan rambut, pencemaran alam sekitar dan peluh boleh mengurangkan rambut, menjadikannya kelihatan kusam dan rata. Campurkan multani mitti dengan cuka sari apel dan sapukan pada kulit kepala. Dua bahan ini mengandungi magnesium dan zink untuk merapikan rambut dan membersihkan kulit daripada sebarang kekotoran. Selain itu, sifat mengetatkan juga meningkatkan aliran darah ke folikel rambut, meningkatkan pertumbuhan rambut dalam proses itu. Yang terakhir ialah pengimbang pH yang kuat yang boleh menenangkan kulit kepala yang meradang dengan mengurangkan keriting rambut.
2. Rawatan untuk tempat jerawat yang meradang
Campurkan multani mitti dengan serbuk neem, dan emulsi dengan air. Campuran ini akan mengeringkan jerawat merah yang meradang dan neem berfungsi untuk secara aktif merawat jerawat dengan sifat antiseptik dan antibakterianya.
3. Pek muka yang menggelapkan untuk kulit berminyak
Campurkan multani mitti dengan jus tomato untuk menghasilkan topeng mengkilap yang akan menyerap semua minyak berlebihan sambil menjadikan pori-pori besar dan terbuka terdedah kepada bintik hitam menjadi lebih kecil, kerana tomato ialah astringen semula jadi yang berfungsi seperti penyegar tanpa mengeringkan kulit lagi.
4. Topeng pelembap untuk kulit kering dan kusam
Jika kulit mengelupas terdedah kepada garis-garis halus dan kusam adalah masalah anda, campurkan multani mitti dengan madu dan sapukannya sebagai topeng. Madu melembapkan, menjadikan kulit anjal dan melenting selepas itu. Apabila multani mitti disapu pada kulit sebagai pes lembap, ia menyerap semua lebihan gris pada permukaan. Apabila ia kering, pes mengetatkan, yang merangsang aliran darah apabila ia sejuk dan mengecut pada permukaan kulit. Hasilnya? Kulit muka yang memerah, lebih cerah.
5. Skrub badan yang melembut dan mengelupas
Campurkan oatmeal dengan multani mitti dan tambahkan air secukupnya untuk mengemulsi adunan nudah digosok. Oatmeal mampu meredakan sebarang keradangan pada kulit termasuk ruam dan kemerahan, manakala multani mitti mengeluarkan semua peluh, kotoran dan serpihan ke permukaan, supaya ia boleh dicuci.
Tiada apa yang lebih memuaskan hati seorang selebriti yang terkenal yang mementingkan penampilan. Kecantikan wajah dan badan adalah asset bagi mereka menjayakan segala watak dalam setiap lakonan. Jadi septikal cantik perlu berduit, sama sekali salah kerana rutin kecantikan itu tidak sepertinya dari produk yang mahal malah boleh didapati di dalam rumah anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Kulit Putih Gebu Secara Semulajadi, Ikuti 5 Petua Mudah Ini
Isi Kandungan
TogglePasti semua wanita idamkan kulit yang putih gebu dan terdapat banyak cara untuk dapatkannya, sama ada secara semulajadi atau moden dengan penggunaan ubat. Tetapi kita harus faham bahawa kulit kita tidak semuanya sama disebabkan pelbagai faktor dan satu cara yang berkesan untuk seseorang tidak semestinya berkesan untuk orang lain.
Oleh itu, di bawah ini disenaraikan beberapa pilihan yang ada, supaya anda boleh melakukan eksperimen sehingga anda jumpa yang terbaik untuk anda.
#1. MINUM AIR MASAK
Pertama sekali iaitu merupakan perkara asas yang sepatutnya diberi perhatian penting tetapi kita selalu ambil mudah adalah pengambilan air yang mencukupi. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari bagi memastikan sistem dalaman anda dapat berfungsi dengan baik. Badan kita perlukan air sebanyak itu setiap hari bagi membantu dalam menggantikan sel-sel yang mati dan terutama sekali kulit kita juga akan kelihatan putih jika ia diamalkan.
Perasan atau tidak, penjual water filter lebih arif tentang ini. Mereka sudah lama tahu, dengan minum air bersih, ia satu cara memutihkan kulit yang paling asas. Bila kandungan air cukup, kulit jadi cantik. Jangan malas-malas minum air lagi.
#2. GUNA AIR BERAS
Seterusnya adalah dengan menggunakan air beras. Ramai yang tahu bahawa beras atau nasi adalah makanan ruji kita, tetapi berapa ramai yang tahu bahawa air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara semulajadi? Dengan hanya berendam menggunakan air beras selama 15 minit sehari dan lakukannya dua kali sehari; anda boleh lihat kulit anda lebih putih dalam masa beberapa minggu. Selepas ini, jangan buang terus air berasa. Gunakan ia sebagai salah satu cara memutihkan kulit.
#3. GUNA LIMAU NIPIS
Petua ketiga cara memutihkan kulit adalah dengan menggunakan limau nipis. Hiris sedikit sebiji limau dan sapukan ke permukaan kulit dan pastikan air limau tersebut mengenai bahagian tubuh yang anda ingin putihkan dan biarkan selama 30 minit ke 1 jam. Ia boleh diamalkan setiap hari dan perubahan dapat dilihat dalam masa beberapa minggu.
#4. GUNA LIDAH BUAYA
Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai ‘aloe vera’. Anda boleh cuba amalkan menyapu sedikit lendir lidah buaya tersebut pada kulit sebelum tidur kerana ia bukan sahaja boleh memutihkan, malah melicinkan kulit. Amalkan setiap malam dan anda pasti boleh lihat kemujarabannya dalam masa beberapa bulan.
#5. GUNA BIJI TOMATO
Cara memutihkan kulit yang nombor lima di dalam senarai ini adalah dengan menggunakan biji tomato. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan meratakan air suam ke bahagian kulit dan potong buah tomato tersebut kepada menjadi separuh atau 2 bahagian.
Ambil tomato yang telah dipotong tersebut dan cicahkan dengan gula kemudian gosokkan ke permukaan kulit anda dan biarkannya selama 5-10 minit. Sebiji tomato boleh digunakan sebanyak 2 kali, oleh itu lakukannya sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam.
Bonus: Tips terakhir cara memutihkan kulit secara semulajadi adalah dengan mengelakkan diri dari terdedah dengan sinaran matahari. Mungkin tidak semua orang dapat melakukannya kerana ia bergantung kepada kerjaya seseorang individu tersebut.
Tetapi jika boleh, sila kurangkan dari berjemur di tengah panas di bawah sinaran matahari yang terik kerana sudah semestinya jika anda selalu terdedah; kulit anda akan bertukar kehitaman secara semulajadi kerana tindakbalas kulit anda dengan sinaran matahari tersebut.
Tidak perlu guna produk yang mahal, ubat-ubatan atau suntikan. Penggunaan bahan semulajadi sudah cukup.
Selamat mencuba!
Sumber: Siraplimau.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI