Penyanyi Ini Buang 21 TATU Pada Badan Walaupun Prosesnya MENYAKITKAN. Moga Terus ISTIQOMAH Dengan Penhijrahannya!

Share

Bukan semua insan di dunia ini yang dipilih oleh Allah untuk menerima hidaya-Nya. Jika terpilih, dianggap insan paling bertuah walaupun pernah berdepan situasi buruk sebelum itu. Bagi penyanyi dangdut Indonesia, Cinta Penelope bersyukur kerana dirinya dipilih oleh Tuhan untuk menerima hidayah. Memilih untuk kembali ke pangkal jalan dan mendalami Islam, dia tampil anggun dengan imej berhijab. Malah penyanyi ini juga turut membuang hampir semua 21 tatu yang menghiasi badannya sebelum itu.

Proses membuang tatu amat menyakitkan.

Menurut Cinta, tatu ditubuhnya telah dibuang secara berperingkat

sejak tahun 2015 lagi dan kini hanya ada tinggal tiga atau empat sahaja yang tinggal.

Walaupun menurutnya proses membuang tatu itu amat menyakitkan tetapi dia nekad melakukannya.

Pelantun lagu Keong Racun ini memutuskan untuk berhijab dan mengubah penampilannya menjadi lebih tertutup sejak 1 Januari lalu.

Cantik dalam penampilan sebagai wanita Muslimah.

Menceritakan saat dia mahu melakukan penghijrahan adalah setelah selesai mendengar ceramah disampaikan seorang ustaz di media sosial

Dia yang diberitahu seorang temannya di mana, ustaz itu sering menjadikan lagu popularnya, Keong Racun’ sebagai bahan ceramahnya. Lantas Cinta terus sahaja mencari video berkenaan dan mendengarnya sendiri.

Hampir satu jam mendengar, dia tidak mendengar satu ayat pun yang keluar dari mulut ustaz itu berkenaan lagu nyanyiannya. Namun apa yang didengarnya adalah perkataan lain. Ustaz itu lebih berkata mengenai penjagaan aurat

, tentang dosa yang dibuat akan terkena pada ibu bapa, begitu juga jika melakukan kebaikan.
Melakukan penghijrahan setelah mendengar ceramah seorang ustaz.

Wanita berusia 33 tahun ini juga memberitahu sebelum berhijab sepenuhnya itu, dia juga ada bermimpi tentang kematian. Justeru keputusannya untuk berhijab itu disokong sepenuhnya oleh keluarga dan sahabat. Mereka turut mendoakan agar Cinta akan kekal istiqomah dengan penampilan begitu.

Cinta atau nama sebenarnya Princess Cinta Penelope berkata dia cukup selesa dapat mengenakan busana Muslimah berbanding imej seksi yang dibawanya selama ini. Dia bukan lagi seorang wanita yang berpakaian seksi hingga mampu membuatkan mata lelaki terpana meihatnya.

Mahu kekal istiqomah.

Penghijrahan dilakukan Cinta begitu drastik. Dia memilih untuk berpakaian mengikut syariat Islam. Selain menutup aurat, ibu anak satu ini juga turut membuang semua foto seksinya di laman instagram.

Turut membuang semua foto seksi di laman IGnya.

SUMBER: LIPUTAN 6.COM

 

 

 

 

 

Published by
Siti Zurina