Pengorbanan seorang ibu yang mengandungkan selama 9 bulan 10 hari dan melahirkan kita memang sangat besar. Pelbagai dugaan terpaksa mereka hadapi seperti morning sickness dan lain-lain lagi sewaktu mengandungkan kita. Seperti Hanis Zalikha yang sedang hamil anak kedua, dia juga ada kisahnya yang tersendiri sewaktu hamil.
Baru lepas muntah satu hidangan complete makan malam. Orang kata macam mana nak tau gaya kita waktu mengandung, tengok mak kita selalunya. Kalau mak kita jenis memang takde morning sickness (loya & muntah2) waktu pregnant insyaAllah, kita pun takde. Bila tanya Mama, Mama kata untuk tujuh-tujuh orang anak dia, semua pregnancy memang dia loya dan muntah2. Omg help.
Waktu mengandungkan Yusuf dulu, my morning sickness teruk ya amat, everyday muntah, hampir setiap kali makan, sehingga 9bulan masih muntah. Cuma reda sikit je time second trimester. Tapi kita kena kuat semangat. Mommynis nak pesan kat semua ibu ibu senasib kat luar sana, kita kena kuat semangat. Makan jugak walaupun kita tau kita akan muntah balik. Jaga waktu makan. Ikhtiharkan nak masukkan zat dalam badan. Sebab walaupun Mommynis muntah2 macam apa tah, Yusuf tetap mok masa lahir. Adalah tu zat2 yang sempat terserap. Allah tahu kita usaha buat yang terbaik untuk kandungan kita. Folic acid jangan miss. Masa masuk second trimester dah start minum @toujoursadvanced untuk zat2 buah-buahan & makanan sunnah. Lepas tu obimin.
Minta tolong suami atau sesiapa yang mampu bantu kita ingatkan waktu makan. Sebab macam sekarang ni selalu lupa waktu makan sebab uruskan anak dan kerja kan. Bila perut kosong ya Allah, takde isi nak muntah pun tetap muntah. Sampai terkeluar acid perut yang hijau. Orang yang tak lalui morning sickness kadang2 susah nak faham. Sesetengah ibu yang diberikan peluang menghadapinya sampai rasa: beranak okay, pantang okay, breastfeeding okay, tapiii morning sickness paling tak okay, buat kita macam tak berdaya sangat sangat.
Sebak rasanya bila baca kisah Hanis ini kan? Begitulah pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya yang sangat dikasihi untuk lahir ke dunia dengan sihat. Hijabista doakan agar segala urusan MommyNis dipermudahkan dan sentiasa berada dalam keadaan sihat selalu. Amin!
kredit: instagram @haniszalikha