Semakin mendapat perhatian selepas berhijab, Hannah Delisha,24, mengakui karakter lakonannya sebagai Amani dalam drama Cinta Sekali Lagi menguatkan keinginannya untuk mengubah penampilan diri.

“Jika diikutkan, saya sudah terdetik untuk memakai tudung agak lama juga. Namun, saya perlu habiskan penggambaran drama Cinta Sekali Lagi. Kalau nak tahu, watak saya sebagai Amani dalam drama itu yang membuatkan saya rasa lebih ingin bertudung.

“Saya cakap kepada diri saya, ini masanya untuk saya memakai tudung kerana niat hati saya dah semakin hari semakin kuat,” katanya.

Percaya Rezeki Dari Tuhan, Hannah Delisha Jaga Batas Sebagai Wanita Berhijab

Sebelum ini, dia juga tidak terlepas daripada rasa tertanya-tanya samada penampilan baharunya ini akan memberi kesan kepada kariernya yang sedang melonjak naik ketika ini.

“Pernah terlintas dalam fikiran, selepas saya bertudung, bagaimana dengan urusan kerja? Mungkin ada kerja tertentu yang saya terpaksa tolak. Namun, saya yakin bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Jadi, tak perlu timbul rasa risau kerana saya sentiasa serahkan bab rezeki kepadaNya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Ads

Selepas bertudung, Hannah juga menjelaskan dia kini semakin tenang menjalani kehidupannya.

“Saya tak perlu lagi risau mengenai rezeki dan sebagainya kerana semuanya sudah diatur dengan baik oleh Allah. Sejujurnya, kehidupan saya kini juga menjadi lebih tenang dari semua sudut,” luahnya.

Percaya Rezeki Dari Tuhan, Hannah Delisha Jaga Batas Sebagai Wanita Berhijab

Ads

Dipuji ramai kerana lakonan antagonisnya yang mantap sebagai Amani, Hannah merasakan watak jahat masih akan menjadi pilihannya kerana dia ingin meneroka lebih jauh watak sebegitu.

“Walaupun kini saya sudah bertudung, itu tidak menjadi penghalang untuk saya terus berlakon dan menerima watak antagonis. Dalam dunia realiti, kita semua sedia maklum bahawa ada juga orang yang bertudung, tetapi memiliki hati yang jahat.

“Sekiranya lakonan watak yang saya bawakan itu mampu memberi pengajaran kepada penonton, tentunya saya akan terima. Apa pun, semuanya berbalik kepada skrip. Sekiranya skrip itu menarik dan saya minat, tentunya saya akan teruskan,” katanya.

Ads

Ditanya mengenai babak intim yang akan dilakonkan selepas ini, Hannah ternyata mempunyai prinsipnya yang tersendiri.

“Untuk melakukan sesuatu babak romantik, pelakon tidak semestinya perlu bersentuhan. Yang penting adalah bagaimana situasi romantik itu dibawakan dan paling penting adalah teknik kamera,” ujarnya.

Percaya Rezeki Dari Tuhan, Hannah Delisha Jaga Batas Sebagai Wanita Berhijab

kredit: Harian Metro

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI