Baru-baru ini kecoh di aplikasi Tik Tok apabila seorang lelaki golongan Orang Kurang Upaya (OKU) warganegara Malaysia menyatakan hasrat hatinya untuk berkunjung ke Tanah Suci Mekah Al Mukarammah dengan berjalan kaki.
Lelaki berkenaan menguar-uarkan berkenaan perjalanan solo sejauh 10,161 kilometer (km) dari Bidor ke Mekah, bermula Isnin lalu, menerusi hantaran di aplikasi Tik Tok miliknya.
Nekad Tempuh 10,161 kilometer (km) dari Bidor ke Mekah!
@herrynizam4♬ Sholawat Yasir Lana – Ghina Mei
Pemilik nama Herry Nizam itu berjaya meraih perhatian wargamaya hingga menjadi sorotan rakyat Malaysia yang rata-ratanya menzahirkan rasa kagum dengan hasrat Herry. Meskipun, tidak sempurna sifatnya namun keazaman dan tekad menuju rumah Allah yang ingin dicapai mendapat sokongan penuh dari seluruh umat Islam di negara ini.
Dalam video yang dimuatnaik Herry menerusi akaun TikToknya, dapat disaksikan dirinya yang kudung tangan kiri begitu bersemangat memulakan perjalanan dengan menggalas sebuah beg bersama sehelai Jalur Gemilang.
Hijabista difahamkan Herry bakal menempuh perjalanan yang panjang dan perlu merentasi sebanyak 12 buah negara bermula dengan Thailand sehinggalah tiba di negara destinasi terakhir beliau iaitu Arab Saudi.
Artikel berkaitan: Daiyan Trisha Menangis Terharu, Hujan ‘Rahmat’ Sambut Ketibaannya Di Mekah!
Dalam hantaran terbaharu 9 jam yang lalu, Herry memaklumkan kini dia telah tiba di Thailand, dan bakal bergerak ke negara seterusnya iaitu Myanmmar.
“Ini lah makan tengahari saya di bumi Thailand, syukur seadanya selepas Zohor sambung lagi perjalanan saya di Myanmar,” tulisnya ringkas pada hantaran tersebut.
Herry berkata, berdasarkan semakan peta perjalanan di aplikasi Google Map, dia memerlukan masa selama 84 hari dan 10 jam bagi melengkapkan perjalanan sejauh 10,161 kilometer (km) itu.
@herrynizam4♬ bunyi asal – Herrynizamshop
Sekadar info, terdahulu media pernah melaporkan, misi sama dilakukan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Adam Muhammad yang menempuh perjalanan sejauh 6,500km dengan berjalan kaki dari rumahnya di Wolverhamppton, England ke Mekah.
Adam yang memulakan perjalanan pada Ogos 2021 mengambil masa selama 11 bulan dan tiba di Tanah Suci Julai 2022 bagi menunaikan haji di usia 52 tahun.
Sumber: @herrynizam4
Artikel berkaitan: Kaabah Jadi ‘Tunggangan’ Demi Raih Perhatian! Fedtri Yahya Selar Pelaku ‘Fake’ Video Salji Turun Di Kota Mekah!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI