Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti menginginkan momen manis itu dikenang seumur hidup.  Maklumlah berkahwin hanya sekali dan rugi jika tidak menikmatinya dengan cara tersendiri.

Dalam dunia tanpa sempadan ini, pelbagai cara dilakukan dan ada antaranya menjadi viral. Misalnya baru-baru ini pasangan dari Terengganu berkahwin dengan menggayakan baju yang sangat simple hingga mendapat perhatian pengguna laman sosial.

Walau apa jua caranya, nawaitu tetap sama iaitu bagi memastikan majlis perkahwinan dikenang hingga ke akhir hayat.

Bagi selebriti, Anis Al-Idrus dan pasangannya, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim, majlis kahwin mereka juga tidak terkecuali mencetus viral. Ini adalah gara-gara mereka tampil hipster di majlis perkahwinan dengan menyarung sneakers hingga mendapat perhatian netizen.

[LIVE UPDATE] . ???? AIMAN RAFZAN & ANIS AL IDRUS WEDDING DAY . @aimanrafzan x @anisalidrus . Officially brought to you by: Venue | @delamaneventspace Official Photographer & Liveupdate | @kaki5photo Official Videographer | @k5motion Aiman’s Personal Photographer | @munaphotography PA System | @kentanghijauproduction MCP Live feed | @promedia Photobooth | @photoboothmy . Beautiful setup by: Pelamin & decorations | @weddingbymac Catering & Chiavary Seating | @rosekatering Transparent Canopy and decorations | @dualaris Dulang hantaran | @deannacreations Wedding cake | @senduk_besi Welcome board | @kadkahwinsignature Thank You Card Doodle design | @finieramosdesign VIP Roses | @keishabouquet.my . Cant thank you enough for this: Hantaran cupcakes | @thesmallcakes @cakeliciousmy @dygkuzue Chocolate box | @kadkahwinsignature Surah Yasin | @kizdoorgift Wedding cards | @kadkahwinindah Exclusive wedding cards | @kadkahwinsignature Guestbook | @handmadeguestbook AAI Team Attires | @damyaamycouture . Anis’s: Dress | @miroljonit_official Scarf | @anisalidrus.co Crown | @habibjewelsofficial Stylist | @scarfsweethoney Contact Lens | @rania_lens_empire MUA | @puterimonarozania_makeupartist Hand Bouquet | @byprettypetals . Aiman’s : Baju Melayu | @miroljonit_official MUA | @makeupbyneasonia . #aimananis #aimananiswedding #AAinfinitylove #aimananisinfinitylove #7717

A post shared by Mrs. Aiman Rafzan ???? (@anisalidrus) on

Dalam satu temu bual, Anis memberitahu memilih sneakers kerana mahukan keselesaan untuk bergerak ketika melayan tetamu di majlis dan bimbang tergelincir jika memakai tumit tinggi.

Sneakers yang digayakan Anis telah mencetus viral kerana jarang pengantin memilih kasut kanvas di hari bahagianya. Jika diteliti pembuatan sneakers ini juga  cukup menarik dan lain daripada yang lain. Siapa agaknya orang yang mereka dan menghias kasut ini sebegitu cantik dan cukup kemas pembuatannya.

Apa yang bermain di fikiran, berapa lama masa diperuntukkan untuk menyiapkan detailing sneakers berkenaan. Admin berjaya menemui pereka dan penghias sneakers ini yang sebelum itu dia juga tidak tahu siapa empunya kasut berkenaan.

IKLAN

Minat Hiasan Kraf Sejak Kecil

Pemilik nama Kamaliza Kamaruddin ini, berusia 43 tahun dan berasal dari Kg Selekoh Bagan Datuk Perak. Beliau sudah 5 tahun menceburkan diri dalam bidang rekaan kasut terutama untuk majlis perkahwinan ataupun makan malam.

“Sebenarnya sejak kecil lagi saya sudah minat membuat DIY kraf untuk kelengkapan rumah juga hiasan manik pada baju. Oleh kerana minat mendalam saya mula menceburi benda baru dengan menghias kasut pula.

“Selalunya saya mendapat tempahan menghias kasut untuk majlis perkahwinan ataupun majlis makan malam.  Bermula sebagai hobi dan kemudian menjadikannya sumber pendapatan,” jelas Kamaliza yang menggunakan nama Leeza Kamaruddin untuk bisnes ini.

Kasut Lain Yang Dapat Sentuhannya

Antara kasut rekaan leeza

Bercerita mengenai hiasan kasut kahwin Anis, Leeza memberitahu menerima tempahan daripada pihak produksi KASUT PENGANTIN (LADIES SHOES) tanpa banyak soal. Selalunya dia menerima tempahan untuk kasut jenis pumps dan wedges.

Tetapi kali ini cabarannya berbeza apabila diberikan sneakers yang tidak pernah dibuatnya sebelum ini.

IKLAN

[su_highlight background=”#fb99ff”]“Agak lama juga saya memikirkan apa hiasan untuk digarap pada sneakers ini. Hampir seminggu barulah idea itu datang dan saya mula mencari material sesuai. Untuk memberikan kelainan, saya menggandingkan material ‘Prada Lace, Glass Pearl dan juga Rhinestone’.[/su_highlight]

“Dalam masa membuat itu, saya terfikir juga siapalah empunya kaki yang akan menyarung sneakers ini nanti.

“Info yang saya dapat cuma memberitahu, pemiliknya gemarkan kelainan dan seorang yang sempoi. Dalam pada itu saya sebenarnya ‘on and off’ menyiapkan sneakers ini kerana turut memberi tumpuan pada tempahan manik dan lace untuk kasut pengantin lain,” ceritanya lagi yang menerima dugaan terbesar ketika sedang menyiapkan sneakers viral ini.

Leeza Di samping Anak Daranya Yang Supportive

Sedang sibuk menyiapkan tempahan, Leeza dikejutkan dengan pemergian bonda tersayang, Allahyarhamah Kamsiah Ashaari  yang meninggal dunia seminggu selepas Syawal lalu.

[su_highlight background=”#fb99ff”]“Kehilangan bonda memang buat kami cukup terkesan. Saya serta adik beradik lain memang rapat dengan bonda dan pemergiannya amat dirasai hingga kini.[/su_highlight]

IKLAN

“Namun, dalam masa sama saya perlu menyiapkan tempahan yang telah diterima termasuk kasut ini. Saya cuma ada 3 hari untuk menyiapkan ‘detailing’ sneakers berkenaan.

“Seperti karya sentuhan saya sebelum ini, saya memang akan fokus mengikut naluri dan memberikan yang terbaik agar semua pihak berpuas hati. Segala idea dan kreativiti saya curahkan pada penghasilan hiasan kasut ini.

Proses Menyiapkan Sneakers Viral

Kasut Viral Persandingan Anis Al Idrus

“Saya tidak tahu empunya sebenar sneakers ini adalah seorang selebriti. Saya cuma tahu Anis yang akan memakainya untuk hari perkahwinannya pada pagi Sabtu melalui status dalam laman IGnya.

“Saya cukup berbesar hati jika dapat bersua dengan pemilik kasut yang pada saya cukup istimewa ini. Ada momen terindah di situ kerana ketika menyiapkannya saya masih lagi bersedih dengan kehilangan bonda tersayang,” jelas Leeza yang mengakui hanya bekerja di belakang tabir.

Turut Terima Tempahan Dari Luar Negara

Admin cukup kagum dengan hasil kerja Leeza yang begitu prihatin menyiapkan detailing pada kasut ini. Kemasan pada kasut ini memberi gambaran kerja yang dihasilkan adalah melalui jiwa dan hasil kerja yang ikhlas.

Leeza juga mempunyai FB sendiri iaitu Kasut Pengantin Elza yang memuatkan gambar koleksi kasut yang pernah mendapat sentuhan tangannya. Menurut pereka yang tinggal di Petaling Jaya dia juga turut menerima tempahan hiasan kasut dari dalam dan luar negara.

KREDIT FOTO: IG ANIS ALIDRUS

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI