Siapa tidak kenal dengan pelakon,penyanyi dan juga pengacara popular iaitu Alif Satar. Baru-baru ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Lelaki Seperti Aku ini telah meraikan ulangtahun perkahwinannya yang ke-4 bersama isteri tercinta iaitu Shadila Halid.
Alif telah memuat naik gambarnya menikmati makan malam bersama isteri tercinta di laman instagramnya. Kapsyen yang ditulis Alif buat isterinya yang tersayang ternyata sangat menarik walaupun hanya ucapan yang pendek dan ringkas. Mari kita lihat!
Hilang segala debaran saat mahu bernikah dengan kamu.
4 years together today.. ? malam sebelum nikah, nervous tu, mak aihhhh lain macam. Tapi bila bangun pagi hari nak menikah tu, i felt so calm because i know i’ll be spending the rest of my life with her. Happy anniversary my darling @shadilahalid i love you to infinity and beyond..❤️ p/s nak type sweet-sweet ni tak reti, sebab nak type je macam ada bawang keliling.. so,i’ll just show you how much i love you ,cheebs.
Untung sekali isterinya mendapat suami semanis Alif yang sangat menghargai insan tersayang! Semoga pasangan ini terus bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama anak-anak yang tersayang hingga ke Jannah. Amin.
Ramai yang tahu pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin kini berada di luar negara dalam menghadapi persaingan perlumbaan MotoGP tahun ini. Dan kali ini dia tidak keseorangan apabila turut membawa isterinya, Suzana Manaf bersama. Pada mula menyangka isteri tersayang hanya berada di luar litar sebagai penguat semangat, tetapi rupa-rupanya dia turut menjadikan isterinya sebagai Umbrella Girl. Ini bagi menaikkan semangat untuk kekal konsisten berlumba apabila insan tersayang berada di sisi.
Isterinya yang juga seorang model Muslimah menjadi Umbrella Girl berhijab pertama berada di litar sempena perlumbaan di Thailand minggu lalu.
Nyata kehadirannya jadi tumpuan memandangkan yang dipayungi adalah suaminya sendiri dan dia juga santun dalam pakaian menutup aurat, lengkap dengan inner tangan.
Foto yang dimuat turun di laman instagramnya mendapat komen positif dari netizen. Rata-rata mendoakan kejayaan Hafiz dalam mengharumkan nama negara di pentas antara bangsa.
Umbrella Girl pembakar semangat
zulfadzliridzuan Bini jadi umbrella girl, memang semangat berkobar-kobar le jawabnya.
ballonzuza_surprise Wahhhh Good job bro ,pilihan Yg tepat ,smoga bertambah berkat ,bertambah semangat la bila tulang rusuk kiri ada Sbelah kan ,smoga sentiasa dirahmati kalian berdua
Walaupun berada di luar negara, namun kedua-duanya tidak pernah melupakan agama dan budaya kita. Malah jika diperhatikan setiap gambar di muat turun turut disertakan tanda pagar #bismillahfirst atau #akhiratdidepan.
Malah sempena sambutan Syawal yang lalu juga Hafizh dan isterinya juga lengkap berbaju Melayu di litar tanpa rasa kekok atau malu.
Penyanyi yang popular dengan lagu Havana, Camila Cabello mengujakan para peminatnya apabila tampil berhijab ketika berkunjung ke masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi.
Berkongsi gambarnya di Instagram, gambarnya dibanjiri ribuan komen daripada para peminatnya dan kebanyakannya memuji kerana sikapnya yang menghormati adat, budaya dan agama sesebuah negara.
Atas dasar hormat, Camila mengenakan hijab di kepala…
Salah seorang orang yang saya kagumi, Anthony Bourdain pernah berkata, ‘ianya nampak semakin banyak tempat yang saya tuju, semakin saya sedar betapa besarnya dunia itu’- inisangat benar. Saya suka merasakan perasaan rendah diri itu apabila berkunjung ke suatu tempat dan merasai budaya yang sememangnya berbeza, ia membuatkan awak sedar betapa kecilnya dunia awak berbanding dunia yang sebenar.
Ia adalah mengenai bagaimana anda hidupkan kehidupan anda dalam jutaan versi. Tapi pada waktu yang sama, pengembaraan waktu membuatkan kita sedar yang kita bukanlah terlalu berbeza. Saya memakai hijab kerana rasa hormat apabila melawat masjid dan di kedai seorang gadis yang begitu manis telah menolong saya memakainya.
Perasaan yang sukar diungkapkan…
Kita tidak bertutur dalam bahasa yang sama, tetapi dia tersenyum sewaktu menolong saya dan ini membuatkan saya merasakan dia seperti teman rapat. Saya tak tahu bagaimana mahu mengambarkannya, tapi pengalaman ini memberikan perasan istimewa kepada saya. Jumpa malam ini, Dubai. ?????
Camila juga telah memuat naik beberapa lagi fotonya di Dubai. Manisnya senyuman kamu!
Anda sukakan warna? Ayuh, ketahui 9 bandar warna-warni yang harus anda kunjungi!
Sekali-sekala hidup dikelilingi warna pasti menceriakan! Sempena musim cuti-cuti bakal menjelma, apa kata ubah tema percutian glamor dan mewah anda sebelum ini kepada sesuatu yang jauh lebih nyaman dan ‘refreshing’.
Mungkin di Malaysia sukar untuk anda temui situasi sebegini, tetapi tidak mustahil jika anda berkunjung ke beberapa buah bandar yang Hijabista paparkan ini. ‘Enjoy’!
1. Riomaggiore, Itali
Salah satu bandar yang kaya dengan warna adalah Riomaggiore. Kebanyakan bangunan-bangunan yang terdiri daripada batu pasir ini dicat dengan pelbagai warna sehingga menjadi lokasi pelancong untuk bergambar tanpa mencari latar-belakang yang menarik.
2. Willemstad, Netherlands Antilles
Willemstad adalah bandar utama dari Curacao yang terletak di sebelah selatan pulau. Seni bina kolonial Belanda Willemstad terlihat indah dan bersatu dengan perairan Caribbean. Pusat sejarah kota terdiri daripada dua bahagian iaitu Punda dan Otrobanda.
Bangunan beli-belah dan bersejarah dengan warna-warna cerah dan pelbagai ini membuat para pelancong ingin berjalan kaki menikmati pemandangan bandar yang unik.
3. La Boca, Buenos Aires, Argentina
Bandar La Boca merupakan kawasan kejiranan yang diwujudkan oleh kemasukan pendatang dari Itali dan kebanyakan reka bentuk bangunan meniru gaya kota raya tepi laut Genos dari segi seni bina yang banyak dipengaruhi oleh Eropah.
4. Longyearbyen, Svalbard, Norway
Bayangkan apabila sebuah bandar terletak berdekatan dengan pulau Artik yang sejuk berais, bandar yang penuh warna-warni memang sangat dihargai! Setiap rumah dan bangunan yang penuh warna berlatar belakangkan salji membuatkan pengunjung tidak mahu berganjak.
5. Wroclaw, Poland
Bandar Wroclaw merupakan salah satu bandar yang paling indah di Poland. Seperti sebahagian besar negara di Eropah, bandar ini mempunyai hubungan kuat dengan Katolik Rom.
6. Lima, Peru
Bandar Lima merupakan bandar yang sangat sibuk. Bandar ini bukan saja merupakan perpaduan unik antara budaya tempatan dan asing tetapi turut terkenal dengan gaya seni bina yang berbeza-beza.
Spanich baroque, French neoclassicism dan bangunan ‘art nouveau’ menjadikan bandar ini sebuah arena yang penuh warna dan kesenian.
7. Nyhavn, Copenhagen, Denmark
Kawasan yang wujud sejak abad ke-17 ini terletak indah sepanjang laluan berair bersebelahan bangunan berwarna-warni.
Kebanyakan pelancong tidak menolak untuk menikmati kapal kayu yang dipandu perlahan untuk menikmati bangunan bar dan restoran yang indah sepanjang perairan.
8. Jodhpur, India
Di tengah padang gurun Thar yang tandus terletak kota Jodhpur ini terkenal dengan gelaran Bandar Biru. Digelar Bandar Biru kerana setiap bangunan rumah yang terletak di dalam benteng diwarnai dengan warna biru.
Apabila dilihat dari atas, bandar ini kelihatan seperti titik biru di tengah-tengah gurun Thar. Namun, masih belum diketahui mengapa penduduk di Jodhpur mewarnai rumah mereka dengan warna biru. Ada pendapat mengatakan ia berkaitan dengan sistem kasta yang ada di India.
9. Guanajuato, Mexico
Guanajuato, Mexico at dusk from a nearby hill.
Ditemui pada tahun 1554, Guanajuota merupakan bandar kecil tetapi kaya dengan seni bina kolonial Sepanyol. Guanajuota membawa maksud bukit katak kerana katak merupakan simbol kebijaksanaan manakala bangunan yang berwarna hijau mempunyai banyak maksud tersurat dan tersirat bagi penduduk tempatan.
Struktur warna seperti pelangi di bandar ini terletak berdekatan lombong perak di mana kedua-duanya merupakan UNESCO World Heritage Sites.
Buat hijabi yang suka melancong ke luar negara, 9 bandar ini harus anda tandakan di diari melancong anda! Namun, sentiasa pastikan anda bersedia dan peka dengan keadaan sekeliling. Malang tidak berbau. Selamat melancong!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!