Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) suamilah yang akan menjadi wakil keluarga untuk membeli barang-barang keperluan rumah. Jika dahulu tanggungjawab itu digalas oleh si isteri namun dalam tempoh PKP ini para suami mengambil alih tugas tersebut.
Posting seorang wanita ini yang berkongsi tentang list barang yang diberikan kepada suaminya, berjaya ‘mencuri hati’ pelakon dan pengacara popular, Neelofa.
Lain macam senarai barang yang kena beli hari ini. Patutlah semalam dia letak sendiri dalam beg. Hahaha..
Rasanya jelas dan faham senarai ni. Siap ada gambar dan penerangan terperinci. Tapi hati ni berdebar pulak. Tak tahu kenapa. Risau ada, cemas pun ada.
Posting yang dibuat oleh Nora Azni ini berjaya mencuri perhatian Neelofa.
Dan ini pula respon daripada suami, Nora Azni.
Walau apapun, tidak dapat dinafikan isteri itu memang pengurus terbaik urusan rumah tangga. Hijabi-hijabi di luar sana patut bangga sebab kaum wanita tonggak rumah tangga.
Sumber kredit: Nora Azni Akhtar Syamir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Nak Sihat & Tak Mudah Sakit, Elak Mandi 30 Minit Setelah Tiga Waktu Solat Ini
Cuaca di negara kita ini memang tidak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Bila panas, anda akan terasa bahangnya hingga anda mengambil keputusan untuk mandi. Tetapi sebelum anda mandi, sebenarnya ada beberapa waktu anda tidak dibenarkan mandi kerana ia ada kaitan dengan kesihatan.
Antara waktu anda dilarang mandi adalah:
1. 30 Minit Setelah Solat Asar
30 minit selepas solat Asar merupakan waktu di mana darah anda ketika itu sedang panas. Jika anda mandi, ia akan menyebabkan badan menjadi penat untuk melakukan sebarang pekerjaan.
2. Selepas Maghrib
Jantung anda selepas Maghrib akan mula lemah untuk melakukan pekerjaan. Kajian menunjukkan bahawa jika anda mandi selepas Maghrib, ia akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan menyebabkan paru-paru berair.
3. Selepas Isyak sehingga jam 12.00 malam
Selepas solat Isyak, jantung akan berhenti bekerja dan akan berehat. Jika anda mandi pada waktu itu, ia akan menyebabkan kerosakan jantung kerana dimasuki air.
Sebaiknya, mandi satu jam selepas jam 12.00 malam iaitu antara jam 2.00 hingga 3.00 pagi. Ia akan memberi tenaga pada badan seperti bateri lemah yang telah dicas semula.
Sumber: mukjizat-ilmu.blogspot.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kening Tak Lebat Dan Jarang. 3 Cara Semulajadi Ini Tak Menyakitkan Tanpa Sebarang Pembedahan.
Adakah anda mengidamkan kening yang tebal dan lebat? Sama seperti rambut dan kulit anda, kening juga memerlukan perhatian sewajarnya, kerana ia memainkan peranan penting dalam menentukan wajah dan rupa anda.
Setiap wanita menginginkan kening berbentuk sempurna, tetapi tidak semua orang dikurniakan dengannya. Anda boleh mencari penyelesaian yang sempurna hanya di rumah anda sendiri. Bawang adalah salah satu bahan dapur dengan banyak nutrien, yang bermanfaat untuk menjadikan kening lebih tebal secara semula jadi. Jom lihat cara menggunakan jus bawang & minyak bawang untuk pertumbuhan kening lebat.
Berikut adalah 3 cara menggunakan Bawang untuk Pertumbuhan Semula Kening:
1. Serum bawang untuk tumbuhkan kening
Singkirkan semua produk kimia mahal anda dan ucapkan hello kepada serum pertumbuhan kening semulajadi. Jus bawang yang dicampur dengan gel Aloe Vera adalah serum semulajadi terbaik yang menggalakkan pertumbuhan rambut.
Anda perlu:
- 2 sudu teh Gel Aloe Vera
- 1 sudu teh Jus Bawang
- Minyak Pati Lavender (untuk bau yang sedap)
Cara membuat dan menggunakan:
- Campurkan 2 sudu teh gel Aloe Vera, 1 sudu teh jus bawang dan beberapa titis minyak pati lavender bersama-sama.
- Urut serum ini ke dalam kening selama beberapa minit atau sehingga ia diserap.
- Biarkan selama sekurang-kurangnya 30 minit atau anda boleh biarkan semalaman (kerana serum cepat meresap dan tidak melekit). Bilas dengan air sejuk.
- Ulangi ini setiap hari selama 3 minggu untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Anda boleh membuat serum ini dalam kuantiti yang lebih dan selebihnya disimpan di dalam peti sejuk.
Faedah:
Bawang kaya dengan sulfur dan aloe vera mengandungi aloenin. Apabila dicampur bersama, kedua-duanya berfungsi untuk menyuburkan dan meremajakan rambut. Aloe Vera sarat dengan banyak nutrien dan merangsang folikel rambut kening anda, sekali gus menggalakkan pertumbuhan rambut. Serum ini menghidratkan rambut anda dan mengelakkan kerosakan.
2. Minyak bawang
Gantikan produk penjagaan kening anda, minyak bawang untuk masalah pertumbuhan kening. Bonusnya untuk menggunakan minyak buatan sendiri ini ialah ia tidak mahal.
Anda perlu:
- 4 sudu besar Minyak Kelapa
- 1 Bawang kecil – saiz sederhana
Cara membuat dan menggunakan:
- Kupas bawang dan basuh dengan teliti. Potong menjadi kiub kecil. Satukan kiub bawang dan 4 sudu besar minyak kelapa. Pastikan anda menggunakan minyak kelapa dara tambahan.
- Panaskan minyak sehingga nampak bawang berubah warna. Tutup api selepas beberapa minit dan biarkan adunan sejuk.
- Tapis minyak dan simpan dalam balang mason kecil. Tuangkan setitik minyak bawang pada hujung jari anda dan sapukan pada kening.
- Urut minyak ini ke dalam kening anda selama beberapa minit untuk melancarkan peredaran. Biarkan semalaman dan biarkan kening anda mengambil semua kebaikan minyak.
- Keesokan paginya, bilas. Ulangi ini setiap hari selama sebulan untuk hasil yang maksimum.
Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan minyak Zaitun Extra Virgin atau minyak Castor sebagai ganti minyak kelapa.
Faedah:
Keadaan minyak pertumbuhan kening bawang dan melembapkan rambut dan bagus untuk meningkatkan peredaran darah. Minyak kelapa boleh membantu dalam menguatkan akar rambut, dengan itu menggalakkan pertumbuhan rambut. Malah minyak ini mengunci lembapan dan membantu anda mencapai kening yang lebih lebat.
3. Jus Bawang
Jus bawang adalah kaedah semula jadi dan paling mudah untuk kening tebal. Jus bawang mentah adalah penyelesaian terbaik, kerana ia tidak mempunyai sebarang kesan sampingan dan anda mendapat hasil yang diinginkan dalam masa yang singkat.
Anda perlu:
- 1 biji bawang kecil – saiz sederhana
- Minyak pati pudina (pilihan)
Cara membuat dan menggunakan:
- Kupas bawang dan basuh dengan teliti. Potong menjadi kiub kecil. Masukkan kiub bawang ke dalam pemproses makanan dan kisar untuk membuat pes halus. Ekstrak jus dan tambah beberapa titis minyak pati pudina. Celupkan kapas dalam jus bawang dan sapukan pada kening anda. Biarkan semalaman.
- Bilas dengan air keesokan harinya. Gunakan kaedah ini setiap hari selama sekurang-kurangnya 2 minggu.
- Anda boleh menggunakan sisa jus bawang untuk mengurut pada kulit kepala anda untuk pertumbuhan rambut.
Faedah:
Jus bawang menguatkan rambut rapuh dan menghalang keguguran rambut. Ia menyuburkan folikel rambut yang membantu kening anda tumbuh lebih cepat. Manakala minyak pudina mempunyai kesan menyegarkan dan menyejukkan. Jadi, apabila digunakan semalaman, ia melegakan tekanan dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dambakan Kulit Mulus, Meski Usia Semakin Meningkat? Dua Petua Ini Dikongsikan Scha Al-Yahya Khas Buat Hijabi!
Memiliki raut wajah yang awet muda sememangnya menjadi impian setiap wanita. Awet muda tidak hanya membuat wajah menjadi nampak lebih muda dari usia sebenar, malah memiliki kulit yang sihat di usia yang tidak ‘muda’ pastinya membuatkan hijabi lebih yakin kepada diri sendiri.
Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk merealisasikan impian mempunyai kulit yang tampak muda, seperti pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya meski dah berusia kulit tetap kelihatan seperti 20 an tau!
Meski Berusia 40-an Scha Masih Amalkan Dua Rutin Kecantikan Ini
Bekas Juara Dewi Remaja 2005 / 2006 ini yang juga merupakan suri hati kepada pengacara, Awal Ashaari ini baru sahaja meraikan ulangtahun kelahiran yang ke-40 tahun pada 30 Mei lalu.
Wah, nampaknya Scha dah masuk 40 series! Tapi macam tak percaya je Scha dah masuk usia ‘emas’. Kalau cakap usia 20-an pun ramai yang percaya. Memang awet muda sungguh, tak makan dek usia apakah rahsianya?
Hijabista berkesempatan menemubual Scha Alyahya di sebuah acara baru-baru ini dan mendapatkan pandangan serta rutin kecantikan beliau di usia 40-an. Ini respon yang diberikan oleh ibu kepada dua cahaya mata comel Lara Alana dan Lila Ameena ini.
Menurut Scha dia akui, apabila semakin berusia, dia juga tidak dapat lari dari menerima kesan penuaan seperti garis-garis halus pada wajah.
“Tak nampak ke kat mata saya dah ada garis-garis, dekat leher saya dah ada kesan penuaan, tapi lighting sekarang hebat.
“Memang ada nampak kesan penuaan tu, tapi Scha apa-apa pun, macam orang lain cakap lah, kena ada SPF, Scha itu je,” ujarnya.
Artikel berkaitan: 12 Gaya Skarf Scha Yahya Curi Tumpuan. “Kalau Pakai Hijab Chantik Teruk Ni…”
Untuk pengetahuan Hijabi, antara kebaikan menggunakan produk yang mempunyai SPF pada wajah adalah bertujuan untuk melindung dan menjaga kesihatan kulit. Ini kerana SPF memiliki kandungan nutrisi dan vitamin yang sangat baik untuk kulit anda.
Malah, kandungan SPF yang sering digunakan dalam krim pelindung matahari (sunscreen) juga dapat mampu meremajakan kulit dengan memperlahankan kesan penuaan serta menjaga kecerahan dan kebersihan kulit setiap masa!
Scha Lakukan ‘Facial Treatment’ Dua Kali Setiap Bulan
Ketika ditanya, adakah Scha masih percaya untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan tubuh badan dengan hanya menggunakan bahan-bahan alami (Au Naturale), Scha menjelaskan bahawa dia percaya dan mengamalkanya dalam kehidupan seharian.
Dalam masa yang sama, katanya melakukan rawatan pemulihan kulit wajah seperti rawatan Facial di pusat kecantikan (SPA) juga merupakan rutin wajib yang diamalkan Scha iaitu sebanyak dua kali setiap bulan.
“Of course masih percaya bahan-bahan alami dan semulajadi (Au Naturale), mereka kata kurangkan gula, jadi itu je yang Scha lakukan!”
“Facial kena buatlah, tipu lah kalau tak buat facial atau benda-benda tu. Kita tetap ada lakukan rutin tu, sebulan dua kali,” Jelasnya.
Untuk rekod, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari mendirikan rumah tangga pada 2012 dan hasi perkongsian hidup berkenaan, kehidupan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Lara Alana dan Lila Ameena.
Sumber: Instagram Scha Al-Yahya
Artikel berkaitan: Awal Ashaari Dan Scha Alyahya Selamat Tiba Di Mekah, Tunaikan Ibadah Umrah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI