Kisah wanita bukan Islam yang merupakan seorang penyanyi latar yang terkenal di Kerala, India ini pernah menjadi viral tidak lama dahulu.
Ini kerana Sitara Krishna Kumar yang memenangi anugerah lagu peringkat negeri sebanyak dua kali ini mendedahkan bahawa anaknya akan terlena jika mendengar alunan zikir nyanyiannya.
Dalam satu temubual, pengacara telah bertanya kepadanya, apakah lagu yang dinyanyikan untuk mendodoikan anak perempuan kecilnya.
Sitara mengatakan ada banyak lagu yang dinyanyikan tetapi mengikut masa yang berbeza. Yang menjadi tanda tanya, anak kecilnya kerap mahukan satu lagu arab yang berbunyi begini…
Indah sekali alunannya itu. Sememangnya zikir Hasbi Rabbi ini boleh menenangkan hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Sama-samalah kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syria Care dan Sinar Karangkraf Bersama Menjalinkan Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0
Isi Kandungan
ToggleMusim sejuk akan datang ke Syria tidak lama lagi. Ia adalah mimpi ngeri bagi pelarian Syria kerana kesejukan melampau di bawah paras beku boleh meragut nyawa mereka. Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. telah menzahirkan solidariti dengan bekerjasama bersama Syria Care untuk membantu pelarian Syria melalui Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0.
APA ITU SYRIA CARE?
Menurut laman sesawang Syria Care, pertubuhan ini merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menabur bakti kepada mangsa konflik di Syria termasuk pelarian Syria di Turki dan Lubnan. Syria Care merupakan NGO pertama yang menggabungkan rakyat Syria dan Malaysia di dalam sebuah organisasi untuk memenuhi keperluan semasa rakyat di Syria.
Syria Care diasaskan atas inisiatif Sheikh Samir Sakka iaitu warga Syria, dan sekumpulan alumni Malaysia yang belajar di Syria pada tahun 2012 dengan tujuan untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai berhubung konflik krisis kemanusiaan yang berlaku di Syria. Sejak Februari 2021, pertubuhan ini aktif dan telah banyak melaksanakan misi-misi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Artikel berkaitan: Berketurunan Palestin, Bella Hadid Lantang Bersuara Menentang Rejim Zionis
Memorandum persefahaman antara Syria Care dan Sinar Karangkraf.
Pada 28 September 2022, Syria Care dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk mengukuhkan kerjasama strategik demi menyebarluaskan usaha kemanusiaan kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0 yang berlangsung dari 28 September hingga 31 Disember 2022.
Projek kerjasama ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi melaksanakan usaha-usaha kemanusiaan sebagai persiapan bagi musim sejuk di Syria. Untuk pengetahuan anda, sebahagian besar pelarian Syria kini hidup dalam keadaan serba daif selepas lebih sedekad terperangkap dalam krisis yang berlanjutan.
“Kerjasama ini merupakan sebahagian komitmen untuk menjayakan misi bantuan musim sejuk Syria 10.0” ujar Datuk Muhammad Nasir Hamzah, selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf .
“Kalau di Karangkraf ini, kita tidak memilih untuk bekerjasama.. Kita memberikan ruang untuk pertubuhan seperti Syria Care supaya dapat menggalakkan lagi penglibatan dari orang ramai.” katanya lagi.
Tambahan itu, ketua Pegawai Eksekutif Syria Care, Siti Sakinah Binti Meor Omar Baki mengatakan bahawa Syria Care menyasarkan sebanyak RM 1.7 juta sebagai persediaan menghadapi musim sejuk buat pelarian di utara Syria. Oleh itu, pihak Syria Care juga mengharapkan bantuan dan kesediaan orang ramai untuk menyempurnakan misi bantuan kemanusiaan ini.
Melalui MoU ini, penglibatan kerjasama Sinar Karangkraf bersama Syria Care adalah seperti berikut:
- Penglibatan sebagai rakan media strategik rasmi bagi tujuan hebahan dan pemerkasaan bersama Kempen Bantuan Musim Sejuk Syria Care setiap tahun.
- Memberikan sokongan untuk salah sebuah mini hub pengumpulan sumbangan pakaian musim sejuk.
- Penyertaan sukarelawan ke lapangan bagi membantu proses pengumpulan pakaian musim sejuk sepanjang projek sempena Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0, iaitu Projek ‘Warm Their Winter’ berlangsung.
Bagi anda yang ingin menyalurkan sebarang sumbangan atau pertanyaan, anda merujuk pada poster di atas atau boleh menghubungi Syria Care secara terus di talian 03-55234077 atau 011-288 09820.
Sumber info, video dan gambar: Sinar Harian, Syria Care dan Facebook Syria Care Malaysia
Artikel berkaitan: ‘Kami Tunggu Awak Balik Ya’- Sertai Misi Di Syria, Ardell Aryana Sebak Tinggalkan Anak & Suami
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Adakah Anda Tergolong Dalam 11 Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Hazab . Semak Ni!
Isi Kandungan
ToggleSemua orang impikan masuk syurga. Tapi apa usaha kita untuk masuk syurga?
Cuba semak dalam diri, adakah apa yang kita lakukan hari ini mendekatkan kita dengan syurga atau neraka?
Walaubagaimanapun terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama.
Mereka adalah:
1. Orang yang penuh kemuliaan (Ahl al-fadl)
Orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.
2. Mereka yang sabar (Ahli as sabr)
Bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.
3. Jiran-jiran Allah
Mereka yang saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)
4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik. (hadis riwayat Jabir)
5. Penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)
6.Penunai Hajat
Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas)
7.Ucapan ‘lailahaillallah”
Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah” (hadis sumber daripada A’isyah r.a)
8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)
9. Bersabar dengan bencana
Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)
10. Pengali
Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah (Ibn Mas’ud)
11. Orang yang mati syahid mempertahankan agama Islam.
“Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”
SUMBER : Aku Islam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bagaimana Nak Jadi Orang Yang Bersyukur? Tak Susah Pun, Ikuti 3 Langkah Mudah Ini!
Kata orang, kesyukuran itu kunci kebahagiaan. Sesetengah orang memiliki semua yang diimpikannya seperti kejayaan dan kekayaan namun masih tidak berasa bahagia.
Mungkin anda juga sebahagian daripada golongan tersebut.Jangan risau, mari kita amalkan tips bersyukur di bawah yang dikongsi oleh @amalinaulya menerusi laman Instagram yang dapat membantu kita mengecapi kebahagiaan hidup.
Mudahnya untuk bersyukur. Hanya tiga langkah sahaja! Jom sama-sama kita praktikkan tips di atas agar kita sentiasa mengingatiNya yang tidak pernah lupa akan hamba-hambaNya.
kredit: instagram @amalinaulya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI