Penyanyi Usop Selamat Menyambut Bayi Sulung Pada Pagi Jumaat

Share

Selamat bergelar bapa, penyanyi Usop kini menimang anak sulungnya apabila isterinya, Nur Fatihah Md Hashim, bersalin pada awal pagi Jumaat, 25 November 2022.

Penyanyi itu memanjat rasa syukur yang tidak terhingga melalui posting di laman media sosial miliknya di Instagram. Alhamdulillah, kini mereka punyai penyeri yang bakal menceriakan hari-hari kedua pasangan ini.

Artikel berkaitan: “Gembira Tetapi Bimbang Jika Hatinya Tidak Kuat dan Kembali Membuka Aurat…”– Usop Gembira Nasihatnya Kepada Isteri Kini Sudah Bertudung

Semuanya berjalan dengan lancar dan selamat

Sudah lama menantikan saat ini, kini Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, meluahkan rasa syukur apabila selamat menyambut kelahiran anak sulungnya itu.

Melalui perkongsiannya di laman instagram miliknya itu, Usop dan Teha terus mendedahkan nama penuh bayi mereka. Muhamad Saif Umar, itulah nama yang diberikan buat cahaya mata mereka yang pertama itu.

“Alhamdulillah. Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop.” tulisnya di ruang kapsyen.

Posting itu juga diselitkan gambar isterinya, Teha, yang sedang memegang anak sulungnya itu. Manis senyuman yang terukir di muka isterinya itu setelah selesai menjalani sesi bersalin.

“Gebu elok ni…tak sabar nak tengok.” – komen dari peminat

Ramai juga rakan artis dan juga peminatnya yang menitipkan rasa syukur dan tahniah buat Usop dan Teha. Ada juga yang tidak sabar untuk melihat muka bayi mereka, gebu katanya.

“Alhamdulillah, kirim salam dekat isteri adik…comel je ibunya. Semoga cepat sembuh…jaga diri adik dah jadi deddy…ye,

Congratulations @teha_richer @usopofficial gebu elok ni…tak sabar nak tengok abang baby and tengok baby.” itulah kata peminat dan rakan artis di ruangan komen.

 Sebelum itu, Usop ada juga memuat naik satu gambar tangannya memegang erat tangan isterinya. Kapsyen yang ditulisnya itu meminta para peminat serta buat semua yang membaca untuk memanjatkan doa keatas isterinya supaya semua berjalan dengan lancar.

Sumber: Instagram Usopofficial

Artikel berkaitan: Dalam Senyap Sudah Selamat Bersalin, Dr Amalina Kongsikan Berita Gembira Bersama Foto Dengan Puteri Sulungnya

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista.

Klik di sini.

Published by
Qee