Perasaan was-was seringkali membelenggu minda kita sehinggakan kita tidak berani untuk melakukan sesuatu perkara atau menjadikan kita tidak tetap pendirian. Dalam Islam, perasaan itu amat dimurkai oleh Allah S.W.T kerana perasaan was-was itu berpunca daripada kejahatan syaitan.

Perasaan Was-Was Muncul Dari Bisikan Syaitan, Jauhinya Dengan Amalan Doa Ini.
Sumber gambar: Islamic Relief

Firman Allah S.W.T dalam Surah Yasin;

۞أَلَمۡ أَعۡهَدۡ إِلَيۡكُمۡ يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعۡبُدُواْ ٱلشَّيۡطَٰنَۖ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ ٦٠ وَأَنِ ٱعۡبُدُونِيۚ هَٰذَا صِرَٰطٞ مُّسۡتَقِيمٞ ٦١

Maksudnya: Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu”,(61) dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus.

(Surah Yasin: 60-61)

Ads

Sudah terang lagi bersuluh, kita sebagai hamba-Nya harus sentiasa menjauhi perkara-perkara yang boleh mendekatkan kita dengan kejahatan syaitan. Sesungguhnya, pada mereka yang mengikut apa yang dibisikkan oleh syaitan, nescahya akan dimurkai oleh Allah S.W.T.

Untuk mengelakkan daripada adanya perasaan was-was ini dalam diri kita, ada beberapa bacaan doa ringkas yang boleh kamu bacakan setiap hari. Antaranya:

وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنۡ هَمَزَٰتِ ٱلشَّيَٰطِينِ ٩٧ وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحۡضُرُونِ ٩

Ads

Maksudnya: Dan katakanlah: “Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku”.

(Surah al-Mu’minun: 97-98)

dan juga doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Saidina Aisyah R. Anha:

Ads

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ وَطَاعَتِكَ

Maksudnya: Wahai (Tuhan) yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu.

Riwayat Imam Ahmad (26133) dalam Musnad.

Selain itu juga, antara cara lain yang boleh kamu lakukan untuk tidak mengelakkan perasaan was-was dalam diri adalah:

  1. Usah terlalu melayan dan usah peduli perasaan was-was.
  2. Berfikiran positif dan bersabar.
  3. Mengukuhkan ilmu agama.
  4. Memohoan perlindungan pada Allah S.W.T
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI