Ibadah solat merupakan rukun Islam yang utama selepas dua kalimah syahadah. Pengertian solat dari sudut syarak bermaksud, solat itu merupakan beberapa ucapan atau perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan untuk beribadah kepada Allah dengan menurut segala syarat/rukun yang telah ditentukan.
APAKAH TUJUAN ANDA MENDIRIKAN SOLAT?
Tujuan mendirikan solat adalah untuk manusia sebagai hamba mengingati Allah selaku pencipta. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud;
“Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiKU!” (Surah Taha: 14)
Diantara manfaat solat adalah untuk mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Dengan kata mudah, solat itu mampu menghalang seseorang melakukan kesalahan dan dosa. Firman Allah S.W.T dalam Al Quran yang bermaksud;
“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah Al Ankabut : 45)
Tetapi, kita lihat pada hari ini, ramai manusia yang solat, namun pada masa yang sama mereka tetap juga melakukan kemungkaran. Contohnya seperti tidak menutup aurat dengan sempurna, mengumpat, memfitnah, melakukan maksiat dan mencuri.
Walaupun kemungkaran itu kelihatan biasa, tetapi setiap daripada itu tetap diiringi dengan dosa. Lalu, mengapa ini boleh terjadi sedangkan Allah menegaskan dalam Al Quran bahawa solat itu mampu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar?
Adakah maksud Allah itu sekadar ditujukan kepada para Nabi dan Rasul semata? Jawapannya, tidak bukan begitu.
Percayalah. Semua yang dikatakan atau dijanjikan oleh Allah itu pastinya benar. Tidak akan ada satu pun kesilapan dalam penilaian Allah S.W.T.
Ads
Jika seorang manusia itu sudah melaksanakan solat tetapi masih tidak mampu meninggalkan perkara keji dan mungkar, maka ianya berpunca daripada diri manusia itu sendiri. Salah satu sebab utamanya adalah, kerana solat yang didirikan adalah tidak sempurna.
BAGAIMANA MENYEMPURNAKAN SOLAT
Diriwayatkan daripada Hatim Al-Ashom. Dia ditanya tentang solatnya. Maka dia menjawab;
“Ketika tiba solat, ku sempurnakan wudukku. Aku pergi ke tempat solat, aku diam sejenak kerana hendak mengumpulkan seluruh jiwaku, lalu, aku dirikan solat. Aku jadikan Kaabah di depan mataku, sirat dibawah tapak kakiku, syurga dikananku, neraka dikiriku, malaikat maut dibelakangku, dan kukira itu solatku yang terakhir. Kemudian, aku berdiri di antara berharap dan takut, aku takbir dengan bersungguh-sungguh, membaca dengan tartil, rukuk dengan tawadhuk, sujud dengan khusyuk, aku duduk tahiyat awal dan akhir dengan ikhlas dan aku tidak tahu, apakah solatku itu diterima ataupun tidak.” (Kitab Imam Al Ghazali dari terjemahan kitab Mukashafah Al Qulub)
Mari sama-sama kita perhatikan solat kita. Solat anak-anak kita. Ahli keluarga kita. Apakah selama ini, solat yang didirikan itu cukup sempurna untuk dihadiahkan kepada Ilahi? Ataupun sekadar solat kerana ianya wajib dilaksanakan atas tuntutan sebagai orang yang beragama islam semata?
Ads
SEMPURNA ATAU TIDAK SOLAT KITA
Cuba buat satu checklist. Sempurna atau tidak wuduk kita? Tahu atau tidak tentang rukun solat? Sudah betul dan lancarkah membaca Surah Al Fatihah?
Lakukan atau tidak perkara sunat dalam solat? Faham atau tidak maksud bacaan dalam solat? Bagaimana pula halnya dengan tomaqninah? Sempurna atau tergesa-gesa?
Walaupun solat itu dilakukan sebanyak 5 kali sehari, yakinkah kita bahawa solat itu diterima Allah S.W.T? Sedangkan usai solat saja, kita sudah berani mengumpat orang lain.
Ads
“Orang mendirikan solat diancam dengan neraka Wail, bagi yang melupakan tujuan solatnya, mereka solat hanya semata kerana manusia (riak) dan enggan membantu orang lain, yakni dengan solat yang tidak mampu mengubah sifat buruknya.” (Surah Al- Ma’un: 4-7)
PERBAIKILAH SOLAT
Wahai manusia! peliharalah solat. Perbaikilah solat. Kerana dengan solat yang khusyuk dan sempurna barulah solat itu dapat mencegah dirimu daripada melakukan hal keji dan mungkar.
Perbanyakkan menghadiri majlis ilmu yang mengajar tentang fekah, dalamilah ilmu agama dengan sebaiknya supaya boleh membersihkan hati dan ilmu yang dipelajari boleh diterapkan dalam diri sendiri,keluarga serta dalam kehidupan seharian.
Cubalah solat dengan seikhlas hati. Perhatikan bacaan, biasakan diri melakukan perkara sunat dalam solat, bacalah sambil menghayati maknanya sekali.
InsyaAllah kita akan dapati, bahawa kita tiada masa untuk mengingati perkara lain selain daripada Allah sahaja.
Berusahalah sedaya upaya untuk perbaiki solat kita dari semasa ke semasa. Sama ada Allah menerimanya ataupun tidak, bukanlah itu menjadi urusan kita. Yang paling penting, kita sudah pun melaksanakan perintah Allah dengan sesempurna mungkin.
Dr. Amalina Bakri nama yang cukup dikagumi dan menjadi idola buat hijabi muda. Kebijaksanaannya dalam bidang akademik memang tidak dipertikai sejak mencapai keputusan cemerlang dalam SPM tahún 2004. Kini beliau menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran di luar negara. Baru-baru ini Dr. Amalina turut berkongsi empat cara mudah buat mereka yang mahu lancar dalam berbahasa Inggeris.
Menurut doktor muda ini, ada 4 cara dilakukan olehnya bagi membolehkan beliau fasih berbahasa Inggeris. Dan perkongsiannya di laman twitter miliknya DrAmalinaBakri ini sangat berguna bagi mereka yang mahu memahirkan diri dalam bahasa kedua ini.
#1. Kena yakin bercakap walaupun hanya broken English. Jangan hirau sesiapa jika ada yang cakap berlagak jika sedang bercakap English.
#2. Boleh juga gunakan plarform online. Kalau dulu sangat popular MSN dan Yahoo yang boleh kita gunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dari luar negara. Menurutnya beliau dulu menulis surat kepada mereka sewaktu usianya 12 tahun.
#3. Belajar melalui drama, filem dan lagu. Sangat membantu. Ini cara terbaik untuk belajar bahasa Inggeris. Banyakkan melihat drama, filem atau lagu dan daripada situ akan mempelajari sesuatu perkataan atau ayat baru.
#4.Teruskan berlatih dengan orang sekeliling terutama mereka yang sangat fluent bercakap English. Melalui cara ini dapat mengetahui kesilapan memperbetulkan struktur tatabahasa mereka.
Mungkin ada di antara kita yang mempunyai keinginan untuk mewarnakan rambut. Namun, mungkin kita musykil atau keliru mengenai hukumnya dari segi Islam. Ada yang kata boleh, ada yang kata tidak. Jadi yang mana satu ya?
Bagi menjawab persoalan ini, perkongsian Iman Danial @dr_mandan di twitter mungkin boleh merungkai kekeliruan mengenai mewarnakan atau dye inai rambut ini. Mari kita lihat perkongsiannya.
Pada mulanya, hukum asalnya ialah harus.
Asalnya mewarnakan rambut dengan warna hitam tidak boleh.
Takut menimbulkan fitnah kepada masyarakat.
Bolehkah warna rambut selain dengan inai dan katam ?
Sahkah wudhu dan mandi wajib jika dye rambut?
Wanita dapat pahala jika mewarnakan rambut jika suami mereka sukakannya.
Untuk lelaki, pilihlah warna yang berpada dan tidak aneh.
Dilarang jika menimbulkan fitnah.
Perkongsian ini bukan untuk mempromosikan dye rambut tetapi sekadar ingin berkongsi pandangan.
Jangan buat sesuatu hingga menjatuhkan fitnah.
Harus memikirkan persepsi dan pandangan masyarakat sebelum membuat sesuatu perkara.
Diharap perkongsian ini dapat menjawab beberapa persoalan yang bermain di minda anda. Sama-samalah kita baiki diri kita ke arah yang lebih baik dan ke jalan yang diredhai Allah.
sumber foto :Jazeerat El Rahah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pernah mengejutkan wargamaya apabila Mona Allen yang juga isteri kepada Pelakon dan Pengarah, Pekin Ibrahim dalam diam merubah penampilanya dengan tampil berhijab dan menutup aurat.
Meskipun perkara itu menjadi bualan hangat di laman sosial, pemilik nama Munna Hafiraneza Allen atau lebih mesra disapa sebagai Mona Allen itu bertindak mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perubahan mendadak dirinya itu.
Bagaimanapun, baru-baru ini aktres jelita itu akhirnya bersuara dan mendedahkan punca sebenar mengapa dia akhirnya mengambil keputusan berhijab dan menutup aurat sepenuhnya.
Menurut Mona, keputusan yang diambil itu bukan lah satu keputusan yang dilakukan secara tiba-tiba meskipun berlakunya perubahan drastik dan mendadak.
Jelasnya, sebelum ini dia pernah bernazar dan berhajat untuk bertudung sekiranya dikurniakan zuriat selepas mendirikan rumah tangga dengan Pekin Ibrahim.
“Saya bernazar nak pakai tudung jika diberikan cahaya mata pertama,” katanya.
Malah, apa yang lebih menginspirasikan adalah Pekin langsung tidak mengetahui tentang nazar tersebut.
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Mona kepada media tempatan, ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru keluaran syarikat Pekin, Little Joe Mesra Car Air Freshener di Petronas Jalan Ayer Kolam Lama, Ampang, baru-baru ini.
Pekin Tak Pernah Paksa Saya Bertudung
Mengulas lanjut, katanya keputusan bernazar untuk bertudung itu dibuat atas kerelaan hati sendiri. Tegasnya, suaminya yang juga pengarah dan pelakon itu sekalipun tidak pernah memaksa Mona untuk berhijab.
Cuma, ujarnya lagi Pekin pernah menasihatinya agar tidak membuat sebarang pengumuman di sosial media sekiranya dia ‘terbuka hati’ untuk menutup aurat kelak, kerana bimbang dikecam wargamaya jika berubah angin.
Sekadar info, pada 22 Jun 2022 yang lalu, Mona mencuri tumpuan ramai apabila memuatnaik sekeping foto memaparkan imej dirinya dalam keadaan berhijab buat kali pertama, menerusi satu entri hantaran yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya.
Bukan seribu dua, tapi berjuta-juta pengikut media sosial, transisi selebriti yang kini usahawan busana Muslimah - Aurel Hermansyah, akui akhirnya temui ketenangan diri yang...