Jika sebelum ini kebanyakan daripada kita memilih untuk ke Lopburi, Thailand bagi menyaksikan keindahan bunga matahari kerana jarak yang berdekatan dengan Malaysia, kini anda tidak perlu lagi ke sana kerana ladangnya sudah terdapat di negara sendiri.
Bagi peminat setia bunga matahari, pastinya anda tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri bunga matahari ini di ladangnya yang kini dibuka di Taman Ular dan Reptilia, Kangar, Perlis.
Untuk pengetahuan umum, ladang bunga matahari ini sudah mula dibuka pada orang ramai sejak Julai tahun lalu.
Dengan harga tiket serendah RM6 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak), anda boleh bergambar dan ber‘OOTD’ berlatar belakangkan pemandangan yang indah sepuas hati di sana.
Di sana juga anda dapat melihat dan mengenal lebih 150 spesis ular. Menarik bukan!
Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang, anda bolehlah mengajak keluarga atau teman-teman berkunjung ke sini apabila ke Perlis nanti. Pastinya anda akan teruja.
Untuk makluman lebih lanjut mengenai destinasi menarik ini, anda bolehlah mendapat segala infonya di page mereka di bawah ini.
Taman Ular Dan Reptilia Negeri Perlis