Tinggal tak sampai 17 hari sahaja lagi kita akan menyambut Syawal nan mulia. Pastinya tidak sabar untuk menyambut bersama insan tersayang. Namun dalam kita bergembra menanti kehadiran Syawal, ada juga yang menerima khabar duka.
Keluarga pengasas produk kecantikan Dnars Skincare menerima khabar duka apabila pengasasnya, Faziani Rohbani Ahmad, 40 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan di Pattani Thailand jam 10.30 pagi tadi.
Dalam laporan Sinar Harian, berkata kereta Toyota Estima dinaiki mereka terbabit kemalangan di Pattani, Thailanf.
Berita kematian pengasas kosmetik ini disahkan sendiri oleh adiknya Faizol Robhan Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian. Sementara itu suaminya juga turut dilaporkan cedera parah.
Faizol memberitahu, kakaknya turun dari rumah di Kampung Paloh, Tumpat jam 8 pági tadi bersama suaminya.
“Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk. Setengah jam selepas itu, dia maklum kakak dah meninggal dunia,” katanya.
Ads
Mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand.
Sebagai seorang pengasas kosmetik Allahyarham memang seorang yang amat dikenali sebagai ‘public figure’. Malah popularitinya juga setanding pengasas kosmetik lain seperti Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida.
Sementara itu dalam posting terakhir sebelum ini yang dimuat turut di laman instagramnya, Allahyarham ada memberi pesanan yang cukup mendalam.
Dalam posting sehari yang lepas, beliau memberi nasihat agar setiap daripada kita ini supaya perbaiki hubungan dengan orang tua kerana kelak Allah akan memperbaiki seluruh urusan kita. Ingatan ini diberikan ketika beliau berada di Bogor Indonesia atas satu majlis perkongsian ilmu.
Ads
Perbaikilah Hubunganmu dengan orang tua, kelak Allah akan memperbaiki seluruh urusanmu.
Ya Allah 2500 orang bukan angka yg kecil tapi besar… sangat luarbiasa… Alhamdullilah atas nikmat perkongsian ilmu dan berbuka puasa ini.
Malah ketika di awal Ramadan juga, Allahyarham menyambutnya di Kota Mekah. Ketika di sana, beliau turut mendoakan buat followernya serra rakan-rakan agar diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki dan dijemput menjadi tetamu Allah dalam masa terdekat. Juga beliau turut mendoakan agar berjaya dan kaya raya dunia akhirat.
Saya doakan semua followers & rakan2 diberikan kesihatan yg baik, dilimpahkan rezeki dgn rezeki yg berkat & berpanjangan, dijemput menjadi tetamu Allah dlm masa terdekat , berjaya dan kaya raya dunia akhirat, Amin… Salam Isya dari Mekah utk semua kesayangan
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena seni dan hiburan tanahair, mula melakar nama sebagai juara bagi Pencarian Dewi Remaja, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Hajah Lofa kini terus relevan meski sudah tidak bergiat aktif sebagai anak seni.
Terbaharu, usahawan tersohor jenama tudung Naelofar dan Innai Nunha ini mendedahkan bahawa hampir semua impianya di dalam kehidupan telah tercapai.
Tetapi hanya ada satu hasrat lagi yang ingin dicapai oleh isteri kepada PU Riz ini, iaitu memantapkan ilmu pengajian Al-Quran dan mahu menjadi seorang tenaga pengajar yang mengajar mengaji.
Ada Satu Hasrat Dan Impian Lofa Yang Belum Dicapai?
@nunha.co MasyaAllah semua cita cita dah tercapai! Tapi ada satu lagi, nak jadi guru ajar mengaji. InsyaAllah one day tercapai cita cita @neelofa ♬ original sound – Innai Nunha HQ
Menurut Neelofa, dirinya memanjatkan rasa syukur di atas segala nikmat dan semua impiannya yang dimakbulkan Allah, dan menyimpan hasrat untuk mengajar seseorang mempelajari Al-Quran selepas membaca berkenaan perkongsian satu hadis ini.
“Alhamdulillah, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi impian tu. Tapi, yang tak tercapai lagi kalau pekerjaan yang saya nak buatlah.. sebab ada hadis yang cakap ‘sebaik-baik pekerjaan adalah belajar Al-Quran dan mengajar.
“Dan, saya naklah reti belajar mengajar, ajar mengaji pulak. Itu impian saya,” katanya.
Tambah Neelofa, dia tidak kisah seberapa ramai pun bilangan anak murid yang sudi menjadi pelajarnya kelak, cukup sekadar untuk melunaskan sahaja impian berkenaan.
“Walaupun tak mengajar mengaji ramai, ajar mengaji beberapa orang cukuplah, sekadar memenuhi impian itu.
“Sekadar boleh, ada kemampuan untuk mengajar mengaji. Jadi, doa-doakanlah,” Ujar Lofa.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 20221 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. Kini, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu sedang hamil anak kedua.
Apabila bercuti di tepi pantai, pemakaian sunscreen amat penting bagi melindungi kulit daripada selaran cahaya matahari. Jenis sunscreen yang dipakai juga berbeza berbanding dengan sunscreen yang dipakai seharian.
Bagi mereka yang aktif dengan aktiviti berenang ketika bercuti di pulau-pulau, tentunya pemakaian sunscreen menjadi kewajipan. Jika tidak nanti tentunya ia menyebabkan kulit wajah dan juga tubuh menjadi ‘sunburn.’
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Walau bagaimanapun ketika memilih produk sunscreen ketika bercuti di pantai terutama buat mereka yang suka berenang di laut, anda perlu lebih berhati-hati memilih sunscreen. Berikut perkongsian Qyn Mina Skincare
Sunscreen yang tidak selamat untuk terumbu karang adalah Chemical Sunscreen. Bahan-bahan yang ada dalam chemical sunscreen akan merosakkan atau menyebabkan terumbu karang mati.
Bagaimana physical vs chemical sunscreen berfungsi? Physical sunscreen akan memantulkan sinaran UV matahari seperti cermin manakala chemical sunscreen akan menyerap dan menapis sinaran UV matahari.
Kalau sayangkan pantai dan laut kita yang biru menghijau, tolonglah beli Physical Sunscreen untuk anda pakai sebelum berenang di laut. Pastikan sunscreen itu ada bahan Titanium Dioxide atau Zinc Oxide dan tidak ada bahan-bahan yang toksik.
HIJABISTA: Kesimpulannya pemilihan jenis sunscreen yang ingin dipakai bukan sahaja perlu selamat untuk kita pakai tetapi juga selamat untuk alam sekitar.
Dalam cuaca panas kini boleh menyebabkan kita berdepan dengan masalah bibir kering. Keadaan ini akan menyebabkan rasa tidak selesa kerana bibir akan jadi menggelupas dan pedih. Seperti gadis ini menggunakan akaun @kiya_ainu yang mengalami masalah bibir dan dia menggunakan medium sosial twitter untuk bertanya kepada netizen apa produk yang sesuai untuk merawat bibir kering. Ramai yang respon dan berkongsi penjagaan produk bersesuain untuk mengatasi masalah ini.
Beli produk di drugstore.
Pakai yang ada SPF dan bibir jadi lembut.
Pakai produk jeli petroleum dan hasilnya bangun tidur bibir jadi tak kering lagi.
Jumpa dermatitis dan mencadangkan produk di bawah. Alhamdulillah dalam beberapa hari bibir jadi lembab semula dan diingatkan untuk tidak kerap memakai lipstick.
Turut cadangkan untuk guna dua produk ini.
Sebelum itu mempunyai masalah sama sehinggalah seseorang cadangkan guna produk ini dan hasilnya memang sangat bagus.
Turut mencuba pakai lip balm dari pelbagai warna dan bibir jadi tidak kering. Tukar warna mengikut darah.
Boleh juga guna lip scrub untuk rawat bibir kering dan hilangkan lingkaran bibir gelap.
Boleh juga mencuba lip balm ini yang dijual pada harga berpatutan.
Beberapa produk lagi yang dicdangkan boleh dicuba.
Pengalaman guna produk lain.
Pakai produk jeli petroleum dari awal tahun lagi dan bibir langsung tidak merekah.
TERBAHARU CC LIP CREAM DARI MENTHOLATUM
TIADA LAGI BIBIR KUSAM DAN DAPATKAN KEBAIKAN PENJAGAAN BIBIR DAN RONA YANG TERBAIK.
Jangan biarkan bibir yang kering dan menggelupas mengganggu mood anda! Mentholatum Lip Care, jenama penjagaan bibir yang terkemuka dan kian berkembang, mahu mengubah cara menjaga bibir hijabis.
Mentholatum Lip Care’s CC Lip Cream memberi anda warna lembut dan kekal di bibir yang tampak lebih semula jadi, maka anda boleh berbangga yang kini bibir anda lebih menyerlah! Sesuai untuk kegunaan harian, CC Lip Cream memberikan 5 manfaat penjagaan yang anda perlukan:
Nikmati penghidratan mendalam dengan Super Hyaluronic Acid dan Ceramide; rawatan berkhasiat dengan Meadowfoam Seed Oil dan Moroccan Argan Oil; meningkatkan keanjalan dengan bahan unik Mentholatum, iaitu Maxilip™ yang memberi anda bibir yang lebih penuh dan gebu; manfaat pencerahan yang meningkatkan warna semula jadi bibir anda; dan Vitamin E yang memulihkan yang penuh dengan antioksidan untuk melembutkan bibir dan melawan penuaan pramatang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...