Percaya Pada Rezeki, Nubhan Tak Pernah Paksa Isteri Tinggalkan Kerjaya Sebagai Doktor Gigi

Share

Penyanyi kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia musim keenam, Nubhan, menafikan tomahan yang mengatakan isterinya, Dr. Afifah Tawfek, berhenti kerja sebagai doktor gigi kerana ditamatkan kontrak.

Jelasnya, isterinya sendiri yang memutuskan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa biarpun mendapat tawaran posisi tetap di hospital kerajaan pada bulan Jun yang lalu.

Luah Nubhan di laman Instagramnya, dia percaya pada rezeki Allah dan langsung tidak pernah memaksa isterinya untuk berhenti kerja.

Amboi sedap mulutnya cakap wife saya tak diseraplah, propalah, tamat kontraklah. Macam- macam lagi…

Sejak dia dapat tawaran permanant dan diserap ke kerajaan, saya serahkan 100% pada dia untuk memilih. Alhamdulillah keluarga adalah keutamaan dia.

Saya tak paksa isteri untuk kerja dan tak paksa dia untuk berhenti kerana keluarga saya adalah tanggungjawab saya. Tak apalah, pendapat orang macam-macam. Ada yang cakap masa depan isteri saya bakal musnahlah. Tapi fikir ke? Entah-entah masa depan dia makin gemilang lepas ni? Mana tau kan?

🤣 Sebab kita bukan tuhan.

Dulu masa wife saya bekerja, dikatanya aku mengikis duit bini 🤣. Sekarang dah tak kerja, meh duit kau aku nak kikis 🤣🤣🤣

Dia sebaik perancang, Dia juga menentukan rezeki kita masing-masing. Ramai yang tau tapi mungkin kurang mengerti. Apa orang-orang ini kurang yakin dengan rezeki Allah? Mungkin juga hidup-hidup kalian rasa megah dan bahagia di mata manusia? So go ahead dengan setiap pandangan dan andaian kalian.

Doakanlah yang baik-baik. Kitakan sesama umatnya di muka bumi ini…ilmu tinggi adab tak ada pun tak ke mana jugak…Tapi macam mana yang tiada ilmu dan tiada adab eh?

🤔🤔🤔 Boleh sesiapa tolong jawabkan? Saya keliru ni 😑

Benarlah apa yang dikatakan oleh Nubhan itu. Lebih baik kita perbaiki dahulu hidup kita sebelum kita menilai kehidupan orang lain. Percayalah pada rezeki Tuhan kerana Dia sebaik-baik perancang.

Published by
Team Hijabista