Siapa tidak kenal dengan pelakon,penyanyi dan juga pengacara popular iaitu Alif Satar. Baru-baru ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Lelaki Seperti Aku ini telah meraikan ulangtahun perkahwinannya yang ke-4 bersama isteri tercinta iaitu Shadila Halid.
Alif telah memuat naik gambarnya menikmati makan malam bersama isteri tercinta di laman instagramnya. Kapsyen yang ditulis Alif buat isterinya yang tersayang ternyata sangat menarik walaupun hanya ucapan yang pendek dan ringkas. Mari kita lihat!
Hilang segala debaran saat mahu bernikah dengan kamu.
4 years together today.. ? malam sebelum nikah, nervous tu, mak aihhhh lain macam. Tapi bila bangun pagi hari nak menikah tu, i felt so calm because i know i’ll be spending the rest of my life with her. Happy anniversary my darling @shadilahalid i love you to infinity and beyond..❤️ p/s nak type sweet-sweet ni tak reti, sebab nak type je macam ada bawang keliling.. so,i’ll just show you how much i love you ,cheebs.
Untung sekali isterinya mendapat suami semanis Alif yang sangat menghargai insan tersayang! Semoga pasangan ini terus bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama anak-anak yang tersayang hingga ke Jannah. Amin.
Pembuat mainan Mattel memperkenalkan Barbie Sindrom Down pada Selasa 25 April dalam usaha menjadikan rangkaian anak patungnya lebih inklusif.
Anak patung itu hasil kerjasama Mattel dengan Persatuan Sindrom Down Kebangsaan (NDSS) di Amerika Syarikat (AS) untuk memastikan ia mewakili seseorang dengan keadaan itu dengan tepat, kata syarikat tersebut.
“Matlamat kami untuk membolehkan semua kanak-kanak melihat diri mereka dalam Barbie, selain menggalakkan mereka bermain dengan patung yang seperti mereka,” kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Global Barbie & Dolls Mattel, Lisa McKnight
Anak patung baharu itu mempunyai muka dan badan yang lebih pendek, dan badan yang lebih panjang untuk mewakili wanita dengan sindrom Down dengan lebih baik, kata Mattel.
Contohnya, muka anak patung baharu itu bulat kecuali telinga yang lebih kecil dan hidung yang mancung, tambah Mattel.
Patung itu memakai pakaian rama-rama kuning dan biru yang sering dikaitkan dengan kempen kesedaran Sindrom Down.
Mattel sebelum ini telah mengeluarkan figura Barbie dengan simbol inspirasi lain.
Anak patung terbaharu itu turut didedahkan bersama dengan tayangan filem Barbie pada Julai, dibintangi oleh Margot Robbie dan Ryan Gosling.
Mattel juga mengeluarkan Barbie berhijab sebagai penghormatan kepada Ibtihaj Muhamad, atlet Amerika pertama yang bertanding di Olimpik dengan memakai hijab.
Haneefa Adam, 24, memberitahu CNN bahawa dia tidak pernah melihat Barbie dalam tudung sebelum ini dan memutuskan untuk mencipta akaun Instagram dan memakai Barbie dalam pakaian yang direkanya selepas terjumpa halaman Instagram Gaya Barbie.
Dia juga mula menempah anak patung Barbie dari luar negara kerana ia tidak dijual di Nigeria.
Beliau berkata anak patung itu adalah cara terbaik untuk membetulkan salah tanggapan bahawa kebanyakan wanita Islam terpaksa menutup aurat untuk melambangkan agama mereka.
Kandi Pickard, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Sindrom Down Nasional (NDSS), yang berunding dengan Mattel, berkata pelancaran anak patung itu amat bermakna kepada komunitinya. Ini adalah kali pertama kanak-kanak Sindrom Down melihat anak patung yang mewakili mereka.
Sumber : AFP/SU/ny
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Nama pelakon jelita, Farah Nabilah mulai menyepi apabila dia kini jarang menghiasi kaca televisyen setelah menempuh alam rumahtangga dan berkeluarga.
Menerusi hantaran instagram miliknya baru-baru ini, Farah ada berkongsikan perkembangan terkini dirinya yang kini sedang sarat hamil cahaya mata kedua dan usia kandungan sudahpun mencecah enam bulan.
Sarat Hamil Enam Bulan, Kulit ‘Glowing’ Farah Raih Perhatian!
Menerusi satu hantaran lain, Farah turut memuat naik video dirinya sedang bersolek di dalam kereta. Namun apa yang meraih perhatian pengikut dan para peminatnya adalah seri ‘ibu hamil’ serta kemulusan kulit wajah Farah yang begitu menonjol!
“While waiting for my next appointment. A quick make up Sebab foundation pun malas pakai.. Saja je nak try the new eyeshadow palettes from #NarsMalaysia,” tulisnya.
Meskipun hanya mengenakan solakan asas, tetapi kecantikan hasil solekan pelakon itu, berjaya memukau wargamaya sekaligus membuatkan perkongsian itu dibanjiri dengan pelbagai pujian peminat, menerusi ruangan komen.
Selain itu, rata-rata peminatnya turut menyifatkan bahawa Farah sememangnya mempunyai kecantikan semulajadi, dan kulit yang sihat, meskipun tanpa sebarang solekan atau ketika mengenakan solekan minimalis.
Nissa Sabyan, penyanyi gambus berusia 25 tahun yang mencipta nama bersama kumpulan muzik terkenal Sabyan Gambus sebagai vokalis.
Dia ikenali sebagai salah seorang selebriti berhijab yang sangat up to date berhubung penampilannya yang kontemporari.
Nissa Sabyan atau nama sebenarnya Khoirunnisa, hijabi muda yang sering mengikut trend fesyen semasa namun masih kelihatan sopan sesuai dengan ketetapan agama Islam.
Sememangnya, penampilan penyanyi kumpulan muzik Sabyan ini sentiasa menjadi rujukan trend di kalangan hijabi di Indonesia.
Melalui platfom media sosialnya, Nissa sering berkongsi OOTDnya.
Dia sentiasa kelihatan memukau dalam setiap outfit yang digayakan walaupun ketika tidak membuat persembahan.
Hijabista kongsikan 6 inspirasi gaya selebriti cantik berusia 25 tahun ini: –
Bagi anda yang ingin tampil feminin, penampilan Nissa yang berbaju putih dengan skirt dan tudung rona senada ini boleh dijadikan inspirasi.
Anda juga boleh menggabungkan sweater dengan seluar jeans untuk menjadikan penampilan anda lebih stylish.
Penampilan ringkas dengan t-shirt berjalur melintang digabungkan dengan skirt membuatkan penampilan Nissa Sabyan ini cukup manis.
Pemakaian t-shirt dan skirt digabungkan dengan seluar jeans luar menjadikan penampilan Nissa Sabyan ini sesuai untuk golongan muda.
Nissa kelihatan feminin dengan memakai tunic putih digabungkan dengan seluar panjang hitam, menjadikan penampilan ringkasnya kelihatan memukau!
Gaya Nissa Sabyan ini boleh ditiru. T-shirt bersaiz besar digabungkan dengan skirt 3/4 dan kemudian ditambah seluar.
Untuk info, Nissa Sabyan bersama kumpulan muziknya terkenal dengan lagu-lagu berunsurkan dakwah serta selawat seperti Deen Assalam dan Ya Habibal Qolbi.
Kebanyakan lagu-lagu mereka menjadi trending di saluran YouTube.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Isteri mana yang tidak merasa bahagia apabila dirinya sentiasa dihargai oleh suami tersayang apatah lagi dianggap sebagai bidadari.Begitulah bertuahnya penyanyi dan aktivis kemanusiaan Nur...