Menjadi tanggung jawab seorang anak untuk menggembirakan hati ibu bapanya. Kalau tidak kerana insan ini, tiadalah kita mampu beroleh kejayaan dalam hidup. Seperti perkongsian penyanyi yang pernah cetus fenomena, Najwa Latif apabila menggembirakan ibunya dengan membawa insan paling bertuah ini bercuti di Venice, Itali. Dalam posting terbaru di lama Instagramnya, Najwa Latif memberitahu ibunya pernah menyuarakan hasrat beberapa tahun lalu untuk pergi ke Venice dan menaiki gondola sambil menyanyi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on

Tambah Najwa Latif lagi memberitahu kedua orang tua kita semakin tua, jadi tidak salah untuk menghabiskan masa bersama selagi kita boleh. Tidak kiralah walaupun hanya di rumah atau melalui video call.

Tetapi jika boleh melakukan dengan lebih, tidak salah untuk menggembirakan kedua-dua insan ini. Tambahkan lagi ibu bapa kita memang layak untuk menerima penghargaan begitu dari kita sendiri sebagai anak mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on

Malah dengan restu dan keredaan mereka jugalah menjadikan hidup kita jadi lebih bermakna dan mudah dalam apa jua pekerjaa, dilakukan.

Ads

Ternyata penyanyi yang lagu nyanyiannya Cinta Muka Buku pernah menjadi siulan ramai begitu gembira hingga menitiskan air mata apabila dapat membawa ibu tersayang ke Venice sambil melihat insan ini menyanyi di atas gondola.

Apa yang menariknya nyanyian ibunya yang mendendangkan lagu klasik nyanyian Allahyarham P.Ramlee, Tunggu Sekejap itu telah membuatkan dia rasa sebak hingga mengalirkan air mata.

Penuhi Impian Ibu Bercuti Di Venice, Tapi Najwa Latif Sebak Dengar Nyanyian Insan Tersayang Atas Gondola
Najwa Latiff sebak mendengar ibunya menyanyikan lagu Melayu klasik di atas gondola.

Buat masa ini Najwa Latif  menghadkan aktiviti seni kerana mahu tumpukan perhatian pada pelajaran dan kini melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti Malaya.

Selain ibunya, turut sama dalam percutian ke Itali ini adalah ahli keluarga lain termasuk kakak Najwa Latif. Jelas terpancar kegembiraan apabila dapat membawa ahli keluarga bercuti sambil menikmati pemandangan cukup indah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on

Ads

Netizen turut melahirkan terharu dengan kesungguhan Najwa Latif yang menyempurnakan impian ibunya untuk Venice, Itali.

Rata-rata memberikan pujian dan sikap Najwa yang begitu menyayangi ibunya itu sangat memberi inspirasi kepada orang di luar sana.

Sangat beri inspirasi

Penuhi Impian Ibu Bercuti Di Venice, Tapi Najwa Latif Sebak Dengar Nyanyian Insan Tersayang Atas Gondola

I’m touched

Penuhi Impian Ibu Bercuti Di Venice, Tapi Najwa Latif Sebak Dengar Nyanyian Insan Tersayang Atas Gondola

Ads

Sentiasa dalam rahmat Allah

Penuhi Impian Ibu Bercuti Di Venice, Tapi Najwa Latif Sebak Dengar Nyanyian Insan Tersayang Atas Gondola

Sayangi ibu selagi hayat di kandung badan

Penuhi Impian Ibu Bercuti Di Venice, Tapi Najwa Latif Sebak Dengar Nyanyian Insan Tersayang Atas Gondola

Artikel Berkaitan: Najwa Latif Sambung Sarjana Di Universiti Malaya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NAJWA LATIF

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI