Ads
Home Kerohanian Penyayi ‘Dangdut’ Haiza Hanafi Tampil Elegan Berhijab

Penyayi ‘Dangdut’ Haiza Hanafi Tampil Elegan Berhijab

Ads

Siapa tidak kenal dengan penyanyi genre dangdut yang seangkatan dengan Amelina dan Iwan yang pernah popular dengan lagu dag dig dug satu ketika dahulu, Haiza Hanafi yang kini melebarkan sayap ke bidang penyampai radio.

Baru-baru ini menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Haiza telah berkongsikan satu berita gembira apabila memuat naik gambarnya yang tampil manis dan mempersona mengenakan hijab.

Tampil Berhijab Pada Penghulu Segala Hari

 

View this post on Instagram

 

A post shared by حيزا (@haizahanafi)

Menerusi hantaran tersebut dapat dilihat Haiza memilih untu berhijab pad penghulu segala hari, iaitu hari Junaat yang mulia dan penuh barakah.

Haiza yang popular dengan lagu Dag Dig Dug dilihat anggun ketika berhijab dengan lesung pipit di pipi yang menyerlahkan persona manis Haiza.

“Salam Jumaat. Nak on air sekejap lagi, jam 3 petang di Buletin FM. Mahal bayar stylist saya tu. Siapa ? Cuba Swipe!”.

Ads

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan Haiza berkenaan penampilan terbaharunya itu.

Artikel berkaitan: Stail Turban Dua ‘Influencer’ Ini, Popular & TRENDING Dikalangan Hijabi

Terdapat kemungkinan sama ada penampilan berhijabnya itu hanya sekadar fesyen yang digayakan, namun rata-rata peminat berharap ianya adalah perkembangan positif serta hijrah terbaharunya.

Ads

Hijabista dimaklumkan bahawa Fara Fauzana merupakan stylist Haiza pada hari tersebut, dan Fara telah membantu mengenakan Haiza mengenakan hijab serta memperagakan penampilan bertudung itu dengan sempurna.

Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati para peminat memuji kecantikkan serta penampilan Haiza dan berharap agar Haiza terus istiqomah dan terus berhijab.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Haiza dikurniakan hidayah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna, seperti yang dianjurkan oleh syariat Islam.

Ads

Sumber Instagram: Haiza Hanafi

Artikel berkaitan: Hijabi Jangan Salah Gaya Dengan Padanan Skirt Dan Kasut But, Ini Aturannya Supaya Kekal Gaya Muslimah

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI