My #QuranTime 2.0 (MQT) yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebanyak 2111 episod akan mula bersiaran setiap hari bermula Rabu ini, jam 12 hingga 1 tengah hari di semua platform digital Quran Hour.
Dengan matlamat mempertingkatkan kualiti solat melalui bacaan Al-Quran bertajwid, memahami isi bacaan Al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat serta elemen baharu program iaitu menambah hafalan Surah melalui kaedah hafalan Al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran Al-Hafiz.
MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah
Terdahulu, program MQT yang telah mencipta fenomena “Baca, Faham, Amal Al-Quran” 1 jam setiap hari, bermula pada tahun 2020 telah diterbitkan dengan kerjasama TV Al-Hijrah. Kali ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membuka peluang kepada semua stesen TV dalam dan luar negara untuk menayangkan MQT 2.0 agar program Al-Quran ini menjadi solusi dalam membina kerangka fikir dan karakter ummah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
“Kami sedang berunding dengan beberapa stesen TV agar program MQT yang diterbitkan oleh Yayasan WUI dengan sebahagian hasil dana daripada sumbangan Tabung Gerakan Quran oleh orang ramai dapat membawa impak besar kepada proses membumikan Al-Quran yang disasarkan pada tahun 1500 Hijrah untuk “MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah”.
Ads
Langkah pendidikan jiwa dan karakter
Program MQT ini dibina atas usaha Wakaf Konten di mana sumbangan dari individu, organisasi dan orang ramai digunakan sepenuhnya untuk tujuan melahirkan pelbagai kajian dan program digital dan TV untuk ummah. Program -program yang dilahirkan atas misi Wakaf Konten ini boleh dimasuki dengan mudah di platform digital Quran Hour agar menjadi bahan rujukan sepanjang zaman kepada orang ramai, sekolah, kelas pengajian dan organisasi. Usaha yang bermula lebih giat pada tahun 2020 ini telah menjadi pusat khazanah Al-Quran di mana kajian dan program Al-Quran diletakkan secara atas talian untuk rujukan semua. Wakaf Konten ini telahpun dimanfaatkan oleh siaran Quran TV di negara jiran juga, seperti Indonesia.
Ads
Siaran MQT kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Media Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baru.
Insya-Allah dengan sinergi media untuk ummah di beberapa saluran TV, MQT bukan lagi ditayangkan secara eksklusif di saluran TV AlHijrah sahaja, program MQT ini akan menjadi langkah pendidikan jiwa dan karakter bagi banyak keluarga dan orang ramai melalui baca, faham, amal setiap halaman Al-Quran sebanyak 3 bahagian Al-Quran setiap hari.
Latihan tubi du makmal ujian
Ads
Pada musim pertama sebanyak 838 episod, program ini telah mencatatkan sebanyak 85 juta tontonan di skrin, lebih 150 ribu sahabah Al-Quran di dalam dan luar negara. Malah program MQT ini akan mengekalkan peneraju, Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebagai Qari. Pentadabbur serta Qari jemputan akan mengisi di slot ulangkaji.
Program ini telah siap untuk dilancarkan selepas melalui kajian konten dengan rujukan 18 Kitab Tafsir dan Kitab Hadith Bukhari Muslim, melakukan latih tubi program di makmal ujian studio My #QuranTime Plus dalam tempoh lebih dua bulan secara intensif agar isi Al-Quran dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami para pelayar dan penonton MQT. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Marhaini Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif WUI di 0133593165.
Ayuh saksikan My #QuranTime 2.0 Bermula 14 Disember 2022, Rabu, jam 12.00 tengah hari di semua platform media sosial rasmi ini:
Sebut sahaja medial sosial TikTok, pasti ramai yang sudah arif untuk menggunakannya. Bukan sahaja digunakan sebagai platform untuk hiburan semata-mata, malah TikTok hari ini dilihat sebagai sebuah media sosial untuk perniagaan, pendidikan serta lain-lain lagi. Barisan artis dari dalam dan luar negara juga menjadikannya sebagai kaedah utama untuk berhubung dengan peminat mereka.
Salah seorang artis yang kerap dan aktif memuat naik di TikTok ialah penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza ataupun lebih mesra dengan panggilan Tok Ti! Ha, jangan tak percaya ya! Tok Ti juga suka ber-TikTok! Baru-baru ini, menerusi laman TikTok nya, Tok Ti memuat naik sebuah video transisinya ‘before and after’. Video yang ringkas itu ternyata mendapat perhatian ramai apabila penyuntingan video kelihatan begitu ‘smooth’ dan sempurna!
Ya Allah dia punya transition lagi padu dari kita semua!
Video yang mendapat tontonan mencecah 1.3 juta itu menarik perhatian ramai kerana teruja melihat Tok Ti yang dilihat begitu santai dan bersahaja di dalam video itu.
Biar betul tok ti ni..hafal step betul ni!
Ada juga yang turut bergurau mengatakan selepas ini video itu akan menyebabkan pengguna TikTok yang lain akan menghadapi masalah jumlah tontonan video mereka berkurang! Wah! Sampai macam tu sekali ya!
Habislah budak-budak TikTok, Tak boleh cari makan nanti..
Apa-apapun, Team Hijabista juga turut terhibur dengan video dari penyanyi kesayangan ramai ini!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2007 menjadi suatu saat yang sangat mengerikan buat selebriti terkenal, Catriona Ross.
Berkongsi kisahnya dalam sebuah program, Catriona atau mesra disapa Kak Kek menceritakan pada waktu itu dia sedang menemani rakannya untuk pulang ke kampung.
“Kejadian itu berlaku pada bulan April 2007. Saya ingat lagi waktu itu saya tidur. Sedar-sedar saya sudah tercampak keluar dan berada di atas jalan raya.
“Saya nampak kereta kami jauh dan kecil sangat. Saya hanya dengar kawan saya minta maaf. Apabila saya cuba bangun, saya pandang bawah. Saya nampak kaki saya sudah patah. Saya terus pengsan,” katanya.
Akibat daripada kemalangan tersebut, dia mengalami kecederaan yang teruk termasuklah patah kaki, retak tulang rusuk dan beberapa kecederaan yang lain.
Lebih memilukan, dia juga mendapat khabar sedih apabila dimaklumkan oleh seorang doktor pakar bahawa dia mungkin tidak dapat hamil akibat kecederaan yang dialaminya. Walaupun begitu, dia tidak patah semangat dan percaya kuasa Allah mengatasi segalanya.
“Ada doktor pakar beritahu saya terhempap tulang punggung. Saya tidak dapat hamil kalau berkahwin. Itu merupakan tamparan hebat buat saya. Tapi saya tak boleh benci dan marahkan doktor tersebut.
“Saya kena fight sebab saya percaya Allah maha berkuasa. Saya kena jadi duta pada diri sendiri. Tak apa ini ujian Allah. Jika saya tak kuat, badan pun akan lemah. Saya tak mahu hidup saya berakhir seperti ini pada usia 27 tahun. Saya ubah pemikiran ke arah positif,” luahnya.
Sememangnya jodoh dan ketentuan berada di tangan Tuhan. Dua tahun selepas itu, dia telah bernikah dengan suaminya iaitu Shaharuddin Mokhtaruddin.
Mereka kini bahagia dengan kehadiran tiga cahaya mata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan yang menjadi pelengkap keluarga mereka.
Penyanyi bersuara nyaring dan merdu ini bukanlah nama yang biasa dalam gelanggang dunia hiburan negara kita. Pelantun lagu Sepi dan Sumpah ini sudah memiliki legasi besar yang kian utuh dalam industri hiburan Malaysia. Aina Abdul, seorang artis yang berkebolehan dalam menyanyi serta mencipta lagu yang pastinya akan memberi kepuasan kepada pendengar.
Team Hijabista tertarik dengan gaya fesyen Aina Abdul yang semakin lama, semakin berani menampilkan gaya yang berbeza dan unik! Lincah dalam bermainan dengan warna, corak dan siluet yang berbeza, stail Aina Abdul kini menjadi salah satu stail selebriti Malaysia yang menjadi ikutan terutamanya kepada para hijabis di luar sana.
Aina tidak kekok dan amat berani bermain dengan warna. Ini yang menjadikan kunci gayanya lebih menonjol dan kelihatan ‘luarbiasa’ dalam keseluruhan gayanya! Bukan itu sahaja, padanan kebarung warna merah dengan selndang ungu memberi impak ‘bold’ dan klasik apabila dikenakan bersama kain batik sarung. Bukan semua orang berani untuk menggayakan stail seperti ini.
Mengekalkan konsep ‘less is more’, Aina bijak dalam memilih padanan warna yang amat sesuai untuk menutup kemontelan tubuh badannya. Biarpun nampak sedikit ‘extra’, namun ia bukanlah alasan untuk Aina tampil bosan di Aidilfitri tahun ini.
Apa yang menariknya, Aina seakan sudah memahami apa yang terbaik untuk dirinya. Kita juga sudah sedia maklum bahawa Aina gemarkan rekaan yang unik. Namun, keunikan pada rekaan kurung Aina ini langsung tidak menampakkan kegagalan Aina dalam menonjolkan cintanya pada dunia fesyen. Apa-apapun, Aina Abdul ialah seorang yang berani! Permainan warna yang bijak antara kunci dalam penggayaan Aina Abdul.
Gaya manis dari Aina ini sememangnya layak digelar pemenang dengan segala perincian dari gaya hijab sehinggalah kepada pemilihan warna pink senada, semuanya ‘perfect’! Pemilihn warna merah jambu lembut ini cukup menjadikan Aina seorang wanita yang comel dan manja! Maka, persoalan bentuk tubuh badan bukanlah alasan untuk kamu menciptakan gaya yang terbaru di Aidilfitri nanti.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...