Semalam menyaksikan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang dalam satu istiadat di Istana Abu Bakar.
Tunku Azizah Aminah Maimunah adalah Tengku Ampuan Pahang kelima dalam kesultanan era moden.
Turut dimasyhurkan Tengku Hassanal Ibrahum Alam Shah Al-Sultan Abdulah sebagai Tengku Mahkota Pahang dan seterusnya dilantik Pemangku Raja Pahang.
Majlis pemasyhuran ini dilakukan penuh adat istiadat ini pada jam 11 pagi di Istana Abu Bakar, Pekan Pahang.
Dalam perkembangan zaman digital kini menyaksikan netizen turut mengucapkan tahniah atas pemasyhuran kedua-duanya.
Malah mereka turut memuji penampilan Tunku Azizah Aminah Maimunah yang cukup cantik, jelita dan penuh kesantunan.
Pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim yang diberi tanggungjawab untuk menjadi ‘Tukang Jahit’ untuk menyiapkan busana sempena majlis permasyhuran berkenaan.
Dalam posting di Instagram beliau, Datuk Rizalman turut berkongsi momen di sebalik tabir sesi fotografi bersama keluarga Diraja ini.
Beliau memberitahu tidak pernah termimpi diberi kepercayaan untuk menjadi ‘Tukang Jahit’ pada Tuanku berdua. Apatah lagi menurutnya dapat bergambar bersama Baginda Tuanku.
Datuk Rizalman juga akan menjadikan momen berkenaan sebagai khazanah cukup berharga buat diri beliau selamanya.
Bukan busana Baginda Tuanku sahaja beliau diberi kepercayan untuk menjadi ‘Tukang Jahit’ tetapi juga kesemua busana puteri-puteri Baginda berdua sempena majlis pemasyhuran berkenaan.
1st Class Tukang Jahit & Rekaan Terbaik
hayati_nma 1st class punya tukang jahit
noorainireef5596 Alhamdulillah.. Niat ikhlas dlm berkhidmat… Tahniah
miera223 Alhamdulillah rzk xsalah alamat…Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa tahu….ini la nama rzk Dato’ @rizalman71 … Alhamdulillah
_shaannuar_ Omg mmg rekaan datuk @rizalman71 terbaik
Cantiknya Permaisuri Dengan Busananya
pie_rashid Subhanallah..cntiknya permaisuri..tmbh cntik dgn busananya..
akubudakmelaka Smoga rekaan pakaian permaisuri menjadi ikutan kpd rakyat…
sawfa.mo tahniah. cantik baju permaisuri.
hazwanitajuddin Love design bj kurung permaisuri..lawa sg
Moga Dimurahkan Rezeki
cikguieta Tahniah Tuan @rizalman71 . Semoga dimewahkan rezeki. Aamiin.
recorncars Semoga bertambah rezeki Dato” @rizalman71
didie_hasmie Tahniah dato @rizalman71, semoga terus dimurahkan rezeki. Idol
SUMBER: HARIAN METRO
KREDIT FOTO: INSTAGRAM RIZALMAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI