‘Percaya Pada Rezeki Allah’- Umie Aida Kongsi Tip Masuki Taman Syurga Raudhah Dengan Mudah

Share

Memasuki taman syurga Raudhah menjadi impian setiap muslim yang berkunjung ke Masjid Nabawi di Madinah. Setiap daripada kita pastinya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjejakkan kaki ke situ walaupun terpaksa berebut dengan mereka yang lain.

Dahulunya Raudhah terletak di luar halaman Masjid Nabawi, iaitu di antara rumah Rasulullah SAW dan mighrab atau mimbar di Masjid Nabawi. Kini setelah masjid tersebut diperluaskan, lokasinya terletak di dalam masjid dengan ukuran 22 x 15 meter. Lokasi itulah yang menjadi taman syurga yang tidak sepi dikunjung oleh muslimin dan muslimat.

Berpeluang berkunjung ke sana, Datin Seri Umie Aida berkongsi tip di laman instagramnya mengenai cara memasuki Raudhah dengan mudah. Buat mereka yang bakal ke sana, bolehlah mengikuti panduan yang dikongsi olehnya ini. InsyaAllah.

Assalammualaikum… me nak kongsi sikit cara masuk raudah dengan mudah.. InsyaAllah..

1) lepas isyak kena tido.. untuk kumpul energy malam nanti. 2) 12.30 malam pergi masjid utk last group masuk ke raudah. Masa ni masih lagi ramai orang. 3) bila last group dibenarkan masuk.. jangan berebut2 dan berlari2 … tenang2 je. Take ur own sweet time.

4) banyakkan berzikir selawat keatas nabi. 5) tiba di raudah.. masih ramai org kan.. jadi biarkan mereka solat.. you all bole mengaji , zikir & solat tahajud dulu di luar raudah. Dan rasanya dalam pukul 1.20 pintu akan ditutup. Masa itulah.. keadaan raudah sangat tenang dan InsyaAllah.. dapat buat beberapa solat yang you all mahukan. Segalanya dengan izinNYA… percaya pada rezeki dari Allah. Saya mendoakan kita semua sentiasa didalam rahmatNYA dan diberkatiNYA & menjadi tetamu Allah… Aamiin… Semoga tips ini dapat membantu jemaah semua. InsyaAllah.. ❤️ #salamjumaat

 #raudah #madinah

Published by
Qiss